MISTERI DI SEBALIK TULISAN TANGAN YANG BELUM TERBONGKAR

9/21/2015 08:22:00 PM suria lekatlekit 3 Comments

MISTERI DI SEBALIK TULISAN TANGAN YANG BELUM TERBONGKAR. Dalam kehidupan kita ni kadang - kadang ada perkara yang takde jawapan walaupun apa yang berlaku ada tujuan & sebabnya cuma tak semua berjaya di rungkai oleh manusia biarpun misteri tu di cetuskan oleh seorang manusia juga. Kekal menjadi rahsia mungkin sampai kiamat kot sebab takde siapa berjaya merungkai misteri di sebalik peninggalan seorang manusia yang dah mati. Mustahil la kau mampu gali kubur dia & tanya apa maksud di sebalik peninggalan dia tu, kan? Kang dia bangun menjawab lari tak cukup tanah pulak.

Begitu jugak dengan beberapa tulisan peninggalan individu ni yang masih kekal misteri sehingga kehari ni. Takde seorang pun tahu apa yang mereka ingin sampaikan atau apa maksud di sebalik tulisan mereka tu. Kebanyakkan kod kod yang menyimpan sesuatu rahsia sa. yelah orang dulu nak tulis apapun memang pakai tulisan tangan. Time tu tak wujud lagi keyboard warrior.. Warrior2 dulu semua berperang secara manual guna kudrat tak kira melalui senjata atau penulisan. Antara tulisan2 yang di buat orang yang dah mati & kekal misteri adalah..

Voynich Manuscript 
Perkara ni pernah menjadi topik perbincangan dalam Misteri Buku Manuscript Dunia. Voynich Manuscript di tafsirkan sebagai manuscript (dokument tulisan tangan) paling misteri di dunia. ia mempunya 240 mukasurat yang mengandungi ilutrasi berwarna,diagram,kejadian & tumbuhan yang tiada siapa pernah tengok atau kenal. Ia berkemungkinan berkenaan tentang herba,astronomi,biologi,kosmologi,rawatan & pelbagai resepi. Ada beberapa individu yang percaya bahawa jika kod rahsia ni berjaya di rungkai ia mungkin memberi satu ilmu & info baru kepada manusia. Ada jugak yang anggap cuma satu kod palsu yang tidak ada apa apa makna di sebaliknya. namun tiada siapa tahu apa sebenarnya yang ada di sebalik kod rahsia tu sampai sekarang samada ada sesuatu di sebalinya atau sekadar tulisan tangan yang memang tak membawa maksud apa apa. tapi yang menariknya Voynich Manuscript ni telah menjadi bahan kajian oleh banyak cryptographer(seorang pengaturaca aplikasi) profesional mahupun amatur.  Malah seorang Pakar codebreaker Amerika ternama semasa perang dunia kedua pun pernah mencuba memecah rahsia kod tersebut tapi tidak berjaya. Ia kekal di kenali sebagai Manuscript bersejarah paling misteri.

Tamam Shud Case

 Pada tahun 1948, sebuah mayat lelaki tidak dikenali ditemui di pantai Somerton, Adelaide. Walaupun kelihatan seperti lelaki sifatnya, tapi setelah pelbagai ujian seperti cap jari dan nota gigi tidak menunjukkan dia milik seorang manusia yang pernah hidup, Bila bedah siasat dilakukan, didapati bahawa isi badannya benar-benar berbeza daripada manusia biasa. Sebuah beg pakaian miliknya berisi kertas yang bertuliskan "Taman Shud".  Kertas itu seperti sebuah buku yang tak pernah di lihat. Di belakang buku tersebut ada 5 baris Huruf besar yang kelihatan seperti kod rahsia. Akhirnya kes mayat tersebut menjadi kes paling aneh & kod tersebut kekal menjadi misteri sampai sekarang.


D'Agapeyeff Cipher

Alexander d'Agapeyeff bukanlah seorang cryptographer tapi hanya kerana ia pernah menulis buku mengenai pembuatan peta (kartografi), ia memutuskan memasukkan kriptografi (mengenai laluan) ke dalam buku keduanya. Pada halaman terakhir buku itu, ia memasukkan sebuah kod yang dikatakan ringkas dengan bertujuan untuk "menguji pembaca & menguji keahliannya." walaupun ringkas kod pembayang yang di beri D'Agapeyeff, sampai sekarang belum dapat di rungkai maksudnya dan masih menjadi misteri selama 70 tahun. d'Agapeyeff sendiri pun mengatakan bahawa ia lupa cara menyelesaikan kod tersebut, oleh kerana itu banyak orang yang rasa itu hanyalah kod palsu. Kalau dah orang mencipta pun lupa kod apa dia tulis.. memang rare la misteri ni. takkan ada siapa tahu termasuk orang yang cipta kod tu hahahaha.

Tu antara kesan tinggalan tulisan2 tangan yang di hasilkan oleh manusia yang menjadi rahsia & misteri sehingga kini. Tu yang misteri ni pulak tulisan tangan yang paling cantik & sempurna dia dunia. 

Yang pasti tulisan tangan aku kekal misteri dengan rupanya yang puaka hahaha.. Aku takde seni dalam tulisan tangan setakat cikgu boleh baca jer katanya.

3 comments:

  1. pernah baca dulu tulisan tangan melambangkan keperibadian seseorang

    ReplyDelete
  2. Misteri sungguh, hanya tuan badan saja yang faham..hihi

    ReplyDelete
  3. tulisan tangan mmg mencerminkan peribadi seseorang.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com