BLOGGER CIK EPAL RASA KEKOK NAK MENYUSU BADAN ANAK SENDIRI

24.10.15 Suria Lekatlekit 5 Comments

BLOGGER CIK EPAL RASA KEKOK NAK MENYUSU BADAN ANAK SENDIRI. Bila cakap pasal Breastfeeding atau orang melayu cakap susukan anak dengan susu badan ramai orang tahu kebaikan dia. Tak siapa boleh nafikan kebaikan menyusu bayi. Bukan hanya pada bayi tu sendiri malah kebaikkannya dapat juga untuk si ibu tapi ada  jugak orang yang sanggup perah buang susu free yang banyak khasiat yang tiada dalam susu formula yang Allah kurniakan atau sanggup ambil ubat untuk keringkan susu sebab tak nak menyusu anak sendiri melalui susu badan. takut kendur katanya.. Nanti jadi macam hantu kopek. Panjang jer.


Aku dulu pun breastfeeding jugak anak aku. Memang mula2 rasa pelik, malu nak susukan anak depan orang even tutup pun tapi rasa macam kekok bila orang nampak perbuatan tu sampai kalau pergi mana2 kalau nak menyusu anak aku, samada dalam kereta atau aku cari sudut yang sangat privacy untuk menyusukan anak aku. Aku ni kan pemalu katanya... hehehehe Tapi tetap jugak aku susukan anak aku. Takde la sebab malu aku terus taknak breastfeeding anak aku.

Susu ibu ni satu anugerah jugak sebab bukan semua ibu yang melahirkan anak tu ada rezeki susu semulajadi ni. Ada orang jenuh la makan supplement, buat rawatan, urutan bagai tetap takde susu. Jadi ibu2 yang Allah anugerahkan susu tu jangan jadi cetek akal.. Takde orang breastfeed anak jadi hantu kopek pun.

Bila baca pengalaman blogger terkenal cik epal yang katanya kekok nak breastfeeding anak macam dapat feel je apa dia rasa.. Korang nak baca banyak lagi pengakuan blogger terkenal selain cik epal, boleh baca kat sini >> Pengakuan Blogger Terkenal Tentang Breastfeeding <<

Moral of the story.. Sebagai ibu itulah yang merapatkan antara anak & ibu jadi susulah anak anda dengan susu ibu. Menyusu badan mampu mengurangkan risiko breast cancer. Buat apa tegang montok bagai.. sanggup taknak susukan anak takut jadi hantu kopek last cerita hidup kena breast cancer terus yang montok tegang bagai tu kena potong jadi rata. Apapun tak guna, kan??

5 comments:

  1. akak pun pernah kenal sorang ni dia tak menyusukan anak dia langsung.sebab takut kenduru.susukn anak pun tak apa lagi nak bagi kat laki..memang tak la..hahaha..punya nak jaga badan..sorry..komen 18sx sikit..ehehhh

    ReplyDelete
  2. Tak rasa kekok... Rasa best je dapat breastfeed di tempat awam... Walaupun orang pandang semacam... Biarlah.. Bukan kita nak tayang aset.. Tapi nak bg anak susu je.. Dr org pmpuan yg memng sah-sah tayang tu kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. lain orang la cara. memang bukan nak tayang aset tapi sesetengah orang kalau ada tempat lebih privacy nak susukan anak dia akan pilih tempat lebih tertutup dari di tempat awam yang ramai orang. Kang over sangat pun org ingat nak menayang pulak.. bergantung pada keadaan.. kalau tak ada pilihan mungkin terpaksa jugak la. tapi bagi saya lebih selesa susukan anak tempat tertutup bukan je utk keselesaan saya malah untuk keselesaan anak

      Delete
  3. Anak kedua br dapat peluang menyusu secara eksklusif. Syukur alhamdulillah. Memang beza sangat2 pengalaman tu. Ruginya yg takmau susukan anak sbb takut kendur. Kalau anak tu tau, terasa hati dia sbb mak dia nafikan hak dia.

    ReplyDelete
  4. Gini pulak ek? orang banyak kot yg join seminar2 nak tambah susu, sebab masalah kurang susu badan, tpi yg ni dah ade susu badan tpi segan pulak nak menyusukan anak.. sian la baby tu.. rasanya boleh try baju-baju menyusu yang banyak kat pasaran sekarang ni.. klau nyusukan anak pon org mcm x perasan sangat.. sbb baju menyusu khas ni seboleh2nye nak bagi aurat tertutup dan juga nak bagi ibu2 x nampak sangat tgh susukan anak.. tpi tuh la kan, perkara mcm ni die kira psycology kite, walaupun tertutup kita rasa org tengok2 kite.. padahal org hormat ibu-ibu yg menyusu.. erm.. cuba la pakai baju menyusu, kot dpt kurangkan fikiran yang sebegitu.. huhu :D

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!