TENTANG QATAR AIRWAYS YANG ORANG MISKIN TAK TAHU

5.9.15 Suria Lekatlekit 3 Comments

TENTANG QATAR AIRWAYS YANG ORANG MISKIN TAK TAHU. Tu dia tajuk mengundang bala katanya. Kalau orang judge dari tajuk boleh jadi viral ni. Aku pun kategori orang miskin jugak so sebelum ni aku pun memang tak tahu sangat pasal Syarikat penerbangan Qatar Airways ni. Tak pernah guna perkhidmatan mereka tak semestinya kita takkan dapat info tentang apa yang ada dalam pesawat Qatar Airways ni kan?? Yang penting kau rajin membaca Insya Allah.. kau akan dapat info.


kalau la dapat tajaan terbang dengan penerbangan bertaraf 5 bintang ni.. Wah rasa VVIP satu hari kot. Yelah.. setakat ni mampu terbang bersama Air Asia je. Tu pun syukur Alhamdulillah mampu rasa naik kapal terbang jugak. Ada orang yang sampai sekarang tak berpeluang merasa terbang di awan biru katanya. Insya Allah.. setiap orang ada bahagian rezeki masing2. Jangan risau. Kapal terbang sekarang bukan semua untuk orang2 kaya je. Ada je penerbangan tambang murah macam Air Asia & firefly. Merasa jugak golongan semekin macam aku naik kapal terbang.

Terbaca tentang penerbangan taraf 5 bintang ni.. Qatar Airways adalah syarikat penerbangan utama negara Qatar yang berpangkalan di Doha dan melayani 81 destinasi antarabangsa. Merupakan penerbangan yang diiktiraf terbaik di dunia. Ditubuhkan pada 22 November 1993 & mula beroperasi pada 20 Januari 1994. Penerbangan pertama pada Mei 1994. Yang bestnya Qatar Airways ni semua pesawat penumpang tak kira apa kelas sekalipun mempunyai layar video di setiap tempat duduk. Siap ada siaran television satelit lagi untuk rancangan TV eropah & Arab. tapi ada 2 pesawat yang takde service ni. Untuk penumpang kelas pertama bukan setakat boleh baring, tapi seat dia di lengkapi fungsi mengurut & sistem hiburan. Kalau terbang berbelas jam takde la rasa sengal2 badan sangat kan.

kalaulah dapat terbang dengan Qatar Airways ni kan.. nak2 dapat seat kelas pertama tu. Mesti feeling orang kaya satu hari katanya. Manalah tau akan datang ada rezeki kan walau tak kaya. Sebab rezeki ni dari Allah & datang dalam pelbagai cara & sumber. Tapi kalau korang yang terbang dengan Qatar Airways ni sekarang pun ada promosi. Time promosi ni la tiket dia murah sikit. Boleh la merasa naik flight yang di iktiraf terbaik di dunia & ber kelas 5 bintang ni. Korang boleh tengok kat sini promosi >> Fly to your dream destination with this Qatar Airways promo now.<<

Moral of the story.. Orang miskin bukan semuanya selamanya miskin & orang kaya tak selamanya jugak kekal kaya. Nasib boleh berubah & di ubah cuma kita yang perlu berubah untuk mengubah nasib kita. Jadi hari ni mungkin kita mampu naik Air Asia tak mustahil satu hari kita di kelas pertama Qatar Airways katanya.

3 comments:

  1. Hehehhe... Memang tajuk tak boleh blah.. Heheh..

    ReplyDelete
  2. patut la akak tak tahu sebelom ni...rupe nye semekin....kuang...kuang...kuang.....dapat naik airasia pon dah syukur yg hamat kan dik...

    ReplyDelete
  3. Moral of the story tu aje yang penting :) Takpalah sekarang merasa naik Air Asia sakit-sakit badan. Mana tahu akan datang dapat naik Qatar Airways pulak. Jangan dicemuh pulak nasib mereka yang mampu naik Air Asia aje masa tu :)

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!