AWAS! SUAMI TOLONG BELI SPENDER ISTERI KALAU TAK NAK JADI MACAM NI

23.10.15 Suria Lekatlekit 1 Comments

AWAS! SUAMI TOLONG BELI SPENDER ISTERI KALAU TAK NAK JADI MACAM NI. Tu dia amaran keras katanya. Mana2 suami yang tak pernah belikan isteri spender kena ambil kisah ni sebagai pengajaran sebab kita tak tahu mungkin perkara ni boleh berlaku pada diri kita jugak. Hari ni kita tengok jadi kat orang lain kita rasa macam mustahil la pasangan kita boleh jadi sampai macam tu sekali. Tapi ingatlah.. seminit lagi kita tak tau apa boleh berlaku inikan pulak setahun dua akan datang. Manusia ni ada hati yang sifatnya boleh berubah jadi sebaik baik manusia atau sejahat jahat makhluk. Jadi sesiapa saja berisiko untuk hadap perkara perkara macam ni.

Sumber Google. Sekadar Hiasan

Kontroversi antara pelakon Rita Rudaini dengan bekas laki dia seorang pemain bola sepak si Aidil tu. Sampai cerita tak pernah beli spender pun keluar habis. Aduhai.. Inilah orang kata masa sayang tak bagi apapun tetap sayang. Jangankan kena beli spender sendiri.. spender u pun i boleh tolong belikan katanya. Tu contoh je nak gambarkan betapa tak kisahnya masa tengah sayang. Give & take katanya. Tapi bila dah benci apa yang dia rasa tak kisah pun pasangan dia tak buat dah jadi terbalik. Itulah perkara yang akan jadi bahan ungkitan untuk menyalahkan antara satu sama lain.

Kalau orang yang ikuti kisah penceraian Rita & Aidil ni confirm trauma nak jadi public figure atau kawen dengan retis. Rasa bertuah kita cuma orang awam yang di kenali orang2 tertentu je. Jadi orang popular gitulah.. Kita ni kan manusia. Kadang2 masa marah terlepas cakap.. terlepas tulis kat media sosial. Orang biasa ni ok la.. takde value sangat la kisah depa. Tu pun ikut nasib jugak. Silap haribulan jadi viral yang memalukan. Tak popular pun terus orang kenal. Apatah lagi jadi orang yang di kenali ramai ni. Apa je depa tulis atau cakap memang jadi berita yang ada nilai kepada reporter bertauliah & tidak bertauliah. Nak buat macam mana dah memang sistem hidup sekarang macam tu. Nak control apa yang bakal menjadi berita kita tak mampu. apa yang kita mampu control apa yang kita nak cakap & tulis je nak2 lagi kalau hangpa tu orang yang di kenali. Kalau macam ni punya kejadiannya..  Takpe la kawen dengan orang biasa biasa jer janji ada ciri2 macam ni sudah >> Lelaki Macam ni Tak Hensem Pun Seronok Buat Suami <<

Sebagai seorang perempuan bergelar Isteri kita faham perasaan Rita tu macam mana rasa marah dia di abaikan.. dah la masa nak kawen pun terpaksa lari ke Thailand. Dah kawen ada anak laki pulak buat hal. Benda2 macam tu secara tak sengaja mungkin buat dia jadi agak berdendam dengan ex husband dia. So, dia akan buat apa sahaja untuk menuntut kembali hak dia yang mungkin selama ni di abaikan. Tapi tu la.. tak semestinya bercerita secara terbuka tentang bekas pasangan tu adalah tindakkan terbaik. nak cakap pun susah. Kadang2 ada perkara yang ada action bila guna media. gamaknya kalau media tak highlight mungkin pihak lelaki ni buat endah tak endah kot tu yang perempuan terpaksa melantang sikit. aku pun kadang2 bila naik angin keluar jugak benda bukan2 cuma aku cuba latih diri aku tak menulis apa2 berkenaan rumahtangga, keluarga atau orang2 terdekat kat media sosial ni. Bukan apa takut tercerita sesuatu yang tak patut di ceritakan secara umum.


Moral of the story.. lelaki jangan lupa tolong belikan spender buat isteri.. Kalaulah jodoh tak panjang takde la di malukan sampai spender bini pun tak pernah bayarkan. Pendek kata silalah jadi suami yang bertanggungjawab. Hahahaha

1 comment:

  1. Kathy pilih spender hubby tolong bayo kan..kira dia yg beli la tu kan? hehehehehe..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!