AWAS! MAKSIAT BERAMAI RAMAI DALAM GROUP WHATSAPP

16.10.15 Suria Lekatlekit 3 Comments

AWAS! MAKSIAT BERAMAI RAMAI DALAM GROUP WHATSAPP. Bila teknologi semakin maju, maksiat juga turut maju bersama pembangunan yang berlaku sekarang. Kalau dulu orang buat maksiat dalam hutan, dalam semak, dalam rumah kosong bagai sekarang tak perlu kemana mana atau jumpa siapa2 maksiat boleh berlaku di mana mana saja depan smartphone @ gadget elektronik yang lain.


Sekarang trend group dalam applikasi whatsapp. Ada yang guna dengan tujuan kebaikan ada yang motif diadakan memang untuk benda baik tapi bila dah ramai sangat dalam tu jadi macam2 cerita pulak. Nak2 lagi bergaul campur lelaki perempuan, anak dara, anak teruna, laki,bini orang bagai. Semua di kumpulkan dalam satu group. Bila dah kumpul tu selalunya membincangkan hal penting tu sikit je selebihnya jadi borak kosong yang tak datangkan manafaat pun. Bila dah banyak sangat borak kosong mula la hilang batasan.. laki orang bini orang sembang gurau tak kira topik. Luar kain dalam kain semua boleh jadi isu borak & bergurau. Usik mengusik tak payah cakap la.. Semua tetiba jadi macam si bujang sedang mencari cinta katanya. Yelah.. apadahal.. sembang je takde sampai nak sentuh2 bagai.

Awas yer kengkawan semua maksiat tak semestinya berdua duaan je. Saling berjumpa bagai.. Zaman sekarang maksiat boleh berlaku semudah ABC. Tak kisah la dalam ahli group tu hangpa dah anggap macam keluarga sendiri bagai tapi tetap hakikatnya antara hangpa tak ada pertalian darah yang menghalalkan hubungan tu. Masih ada batasan tak kira dari segi perbuatan atau perbualan.


Aku ni terus terang bukan jenis baik sangat sebab tu la aku control la apa yang boleh. Aku memang tak suka nak merapu tak tentu pasal dalam group whatsapp sebab tu dulu aku kena remove dari satu group ni dengan alasan stalker la.. jarang berbual la.. Tup2 sekarang di canang aku kena remove sebab salah sendiri pulak. Hakikatnya kisah kena remove bagai tu macam lain. Takpe la benda dah lepas.. Biarlah orang yang budget malaikat tu nampak baik je sentiasa walau hakikatnya dia sedang memfitnah aku sampai hari ni. Orang jahat dalam senyap memang macam tu.. Nampak suci dari dosa tak macam aku riuh sekampung ni. Orang nampak jahat na'uzubillah katanya. hahahaha

Moral of the story.. tak salah nak join apa2 group whatsapp. aku pun join jugak Group whatsapp Best Blogger Network tapi aku kalau takde hal memang tak muncul. Kalau ada apa2 pasal blog nak cakap atau tanya baru aku bersuara kat situ. Tujuan group tu pun untuk bincangkan isu2 & permasalah tentang blog kan. Jadi tak payah la nak merapu meraban konon eratkan silaturrahim. Jangan silaturrahim kat situ erat hubungan lain pulak jadi putus sudah.

3 comments:

  1. Hehehe.. Maksiat berjemaah katanya.. Hehehe. Hari tu join jg grup wasap kawan sekolah lama tapi bila asyik sembang benda merepek terus mute setahun grup tu. Hehhe.

    ReplyDelete
  2. memang grouo tu dibuat untuk bergatal.gatalan kot..pengasas group kena tanggung la semua tu...seronok kat dunia,kat akhirat menjawab la hang...hahahh

    ReplyDelete
  3. Yelah.....kalau dah ramai ramai mmg susah nak control walaupun tak bersemuka.....sebenarnya lagi senang tak bersemuka ni tak rasa bersalah sangat haha........

    Apa pun .....kena pandai pandailah memasing pun dah tua patut dah tau mana baik buruk. Hidup kita ni pun bukan lama huhu

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!