PERISTIWA YANG BERLAKU DI PD OSTRICH SHOW FARM

9/01/2015 10:20:00 AM suria lekatlekit 2 Comments

PERISTIWA YANG BERLAKU DI PD OSTRICH SHOW FARM. Sapa kat sini teringin nak tunggang burung Unta?? Nampak macam kelakar sikit aku bila orang tunggang burung unta.. Satu sebab burung unta tu bila dia bergerak memang nampak kelakar. Macam tak balance je. Leher terhuyung hayang. Muka dia pula memang comel. Kalau dia lari lagi la kelakar...

Gambar Sumber Google. Aku lupa pulak nak snap pintu masuk dia. Almaklum la tak bawa DSLR haritu. Tinggal gadget2 bercamera yang tak banyak megapixel jer hehehe

Tapi bukan semua tempat yang ada burung unta boleh tunggang & bukan semua tempat ada burung unta yang jinak2 macam kat PD Ostrich show Farm. Tempat ni of course lokasi dia kat Port Dickson. Dari Kl nak kata dekat sangat.. takde la.. jauh sangat pun tak jugak sebab boleh je pergi balik hari.  Tempat dia lebih kurang macam farm In the city tu tapi kecik je. Ada haiwan lain macam kambing, keldai, unta,arnab, ayam yang di lepas bebas, Iguana yang statik tak bergerak,anjing,ikan,burung.. Budak2 yang besar kat bandar ni memang rasanya excited kalau masuk tempat2 macam ni. Macam anak aku.. happy kemain dapat kejar ayam.. usik angsa yang peramah sangat, bagi makan donkey, tengok burung unta yang leher panjang & ada paruh macam itik. Dia bantai panggil kuack kuack jugak (bunyi itik).

Dah la tak bawak camera gadget2 bercamera yang tak berapa cukup megapixels pulak bateri tak berapa ada. Ambil dua tiga keping mampus. Ni la yang dapat cheq snap. Doakan la cheq dapat hadiah Nikon Coolpix sebijik hat kecik tu senang nak usung kehulu hilir hahahaha

kalau yang berani boleh cuba menunggang burung unta. Jangan risau ada orang guide. Baru aku tau burung unta suka makan daun belimbing. Sebelum ni serius aku tak tau dia makan apa. Boleh cuba pijak telur burung unta yang memang keras. Yang tu aku dah tak heran dulu pernah bapak sedara aku kat kampung bagi sebiji telur burung unta.. Nak pecahkan bukan senang... pakai hammer bagai.. Lepas dah pecahkan nak abiskan pulak satu hal. Berhari2 pun tak habis makan. Rasa.. bagi aku sedap lagi telur ayam. Ada aktiviti menunggang kuda jugak tapi yang tu kena bayar. tak sure harga dia berapa..


Ada aktiviti lain yang boleh buat kat PD Ostrich Show Farm. Ni pun gambar sumber google je

Tiket masuk.. biasa jer. RM13 untuk dewasa & RM6 untuk kanak kanak. Kalau nak beli makanan untuk haiwan dalam tu cuma tambah RM5 kot kalau tak silap. kat situ ada phographer warga nepal tak silap. Boleh jugak beli gambar. RM10 sekeping. Tapi Mat2 Nepal tu ambil gambar tak cantik sangat la.. terus nampak berpuaka muka aku. hahahaha (Konon! sebenarnya memang kau tak cantik pun. hahahaha)

Inilah Peristiwa ni berlaku semasa hari lahir anak aku yang ke 4 tahun 20 Ogos lepas yer.. Baru post. Peram dalam draft buat jeruk dulu baru sedap nak baca katanya. Hahahaha

2 comments:

  1. Ingatkan ado la gambor ko tunggang burung unta dik....hahaha....anak2 akak pon mesti suka kalau bawa dtg sini

    ReplyDelete
  2. Wah.. Seronok la shahila..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com