SERAM! PEREMPUAN MISTERI BERAMBUT PANJANG DI UPSI TANJUNG MALIM

9/15/2015 08:22:00 PM suria lekatlekit 5 Comments

SERAM! PEREMPUAN MISTERI BERAMBUT PANJANG DI UPSI TANJUNG MALIM. Dah lama rasanya segmen seram serik lekat lekit tak bersiaran. Ada peminat hantu dah mula rindu hantu2 kat sini. Sampai ugut nak take over segmen seram serik ni. Kemain si makcik yang suka sangat konar baring bila tulis entri si MD tu yer. Nak take over hantu2 yer.. Langkah mayat hantu dulu katanya. Erkk.. hantu ada mayat ke? hahahaha


Malam ni bagi menyempurnakan titah perintah Si  tu, bersiaranlah kita dengan kisah benar yang menyeramkan pernah berlaku di salah satu kampus lama UPSI, tanjung malim,perak. Kisah ni katanya berlaku tak berapa lama sangat la. Kira kisah seram era 2000an jugak la iatu 2013. Katanya ketika student diploma muzik tengah buat rehearsal dalam panggung budaya berlaku satu kejadian tak di ingini iatu tetiba blackout. Gelap la seluruh panggung. Di tambah lagi semua yang dok buat rehearsal termasuk krew semua tu pakai baju hitam malam tu. Umpama semut hitam di malam yang gelap gelita la jadinya.

Dalam gelap gelita tu Tiba2...  Satu kejadian seram telah berlaku membuat semua diam terpaku. Dalam kegelapan panggung budaya tu depa ternampak kelibat perempuan berambut panjang pakai t-shirt putih melintas di kawasan penonton. Maybe dia datang tengok rehearsel jugak kot sebab tadi cerah tak nampak la dia yang dah la putih berbaju putih pulak. Kedatangan perempuan berambut panjang T-shirt putih di tengah panggung yang gelap gelita tu membawa satu haruman yang sangat wangi. Maybe minyak wangi che ta pun tak dapat menandingi haruman dia tu. Seperti datangnya dengan tiba2.. perginya jugak dengan begitu saja. Umpama makan roti gardenia sungguh enak di makan begitu saja. erkk.. sorry takde kaitan.

Dengan kejadian sepintas lalu tu masing2 mula seram sejuk.. nak terkuncil.. nak terberak & rasa nak tercabut bulu roma pun ada. Gila kau! live tengok makhluk yang tak tau status kewarganegaraan apatah lagi dari spesis apa. Yang pasti rasanya bukan manusia la. Tapi katanya malam tu memang rehearsal serba tak menjadi. tak tau la sebab kelibat perempuan t-shirt putih tu punya angkara atau sebab depa masing2 dah kecut perut lupa skrip & step bagai.

Menurut cerita dari mulut ke telinga orang2 kat situ katanya tempat tu memang tempat laluan spesis jin yang di gelar bunian ke kampung depa. Sebab ada sungai belakang fakulti muzik tu. Betul ke tidak jangan tanya aku pi tanya admin blog ni >> Kisah Seram Upsi <<

Ada juga yang kaitkan dengan kejadian bunuh diri. Katanya ada satu tarikh tu, 10 oktober akan keluar hantu perempuan bunuh diri sebab kena tinggal dengan boipren lepas dia mengandung . Sebab lelaki tu taknak bertanggungjawab dia ambil keputusan terjun bangunan. Kejadian tu berlaku di bangunan lama UPSI. Anak hasil hubungan haram katanya dia letak dalam loker pun meninggal dunia. Menurut cerita yang aku baca setiap 10 oktober dia akan merayau cari orang yang hamilkan dia. Katanya seorang pensyarah. Kalau sapa2 teringin nak tengok hantu tu boleh tengok dengan cara tunduk & tengok dari celah kangkang depan dengan bangunan suluh budiman. Betul ke tidak try budak UPSI buat. Kalau orang luar sesaja nak masuk tengok hantu UPSI celah kangkang ni kang di tuduh menceroboh pulak kan.. Jadi korang je lah try jangan suruh akak lekatlekit. Bukan takut cuma tak berani berani je. hahaha


Moral of the story... pandai buat pandai tanggung. Kalau buat tu berdua maka berdua la kena tanggung. Bila sorang lari dari tanggungjawab maka beginilah kesudahan cinta haram. Mati bunuh diri terus jadi lagenda seram sampai bila bila. Kesian padahal yang mati tu dah takde kaitan dengan orang yang hidup tapi orang hidup pulak suka mengaitkan si mati dengan kejadian2 seram yang berlaku. Malang kalau mati bunuh diri ni. Sepanjang hayat orang sebut2 sebagai hantu.

5 comments:

  1. Seram dan.meremang bulu roma saya dibuatnya..

    ReplyDelete
  2. Patutlah jiran sebelai ai tu selalu nar mengigau rupanya dia suka layan cite hantu awak ye Lekat....emmm

    Kalau hantu mesti rambut panjang ek....tak pernah pulak hantu rambut pendik serba hijau ke....serba pink ke hihi.....
    Tapi dengar ke, baca cite hantu mmg syok weyh....seram tp best gitu

    ReplyDelete
  3. Betul.. moral of d story, jangan mudah serahkan body.. bila tak kuat iman, bunuh diri.. lepas tu ganggu orang lain pulak.
    Pergi kacau orang yang buat tu sudahlah.. jangan dikacau orang lain yang takde kena mengena.. huhuhu..

    ReplyDelete
  4. akak dah nampak n3 seram ni malam tadi tapi akak tak berani baca....hahaha...dasar penakut camtu la kan....akak syak pompuan rambut panjang tu nak join kot bebudak tu berteater...

    ReplyDelete
  5. cerita pasal 1010 ni pernah tersiar dlm majalah persona klu xsilap,jd aku amik keputusan utk siasat kebenaran cerita dgn mencari sumber dan bertanyakan org lama..masa kejadian slalu berubah,gitu gak dgn tarikh kes "cikgu bedah",jadi kesimpulan,tiada 1 pun org atau sumber boleh sahihkan cerita si "cikgu bedah" ni

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com