KONGSI PENGALAMAN JADI SURIRUMAH SAMBIL BUKA AIB SUAMI

5.9.15 Suria Lekatlekit 1 Comments

KONGSI PENGALAMAN JADI SURIRUMAH SAMBIL BUKA AIB SUAMI. Zaman sekarang zaman viral. Bila seseorang buat benda tu jadi viral maka berpusu pusu lagi orang lain cuba buat benda yang sama. baru2 ni jadi viral satu status seorang surirumah berkongsi pengalaman sepanjang dia menjadi surirumah. Aku perasan oh!bulan ada ambil status tu di jadikan artikel kat blog dia. Lepas dari status surirumah tu.. muncul pulak status dari surirumah lain berkongsi pengalaman depa jugak.


Kat sini bukan aku nak mempertikaikan para surirumah yang cuba memberitahu pada semua di luar sana bahawa menjadi seorang surirumah bukan semudah yang orang sangka. Bagus jugak depa buka biji mata kaum lelaki supaya tau bini yang jadi surirumah sepenuh masa ni sebenarnya lagi banyak kerja kena buat dari bini yang bekerjaya di luar sana. Tapi hati hati.. nak share pengalaman tak salah untuk di jadikan teladan pada orang lain cuma takut apa yang kita cerita sebagai contoh dari kisah benar yang berlaku tu mengaibkan pasangan kita. Contoh.. dulu laki aku balik rumah jer mesti komplen rumah sepah bagai.. kata aku duduk rumah malas buat kerja. Asyik tidur je. Satu hari dia terpaksa jaga anak.. barulah dia tahu macam mana susahnya menjadi seorang surirumah tangga. Tanpa sedar contoh cerita kita tu dah memberitahu macam mana perangai buruk suami kita. Dah la tak tolong, lepas tu komplen. Sepatutnya kerja rumah tu tanggungjawab suami. Dia tak tau ke? Tu la tak ikut cara Rasulullah.. bla.. bla.. dot com dot my. Kan?? Orang yang geram baca cerita kita pasal suami kita ni kadang2 emo lebih dari kita yang hadapi. Jadi kat situ dah memberi tanggapan buruk kepada suami kita sendiri.


Tu contoh biasa la orang selalu masukkan dalam cerita & teladan kisah surirumah ni.. Tapi ada jugak cerita lebih berat dari situ yang mungkin menjatuhkan maruah walau ending cerita suami dia insaf & sedar perbuatan dia salah. Betul niat kita nak bagi pengajaran tapi tu la.. niat kadang2 tak menghalalkan cara kita. Sebagai isteri kita kena jaga aib suami. Yang buruk pasal suami tu tak patut di cerita secara umum. Sebab tu nak menulis kisah kehidupan rumahtangga kita kena sangat2 berhati hati. Bila kita terlalu terbuka bercakap pasal rumahtangga.. mungkin tanpa sedar kita bukan saja buka aib pasangan malah kita buka aib sendiri jugak. Niat kita mungkin berkongsi pengalaman & pengajaran tapi yang sampai pada orang yang membaca mungkin berbeza sebab persepsi setiap orang tu tak sama.

Moral of the story.. banyak cara kita boleh buat untuk raih perhatian kalau dah kemaruk sangat nak popular tapi tak perlu sampai membuka aib pasangan masing masing. Aib pasangan kita adalah aib kita. Jadi berhati hati. Aku pun seorang surirumah.. suami aku bukan mr perfect 10 sebab dia cuma manusia biasa tapi aku dah pratikkan dari awal tak suka berkongsi cerita rumahtangga secara umum atau dengan sesapa saja kecuali orang yang rapat & aku percaya. Tu pun aku jarang sangat nak share hal rumahtangga aku walau dengan family aku sendiri.

1 comment:

  1. Kalau boleh semua nak cerita, nak minta simpati tapi masalahnya bila terlalu luas cerita tu tersebar, lagi banyak cacian yang dapat. Yalah, pendapat dan pandangan masing-masing tak sama. Nak buka aib pasangan ni sebenarnya senang aje kalau kita tak berhati-hati. Adakalanya kita bercerita aje tapi tengah syok bercerita habis semua pun kita sapu bersih beritahu kat orang. Lepas tu baru tercengang, barulah teringat. Nasi dah jadi bubur weyh, tak mungkin boleh jadi nasi lagi....

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!