TENTANG PULAU PINANG YANG ANDA TIDAK PERNAH LIHAT

15.9.15 Suria Lekatlekit 4 Comments

TENTANG PULAU PINANG YANG ANDA TIDAK PERNAH LIHAT. Pulau pinang @ penang ni tempat aku dari kecik & remaja jugak la. Bukan aku lahir kat sana.. Aku tetap la orang kedah cuma kulim & penang tak ada la jauh sangat. Masa kecik2 kalau cuti perayaan ke itulah salah satu tempat mak & arwah ayah aku bawak kami 6 beradik jalan2. Naik beca pergi komtar lepak padang kota, mandi manda kat telok bahang & batu ferringgi. Bila dah masuk alam remaja tu la tempat aku & the geng mencipta memori remaja katanya. Kiranya Penang ni memang banyak memori semasa proses aku membesar walau tumbesaran aku tak berapa berjaya sangat. Terbantut katanya.hahaha


Zaman aku kecik zaman 90an.. membesar sebagai anak kampung yang bukan dari keluarga kaya. Kalau pergi jalan2 bukan macam sekarang boleh selfie simpan gambar sebagai kenangan. Camera dulu pun jenis camera filem mana ada digital camera lagi. Dah tu bukan semua orang ada. Jadi tak banyak sangat gambar2 berjalan, beridah kat penang ni masa aku kecik. Ada la satu dua. Tu zaman 90an.. kalau zaman sebelum 90an masa zaman mak bapak aku remaja lagi la tak meriah dengan gambar. Zaman gambar hitam putih kalau ada pun gambar versi studio apek je la.

Jadi kita generasi Y ni (Y la sangat aku kan? hahaha) memang tak pernah tengok la macam mana penang sebelum membangun dengan pesat. Memang gambar penang zaman hitam putih & sephia tone tu susah kita nak dapat. Jalan2 & tempat sekitar penang dulu pun tak macam sekarang. Jadi aku percaya ramai antara kita yang tak pernah seumur hidup tengok lagi gambar2 rare ni di penang. Nak tahu kenapa ia kategori rare sangat korang boleh tengok sendiri kat sini  >> 35 Gambar Nostalgia Penang Ni membuktikan Betapa Berbezanya Penang Dulu Dengan Sekarang <<

Layan gambar2 penang yang dulu rasa macam kembali ke zaman tu pulak. Kalau ada yang remaja zaman tu maybe kategori pakcik makcik dah mesti ter flashback kenangan deting2 dulu kan? hahahaha

4 comments:

  1. Eh, apa pulak kita! Akak ni generasi Z, Suria ~_^ I'm still young. Keh3x.

    Since akak bukan orang Penang, memanglah tak tahu keadaan Penang dulu macamana. Rasanya akak masuk Pinang for the first time pun masa tu dah besar panjang. Dah pandai bawa kamera kompak dan ambil gambar kata omputih.

    ReplyDelete
  2. saya orang Penang..lahir dan membesar di Penang...sekarang ni dah 12 tahun menetap di KL..tapi Penang tetap di hati...:)

    ReplyDelete
  3. Lama tak ke pulau pinang.. Rindu plak nak nek feri pulau pinang.

    ReplyDelete
  4. Bertahun sudah tak ke sana.. ada peluang nanti ai nak bergambar sakan sampai termuntah dekat sana nanti.. hehehe..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!