AWAS! NURSE & PESAKIT KENA HATI HATI SEMASA DI WAD

15.10.15 Suria Lekatlekit 3 Comments

AWAS! NURSE & PESAKIT KENA HATI HATI SEMASA DI WAD. Kalau cerita orang mencuri dalam surau atau masjid ketika mangsa sedang solat dah rare sebab benda tu dah banyak sangat kes berlaku. Tapi kalau dalam wad ni jarang2 jugak la kita dengar orang nak merompak atau mencuri jauh sekali nak meragut. Sekarang jangan tak tau.. Pencuri dah jumpa port baru dalam wad kat hospital. Almaklum la orang2 sekarang sakit pun gadget dia tak tinggal kat rumah. Gadget dah macam nyawa tak bawa boleh mati. Jadi walau sakit separuh nyawa kalau jari tu boleh picit2 lagi maka gadget mesti ikut sama pergi hospital.


Disebabkan manusia sekarang nyawa boleh charge katanya hahaha... Pencuri pun kena upgrade jugak la. Pecah rumah orang extreme sangat. Banyak kerja nak buat. dah tu kadang2 yang ada cuma henpon zaman batu 3310 je. Depa cari port yang lebih tenang sikit. port2 ni mangsa dia orang2 yang memang tak berdaya la. Dalam wad.. dah tentu yang check in orang sakit bukan doremi ok! Maka orang sakit ni almaklum la uzur kudrat nak kejar penyamun tu kurang sikit la.

Jangan ingat tak pernah berlaku.. Ni kisah seorang pencuri yang cuba mencuri dalam wad dah keluar dalam berita. Nasib baik tak berjaya melepaskan diri kalau tidak harta benda pesakit dengan nurse terlepas macam tu je. Ingat!! Kat Malaysia ni dah tak ada tempat yang terjamin selamat walau dalam balai polis. Jadi kita kena ambil langkah berwaspada setiap masa.

Sumber Harian Metro

Moral of the story.. Yang ada smartphone mewah & laters version macam ni >> Dah tengok smartphone terbaru ni? Kalau belum mesti tengok <<  tu tak payah menayang sangat. Lepas guna tu terus simpan tempat yang orang tak nampak. Smartphone macam tu la paling jadi sasaran penyamun sebab masih ada harga di pasaran. Nak2 lagi yang design gempak & macam2 fungsi menarik dalam tu. Lagilah banyak permintaan. Jadi Jangan nak tayang2 sangat atas meja. Lebih2 tempat awam ni. Kalau nak kena rembat sekelip mata boleh kena rembat. Tu yang kena rembat kalau terlupa tertinggal kat situ peluang tipis la nak dapat balik. Kalau dapat balik tu kira rezeki la.

3 comments:

  1. mcm2 skrg ni..semua nak duit...ya allah..tkut rasa nk keluar rumah pun

    ReplyDelete
  2. sekarang ni mmg kurang selamatlah di mana2 pun

    ReplyDelete
  3. Kong ajo sangat la penyamun ni dgn orang2 yg tak berdaya pon dia nak sapu....keje le kalau nak duit...sume nak senang halal haram tolak tepi...

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!