AJAR ANAK KECIL MENGEMIS DI MEDIA SOSIAL

2.10.15 Suria Lekatlekit 9 Comments

AJAR ANAK KECIL MENGEMIS DI MEDIA SOSIAL. Ramai antara kita yang tak sedar kita sedang ajar anak kita jadi pengemis di media sosial. Ramai sangat rasa dengan mengemis di media sosial ni tak nampak macam orang tak bermaruah tapi nampak sweet like kencing manis. Yelah mengemis secara online ni bukan kena tadah mangkuk duduk tepi kaki lima dengan muka & baju comot. Dengan muka comel baju cantik2 lagi senang nak mengemis. Sebab konsep mengemis kat media sosial ni lain sikit.. Yang di rayu juga bukan duit atau makanan. Nak tau mengemis apa.. meh baca.

Benda yang dah jadi trend tapi orang pandang perkara tu macam anak aku selalu sebut.. "alah.. kecik jer!" Kecik sebab dia masih kecil tapi akan jadi masalah besar bila dia membesar dengan di biasakan diri menjadi seorang attention seeker di media sosial. Bila dia rasa cara tu orang bagi perhatian pada dia sebab mak bapak dia dah ajar dia dari kecik.. Nak kalau kau rasa nak orang sedar akan kewujudan kau di muka bumi ni kau kena buat macam ni. Kau kena buat benda2 bodoh sebab orang Malaysia memang suka sensasikan benda2 bodoh sebab tu kat Malaysia orang buat benda bodoh lebih cepat di kenali & dapat banyak peluang termasuk jadi retis. Manalah tau Dato terlajak laris offer kau berlakon iklan produk dia nanti. Jadi.. kau kena biasakan diri dengan buat benda2 kurang cerdik di media sosial bermula dari sekarang. Lama2 kau ada jadi pakar mengarut paling berprestij di alam maya.


Aku tak tahu la mak bapak jenis ni kategori apa? Nak beli anak mainan pun perlu undian dari orang ramai.. masa kau nak beromen buat anak takde pulak kau minta orang vote. Like kalau ada setuju kami berjimak untuk buat anak malam ni. sejuta LIKE kami akan berjimak. Dah dapat anak hasil jimak tu nak membela gigih sangat kau nak orang vote dengan like bagai. Watdehek!! Takde sebab lain spesis macam ni memang berangan nak jadi popular dengan benda tak pekdah macam syasya salero, cikgu shida & ramai lagi la. Bermula dari seorang attention seeker yang kreatif cipta idea kurang bijak maka berpusu2 orang lain tiru.

Tak pepasal dok makan kutuk orang jer. Apa ingat orang nampak kau mak bapak sweet ke buat macam ni??

Bila kita dah dedahkan benda2 macam ni kat anak dari kecik nanti besar dia buat benda bodoh yang memalukan kita kat laman sosial jangan cakap bukan salah ibu mengandung & bukan salah ayah menanggung yer nak..padahal kalau di flashback balik sebenarnya kesilapan tu kadang2 berpunca dari didikan kita sendiri. Nak jadi mak bapak yang cool & trendy bukan dengan buat benda2 bodoh yang guna gambar anak macam ni. Kalau betul korang ibu yang memang jenis cool, trendy & urban meh tengok sini apa yang korang kena buat >> 5 Ciri-Ciri Ini Membuktikan Anda Ibu Yang Paling Cool & Trendy Di Dunia! <<

Lagipun tak perlu rendahkan harga diri kita dengan tunjuk kat orang macam kita macam terdesak sangat. Penting sangat ke populariti kat laman sosial dalam hidup kau?? Dah la kau jual muka anak kau yang innocent tu lepas tu malukan dia dengan perangai kau yang nak mengemis perhatian tu. kalau kau rasa nak beli mainan untuk anak tu beli je la.. tak payah ajar anak kau jadi pengemis di media sosial. Lagi bagus kau ajar anak aku menabung dari menabung like kat gambar dia yang kau post. Totally tak ada faedah langsung.

Moral of the story.. Jangan jadi kejam terhadap anak secara halus. Kadang2 kita melanggar hak privacy seorang anak hanya kerana dia seorang anak kecil. Ramai mak bapak sekarang dah tak jaga privacy seorang anak di media sosial. Ada yang upload gambar bogel anak tanpa rasa bersalah tu paling aku rasa kesian sangat.

9 comments:

  1. Kena ajar yg baik2 untuk anak..
    tak tau lah apa motif si bapa tu..
    Betul tu LLG.
    Penyudahnya dapat kutukan ajer :P

    Akak follow LLG #2024.. jemputlah ke blog kecik akak ye :)

    ReplyDelete
  2. Betul tu...dah lama perasan..mak ayah nak anak popular..untung2 nak dapat jadi artis..cepat sikit mak pak naik haji..

    ReplyDelete
  3. kesian budak tu .. gile betui mmg aku dok tengok nenek tua umur 109 pun jd mangsa

    ReplyDelete
  4. Tu la..ambe ada nmpk juga post tu kat FB.
    Rasa kesian sangat. Tak perlulah sampai macam tu kan. Ambe tak sampai hati nampak hal-hal macam ni. Apatah lagi kes-kes pukul-pukul budak.

    ReplyDelete
  5. Setuju sgt! Mperlihatkn kebebalan org yg post tu. Tp pelik ramai jgk yg like..

    ReplyDelete
  6. sedih tengok keadaan sekarang.. teruk benar untuk mendapatkan like.. sian anak kecil itu.. tak bersalah ponnnn

    ReplyDelete
  7. Macam-macam gaya nak popular zaman sekarang ni...

    ReplyDelete
  8. zaman it...semua nk sharing...nk minta perhatian.. ha ha ha lucu la...

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!