RUPANYA PERKATAAN 'LEPAKING' ADA DALAM KAMUS OXFORD

9/18/2015 02:19:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

RUPANYA PERKATAAN 'LEPAKING' ADA DALAM KAMUS OXFORD. Sapa kat sini rajin sangat nak baca kamus? Kamus ni kebanyakkan jadi rujukan bila kita perlu mencari maksud sesuatu perkataan.. Tak ramai sangat orang rajin nak baca kamus macam baca novel atau majalah jauh sekali nak baca kamus macam baca blog ye dak. Perkataan lepak pulak rasanya ramai di antara kita tak rasa nak cari dalam kamus terutama kamu s oxford ni.

Sumber Google

Selama ni aku ingat perkataan lepaking tu macam bahasa2 santai jer. Bukan bahasa baku atau bahasa formal. Lepaking tu lebih kepada perkataan yang di rojak dari bahasa melayu & english tapi serius terkejut bila aku baca kat artikel ni yang kata perkataan 'lepaking' memang ada dalam kamus oxford. Sumpah aku tak tipu. Korang boleh baca sendiri artikel kat sini >> Serius! Perkataan Lepaking memang ada dalam kamus Oxford <<

Kelakar pulak aku baca. Kebetulan tengah baca artikel tu WHI pun hari ni topik dia suami kaki lepak. Nasib baik laki aku bukan kaki lepak tak tentu pasal. Tak kisah la orang anggap anti sosial pun kan. Ingat best ke dapat laki kaki lepak. Bini asyik kena lepak kat rumah je bila laki asyik melepak dengan kawan kawan. Lagi bagus dapat laki yang suka lepak dengan family. Dapat la kita tumpang melepak bersama sama. ye dak??

Apapun lepak ni bukan tak boleh tapi berpada pada & melepak la secara sihat. Kadang2 lepak2 sekadar nak cerita pasal politik lepas tu bergaduh sesama sendiri. Apa kes beb! Bila dah kahwin ni aktiviti melepak bagi aku kurang sesuai la. Hidup mesti ada perubahan & orang lain tak boleh pertikaikan bila orang dah kahwin kurang melepak. Jangan label lelaki berubah lepas kahwin sebab takut bini sebab perubahan mereka adalah kerana tanggungjawab mereka yang bertambah membuatkan masa untuk melepak semakin kurang. Laki yang banyak melepak ni normally kurang bertanggungjawab. Peace!

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com