BENDA PALING PENTING YANG SELALU ORANG TAK BAWA PERGI BERCUTI

13.10.15 Suria Lekatlekit 7 Comments

BENDA PALING PENTING YANG SELALU ORANG TAK BAWA PERGI BERCUTI. Bulan oktober ni banyak betul artikel2 berkenaan pergi bercuti yer. Nak ingatkan siap2 katanya. Takde la dah terhantu baru terngadah. Almaklum la kebanyakkan dari kita memang spesis suka anggap semua perkara tu remeh. Nak kena sampai jadi kecemasan baru la terfikir benda atau perkara yang kita pandang remeh tu sebenarnya sangat penting.

Sumber Google. Sekadar Hiasan
 Walau nak pergi bercuti bukan nak pergi cari penyakit namun kita kena buat persediaan awal sekiranya berlaku kecemasan semasa kita sedang bercuti. Ataupun sebenarnya benda tu bukan untuk kegunaan kecemasan tapi sememangnya kita perlu guna semasa bercuti cuma kita rasa benda tu boleh dapat kat mana2 jadi kita tak rasa perlu bawa.

Tapi aku ni spesis kalau nak berjalan jauh kalau boleh pack 1 rumah gamaknya dengan rumah2 sekali aku angkut pergi bercuti. rasa semua benda macam aku perlu guna masa perjalanan jauh padahal kadang2 cuma bawa beban tak guna pun barang2 yang aku bawa terutama baju lebih la. Nak balik kampung 3 hari 2 malam pun bawak baju macam nak pakai seminggu. Tu perangai aku. Tapi ada jugak barang yang penting aku suka terlupa bawa sebab terlebih fikir benda tak penting nak bawa.

Sebab kita semua memang ada perangai tak semegah macam tu jadi mengambil tanggungjawab khidmat masyarakat maka aku nak share la perkara & benda yang sangat penting kita bawa semasa pergi bercuti tapi selalunya kita tak pernah langsung terfikir nak bawa atau mungkin kita tak pernah tahu sebenarnya benda ni kena bawa.

Aku ni blogger agak berhemah tinggi jugak la tak suka nak copypaste sangat artikel orang tapi sebab nak berkongsi dengan hangpa semua perkara yang aku rasa penting untuk kita semua ambil tahu maka aku bagi link je la untuk korang baca yer. Nak tahu apa benda @ perkara penting yang kebanyakkan dari kita semua tak terfikir nak bawa semasa pergi bercuti adalah >> Perhatian! Korang Wajib Tahu 7 Benda Yang Wajib ada Semasa pergi bercuti <<

Moral of the story.. Bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan sediakan sampan sebelum banjir sediakan kain kafan sebelum mati.. Ops terlebih sudah! hahaha

7 comments:

  1. rasanya banyak kot org jnis yg nk pack 1 rumah kalau travel cth mcm MG
    haha ! :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. normal je kalau perempuan perangai macam tu

      Delete
  2. Kalau baju, memang saya suka bawak lebih esp baju anak2.
    Selain daripada itu, ubat-ubatan juga penting...

    ReplyDelete
  3. amboi...mengata kat saya ke suria..
    aha..papun selamat tahun baru

    ReplyDelete
  4. Kalau orang perempuan packing memang satu rumah nak bawa.. Orang lelaki senang, tapi bila dah travel ada yg tak lengkap.. Dah kena beli pula..

    ReplyDelete
  5. saya selalunya terlupa nak bawak wayar penyambung. bila tak bawak, dan nak pakai, barulah rasa geram tiba-tiba huhu

    ReplyDelete
  6. saya memang jenis heavy traveler, selagi boleh memang angkut semua. hahah

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!