TEGUR SUAMI KAT MEDIA SOSIAL LEBIH BAIK DARI TEGUR DIRUMAH

8.9.15 Suria Lekatlekit 5 Comments

TEGUR SUAMI KAT MEDIA SOSIAL LEBIH BAIK DARI TEGUR DIRUMAH. Almaklumla katanya zaman media sosial. Apa barang nak cakap, nak tegur, nak sihat nak bincang secara live cakap depan muka. Mesti guna media sosial baru nampak stylo, trendy & up to date. Old skool la jenis bincang2 dalam bilik ni katanya. Tu zaman tok nenek boleh la pratikkan. Zaman sekarang zaman media sosial kita kena cakap secara umum baru orang lain boleh tahu apa yang berlaku dalam rumahtangga kita. Baru orang tahu kita isteri yang prihatin pada suami.


Aku memang masih old skool la kalau kata tak ikut trend sekarang nak cakap apa, nak tegur nak marah, nak nasihat laki tak guna media sosial. Biarlah aku old skool aku tak rela kisah rumahtangga aku jadi bacaan umum. Hidup aku bukan kisah untuk drama atau novel yang sesiapa saja boleh tahu jalan cerita, pergolakkan, kebahagian atau apa2 yang berlaku dalam rumahtangga aku. Hangpa rasa cara hangpa dok maki laki, puji laki, romen2 kat media sosial tu up to date teruskan la. Hangpa lain retis katanya.. memang life hangpa orang nak ambil tau. Aku bukan retis so cerita life aku tak laku sangat pun kalau nak jual. hahahaha

Apa kes ko tetiba meroyan ni sang lekit Ooi... Takde la aku tetiba nak tergelak bila teringat terbaca kisah sorang retis yang nak tegur laki dia jugak seorang retis yang terlalu obses dengan vape. Sampai semua koleksi vape yang ada dia nak buat koleksi. Dalam status kat IG dia tu dia kata.. nak tegur takut kecik hati jadi dia post la minta peminat tegur laki dia.. Aku jadi bengong kejab.. Laki kau memang kalau tegur depan2 dia kecik hati ke? Gamaknya laki dia suka kena tegur secara umum kat media sosial. Apsal tak buat press conference je tegur laki kau maybe lebih berkesan buat dia sedar perbuatan dia tu tak baik & kembali kepangkal jalan.

Tak paham sungguh aku spesis macam ni.. Depa rasa lebih baik tegur secara umum yang semua orang boleh tahu keburukkan suami sendiri dari tegur senyap2 dalam bilik atau kat rumah. Kalau dah laki kau memang cepat kecik hati kena tegur, kau yakin ke dengan menulis secara terbuka di media sosial laki kau tak kecik hati. Ke saja nak perhatian masyarakat. Yelah.. masing2 pun tak berapa menyerlah dah sekarang. Mungkin tu salah satu cara mencari publisiti kot. Nak publisiti atau nak attention pun jangan sampai laki hangpa ambil smartphone hangpa buat macam ni sudah sebab sakit hati semua benda hangpa nak post kat media sosial >> 10 cara kejam boleh di buat kalau smartphone mendatangkan keburukkan <<

Moral of the story.. Memang hak masing masing. Nak cakap apa, nak tulis apa, nak tayang gambar apapun kat media sosial tapi jangan lupa hak orang yang membaca, melihat & mendengar jugak. jangan salahkan orang jika tindakkan kita mendapat persepsi negatif dari rakyat alam maya sehingga jadi viral sebab diri sendiri yang mencetuskan perkara tu. Puncanya sapa suruh kau tak fikir dulu sebelum buat. Peace.

5 comments:

  1. saya tahu sape yang dimaksudkan, ada nampak tadi =)
    tak tahulah saya pun nak komen apa benda camni
    dah macam satu habit dah nak tegur kena kasi orang nampak
    kalau semua dah share, apa lagi privasi yang tinggal tuk kita kan

    ReplyDelete
  2. Betul tu..dah lah menjatuhkan air muka suami pastu sok2 kita yg malu sebab jaja kiah sendiri

    ReplyDelete
  3. Sapa artis jemah ni? Kong asam keping sgt perangai....hahaha...yg no10 tu akak penah tengok video dia...sayang lahai dia pi mesin henpon sampai hanco dlm blender

    ReplyDelete
  4. Kalau harapkan peminat menegur suami sendiri, something wrong somewherelah kak oi. Mesti dah kurang value sebagai isteri. Dah namanya isteri terapat sekali dalam hidup suami tapi tak boleh nak tegur suami, macamana?

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!