WAJIB BACA KALAU KAWAN ATAU PASANGAN ANDA KAKI MAKAN

15.9.15 Suria Lekatlekit 4 Comments

WAJIB BACA KALAU KAWAN ATAU PASANGAN ANDA KAKI MAKAN. Aku dulu ada jugak kawan yang kaki makan tapi sekarang kami dah putus kawan setelah di ijabkabulkan kami tidak lagi di gelar sebagai kawan oleh orang2 sekeliling tapi lebih di kenali sebagai laki bini. Dia kategori suka makan maka tempiasnya kena aku jugak. Sejak kenal dia macam2 tempat makan dia bawa aku pergi. Tapi yelah jenis aku bukan semua tempat aku pergi makan aku canang kat media sosial.. Jadi tak ramai tahu sebenarnya area kl/selangor ni banyak tempat dah aku pernah pergi makan


Laki aku jenis kalau bab makan tak kedekut sangat sampai kadang2 aku rasa macam nak bagi kuliah kat dia. Sebab aku jenis tak suka makan banyak2, dia pulak kalau makan suka banyak menu atas meja. Tapi yelah.. bising2 pun bila dah hidang kau melantak jugak tak pandang kiri kanan kan. Tu cerita tentang bekas kawan aku yang suka makan.

Bila kita dapat kawan yang suka makan ni kita jangan ingat jenis kaki makan ni tolak batu dengan kayu je.. yang lain2 semua dia rembat. Tak jugak. Macam asben aku la.. even suka makan tapi bukan semua dia makan. Salah satu benda dia takkan makan even sedap macam mana pun daging haiwan berkaki empat. Melalui cara makan pun kita boleh tahu mood seseorang nak2 lagi mood seorang kaki makan. Banyak sebenarnya perkara yang kita selalu salah anggap tentang orang yang suka makan ni.. Kalau aku nak tulis memang entri aku jadi entri berepisod. Point jer dah ada 10 perenggan tak campur lagi cerita2 konar baring yang aku selitkan. Jadi untuk tidak buat anda semput baca entri aku panjang berjela apa kata anda baca je kat sini >> Perkara Yang Anda Perlu Tahu Jika Anda mempunyai Kawan Yang Kaki Makan <<

Sangat penting kita tahu jenis kawan suka makan ni selain kita boleh tahu apa kelebihan kawan yang suka makan supaya kita tak rasa was was untuk rapat dengan dia. Mungkin menjadikan perkara tu sesuatu yang sangat seronok bila bersama dia. Sememangnya setiap perkara tu ada baik & buruk.. dan penting untuk kita tahu kebaikkan & keburukkan kawan kita yang suka makan ni bagi mengimbangi keadaan bila kita berdepan dengan sesuatu yang buruk dia buat berkaitan dengan makan. Sebab kita dah tahu dari awal so kita boleh prepare ye dak.

4 comments:

  1. Eleh, eleh,eleh.... kalau dia tak suka, takdalah bekas kawan tadi jadi suami. Kiranya kalau dah diajak makan tu, takdalah tolak, join together-gather jugalahkan melahapnya. Hahaha...

    Akak suka makan juga tapi takdalah adventurous sangat kalau cakap jenis-jenis makanan yang akak suka. Suami pun lagilah suka makan, memang tolak batu, kayu, plastik dan segala yang tak boleh makanlah. Selagi ada logo halal, memang suami akak makan sampai kenyang!

    ReplyDelete
  2. nak tanya, sy sorg je ke nampak yg blog ni sidebar die kat footer?

    ReplyDelete
  3. akak anak beranak pon kaki makan gak...kikiki....kecuali izara...kiteorang kalau cuti gi mana2 mesti ada list tempat makan yg harus di terjah....best sesekali buat camtu...tapi bila dah jumpe kedai dan mencuba makanan yg di idam2 kan sekali tak sedap terus rase nak nangis guling2 sambil hantuk kepala kat lantai....kuciwa....kahkahkah

    ReplyDelete
  4. Dulu kalau order makan mesti nak ikut selera ai.. tapi sekarang ikut selera anak2.. hehehe..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!