SPESIS KAWAN YANG HANYA ANDA AKAN JUMPA DI IPT ATAU KOLEJ

18.9.15 Suria Lekatlekit 3 Comments

SPESIS KAWAN YANG HANYA ANDA AKAN JUMPA DI IPT ATAU KOLEJ. dalam hidup aku.. Aku bukan tak suka berkawan tapi entahlah sekarang ni aku lebih suka sekadar kawan. Maksudnya kawan kat situ habis kat situ. Mungkin sebab status aku sebagai isteri & ibu jugak kot. Batasan masa & pergaulan buat aktiviti berkawan aku tak happening macam zaman2 bujang. Tapi rasanya hidup aku enjoy je. Takde rasa kurang kat mana2 pun. Setakat tak dapat lepak & outing dengan kawan2 tu bukan masalah besar bagi aku. Hidup ni ada fasa.. setiap fasa kehidupan mesti la ada perubahan. Kalau statik je tu bukan nama kehidupan.


Dunia kawan paling meriah dalam hidup aku masa aku sekolah menengah la. Kat kampung kawan aku lain, kat sekolah kawan aku lain & bila cuti sekolah atau habis sekolah pun kawan2 aku lain. Bila kawan2 aku ni dari sumber berlainan buat aku jadi ramai kawan. Sampai kat rumah dalam bilik pun kawan aku lain sebab aku dulu suka sangat jual nombor telefon aku kat radio. Yelah.. dulu aku memang suka layan radio. Suka call dj radio. Radio dulu bukan macam sekarang semua record dulu baru on Air. Dulu semua kau call terus on Air takde tapis2 dah.

Hidup aku memang meriah dengan kawan sampai aku pernah rasa aku macam tak boleh hidup kalau takde kawan. Tapi sekarang ok jer.. Malah hidup aku makin tenang & senang. Kawan kita masa sekolah rendah lain... kawan kita masa sekolah menengah lain sampai la kawan kita kat kolej @ IPT pun tetap lain. Takkan sama punya kawan2 yang kita dapat. Tapi ada satu spesis kawan yang korang hanya akan jumpa di peringkat IPT & kolej jer. Kawan kat IPT @ Kolej ni perangai & aktiviti dia dah tak sama macam kawan2 kita masa sekolah. Lain sikit. Perangai macam mana meh baca kat sini >> 18 Jenis Kawan Yang Anda Akan Jumpa Hanya Di Kolej @ IPT <<

Apapun berkawan biar berpada pada.. Macam aku ada sejarah yang buat aku rasa hilang terus kepercayaan pada orang lain terutama kawan. Mungkin salah aku jugak dulu meletakkan kawan di tempat tak sepatutnya di hati maka berlaku sesuatu yang buat aku rasa hilang semua rasa yang baik pada seorang kawan.

3 comments:

  1. kadang2 kala kawan yg kita hari ini lebih ok dari yg semalam

    ReplyDelete
  2. Sama la iday, kawan sek lain, kawan sek menengah lain, sebab pindah sekolah so bertambah kawan sek menengah, kawan universiti lain, kawan tempat keja lain, pindah keja, kawan tempat keja lain, kawan blogger pulak. hahahhaha

    ReplyDelete
  3. Hehehe..kathy pun ada sejarah dgn kawan sbb tu tak brape nak bkawan sgt skrg ni. Hehhee..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!