SUP BUNJUT SYIRIK

7.9.15 Suria Lekatlekit 9 Comments

SUP BUNJUT SYIRIK. Mesti ramai dah tengok viral pasal sup bunjut kan? Zaman sekarang ni berhati hati la nak post apapun pun. Kalau boleh sebelum membuat kenyataan berbentuk pertikaian pada sesuatu perkara atau benda tu mohon la study dulu. Takut sebab kita malas nak gunakan kemudahan yang ada ke jalan yang betul membawa kemaluan paling besar dalam hidup. Dah jadi viral ni bukan senang nak padam semua yang dah tersebar. Nak tak nak terpaksa kau hadap jugak kemaluan besar itu. hahahaha


Contoh macam kisah viral sup bunjut ni. Aduhai... maybe seumur hidup dia kali pertama dia tengok bunjut berbungkus macam tu kot. Confirm la spesis yang masuk dapur untuk makan je. lain2 dia tak ambil tahu. Ni kalau tanya halia dengan kunyit hidup pun memang tak pandai bezakan apatah lagi suruh dia pilih yang mana satu daun bawang dengan daun kucai. Tahap tak tahu dia ni memang agak parah bagi seorang manusia. hahahaha

Yang dia tau berbungkus macam tu mesti orang nak sihir. Yelah.. kan orang nak sihir selalu je bungkus benda2 dalam kain. Tapi selalunya kain kuning sebab amalan bomoh2 khurafat ni memang banyak guna kain kuning sebab guna perantaraan Jin. Tapi bukan semua berbungkus tu ada unsur2 syirik dik Ooi... Sup bunjut memang sejak azali macam tu. Memang boleh jadi syirik kalau dah di jampi serapah dengan mentera semerah padi bagai. Di seru2 jin syaitan bagai & di letakkan bahan2 kotor dengan niat untuk mensihirkan orang lain. Tu bunjut sekadar rempah ratus sup kalau ada pun di hembus selawat & Bismilillah... takde syirik kat memana pun. hahahaha

Sumber Facebook

Aduhai budak.. Tu baru nampak sup bunjut dia dah pelik gamaknya kalau dia tengok karipap bihun ni apa pun persepsi dia. yelah.. karipap bihun kan jarang sangat nak jumpa orang buat atau jual. Mesti kalau terbeli dia kecoh kat FB peniaga karipap tipu karipap inti bihun. hahahaha. Aku sendiri pun tak pernah tahu wujud karipap bihun ni. Ni sebab baca satu artikel ni >> 10 Jenis Kombinasi makanan yang Pelik Tapi Sedap << Lepas baca artikel ni jugak baru aku tau ada orang makan strawberi dengan ikan masin. tapi takde la sampai aku nak rasa benda yang pelik di mata aku tu berunsur syirik & khurafat macam budak ni. takde pulak terus nak jatuh hukum haram di makan walaupun aku rasa macam pelik je. hahahhaha.

Moral of the story.. Kadang2 yang pelik di mata kita dah biasa bagi orang lain sebab tu kita perlu siasat & cari info sebelum mengeluarkan sebarang pendapat atau pandangan terhadap sesuatu supaya kita tak nampak bodoh atau nampak ketinggalan sangat.

P/S : Arwah Ayah aku dulu pakar masak bihun sup utara. Memang bunjut dia buat sendiri. Sampai sekarang takde seorang pun anak dia mewarisi resepi bihun sup paling sedap di kedah. Tak sempat belajar. Dulu Ayah ada lebih selesa ayah masak.. sekarang teringat kesedapannya yang takkan jumpa kat mana2

9 comments:

  1. Tak tahu la nak kata apa, rasa tergelak2 je dr tadi

    Pape je bdk skrg, sy gi kedai (tokey x de anak dia tolong jaga kejab)

    S:Dik akak nak beli kacang hijau....
    B: kejab ya kak, ayah gi toilet, sy x tahu ada ke tak kacang hijau..

    Ermmmmm

    ReplyDelete
  2. smlm nmpk kt facebook...mmg lawak bangang betoii

    ReplyDelete
  3. hahaha kesian budak tu .....

    ReplyDelete
  4. Aduhai...semput nak datang blog ni. Asyik buka tutup aje sebab tak sempat nak baca! Maklumlah kalau datang, mahu nak bertafakur lama-lama, tak mahu balik blog sendiri ~_^ Banyak nak komen. Nasib baik dah nak dekat pukul 4 petang, apa dapat ajelah yerk ^_^

    Komen pun nak ada intro. Memang sah perempuan ni meroyan tau. Hahaha...

    Suria, akak tak heranlah dengan budak ni punya cerita sebabnya masa mula-mula kahwin dulu HD tak pernah nampak akak buat sup. Maka, pada suatu hari yang indah HD telah cedok sup sendiri dari dalam periuk dan terjumpa sup bunjut ni. Terdetik dalam hatinya entah-entah akak ni telah membomohkan dirinya tau! Tak pasal-pasal dapat dosa menuduh isteri bukan-bukan. Nasib baik HD tak berdiam diri, ditanyalah apa ke bendanya akak bunjut masuk dalam sup! Akak pun explainlah sambil gelakkan suami tak ingat dosa pahala lagi dah! Itulah, tengok lagi sambil lewa cerita Melayu pastu pandai-pandai aje buat conclusion asal berbunjut je mesti jampi serapah orang nak buat kita!

    ReplyDelete
  5. Huk! aloh! kesiannya budak tu... dah viral! aisehman apsal Mrs. A belum tenogk nih! nak pi google jap takut gak kot jadi budak tu apa pun tak tau muuahhahaaaaaa....

    ReplyDelete
  6. Aduhaiii tak tahu nak cakap apa. Satu je boleh pesan. Rajin2 la masuk dapur.

    ReplyDelete
  7. ada nampak juga benda ni
    memang sah dia tak penah ke dapur tu gamaknya
    padahal memang benda ni lah orang guna buat masak sup

    p/s-sayangnya suria tak sempat belajar dengan arwah ayah dulu.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!