BEAUTIFULNARA DI HENTAM PERTIKAI LIPSTIK MESRA SOLAT

18.10.15 Suria Lekatlekit 3 Comments

BEAUTIFULNARA DI HENTAM PERTIKAI LIPSTIK MESRA SOLAT. Nak tergelak pun ada baca satu post kat beautifulnara yang mempertikaikan pasal lipstik mesra solat. gamaknya baru hari ni dia tau ada lipstik mesra solat walhal benda tu wujud dah lama. Yelah.. Beautifulnara ni admin dia lelaki jadi tak pelik la kalau dia tak pernah tahu ada lipstik mesra solat ni. Almaklum orang lelaki.. dia faham lipstik tu lipstik je la.


Tapi kagum jugak sebab walau banyak yang hentam dia sebab pertikai ada lipstik mesra solat dia tak delete post tu. Ni baru blogger sebenar. Apa ada hal setakat kena hentam ye dak? Takde makna nak angkat geng suruh orang lain hentam balik pengkritik. Rilex sudah terima kritikan. Biasa la tu.


Yang best tu... yang komen pun ada jugak buat pertikaian kurang bijak. Contoh.. macam yang aku printscreen ni


Kita maafkan je depa2 ni. Sebab depa tak faham konsep lipstik mesra solat. Bukan kata nak solat berlipstik bagai. Kalau nak buat pun tak salah.. tapi tujuan lipstik mesra solat ni adalah memudahkan. Kalau sisa lipstik ni masih melekat kat bibir & kita nak solat tak perlu was was sebab ia halal & boleh di bawa bersolat. Sebab tu pentingnya orang Islam memperbanyakkan kosmetik halal yang mesra solat. At least kalau ada sisa makeup pun kita boleh bersolat tanpa was was. Atau pengantin yang nak buat solat sunat lepas akad nikah pun boleh lepas di solek. Tu tujuan kosmetik @ alat solek yang halal & mesra solat ni.

Moral of the story.. Kadang2 sebelum mempertikai sesuatu perlu jugak kita ambil masa berfikir. Semua orang boleh jadi pengkritik tapi tak semua orang mampu mengkritik secara bijak termasuk aku. Hahaha

P/S : selalu dia dok tulis gosip retis sekali dia kena gosip kat blog puaka lekatlekit.com hahaha

**Yang ada masalah dengan tumit kaki meh tengok sini >> Tak malu lagi pakai kasut nampak tumit <<

3 comments:

  1. lenkali sebelum komen tu kaji dl.. xpepasal kena hentam.. kesian.. semua benda serba xkena pd dia... dh mcm perfect sgt..

    ReplyDelete
  2. Mungkin abang nara baru tahu, so saje2 muat status untuk tengok macam mana feedback orang ramai tentang lipstik mesra solat ni. Tapi yang pertikaikan tu pon kurang cerdik, dia ingat lipstik mesra solat ni pakai semata2 untuk solat je. padahal, kalau orang yang ada event ke ape, diorang boleh hilangkan sisa lipstik terus amik wuduk and solat dengan rasa yakin. Hehehehe

    ReplyDelete
  3. Hahhaha Nara ni kan semua benda nak diisukan..... tapi tak heran sangatlah sebab Nara bertanya..... ada jugak yang tak faham maksud tabarruj tu... haih.... kita maafkan mereka :D

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!