BUANG MASA TULIS PASAL PERASAAN KAT BLOG

10/08/2015 03:32:00 PM suria lekatlekit 8 Comments

BUANG MASA TULIS PASAL PERASAAN KAT BLOG. Aku bukan takde langsung tulis luahan perasaan kat blog tapi bukan la secara kerap. Kadang2 setahun tu ada satu dua je entri pasal perasaan & emosi aku kat blog lain lain semua lebih kepada isu2 semasa, cerita seram & perkara2 yang tak melibatkan cerita pasal emosi aku pada orang lain atau luahan perasaan aku. Sebab aku rasa rugi dok tulis benda2 macam tu banyak2 dalam blog. Tak mendatangkan manafaat & keuntungan pun. Tu pendapat aku bukan mewakili pandangan orang lain yer.


Bila orang silap sikit nak mengadu kat blog kat FB aku serius kadang2 rasa janggal dengan orang2 macam ni tapi takpe la tu hak depa nak tulis apapun walaupun ramai yang berpendapat supaya kurang merintih atau meluahkan perasaan kat media sosial. Sesungguhnya ia bukan membawa kesan yang baik kalau kerap sangat dok tulis benda2 yang melibatkan apa yang ada dalam hati kita. Bukan apa takut terbuka aib kita tanpa kita sedar. Bila terbuka mula la tersebar. Bila tersebar kita nak salahkan orang pulak yang menyebarkan sedangkan puncanya kita sendiri yang membuka peluang orang lain sebarkan aib kita.

Banyak benda kita boleh tulis kat blog... tak kisah la kita nak tulis pasal cerita hidup kita seharian pun. Tak semestinya kisah hidup kita seharian tu perlu cerita semua benda. Pilih apa yang best yang boleh di cerita secara umum sudah la.

Kita hidup dalam dunia yang penuh cerita yang tak pernah habis. Kenapa perlu mengorek rahsia hati untuk jadi bacaan umum?? Jadilah seorang yang boleh menyimpan rahsia diri,rahsia keluarga, mertua,adik beradik, sedara mara sebelum kita nak pikul tanggungjawab menyimpan rahsia orang lain. Kita takkan mampu jadi penyimpan rahsia orang lain kalau rahsia diri, rahsia keluarga,mertua,adik beradik & sedara mara pun kita tak mampu tahan diri untuk tidak bercerita secara terbuka kepada orang yang tidak kita kenal macam tulis di wall FB & Blog.

nak layan perasan tak perlu guna media sosial yang sekarang ni menjadi medium paling pantas menyebarkan cerita & berita. Kalau rasa tension sangat tak boleh nak tahan cuba lalaikan diri dengan buat benda lain yang boleh melupakan seketika masalah emosi kita tu macam try buat magic mudah macam ni >> Video! Tutorial mudah dari Juara Ahli Silap Mata dunia cara buat magic paling senang & simple << Serius dengan cara tidak melayan sangat emosi, kita boleh dapat ketenangan sementara bukan dengan bercerita semua perkara kat laman sosial. Benda tu kadang2 buat kita bertambah stress kalau tak dapat feedback yang kita harapkan.

Belajar untuk tidak terlalu terbuka bercerita tentang emosi & perasaan kita lebih2 lagi melibatkan orang2 yang ada pertalian yang rapat & dekat dengan kita untuk tidak buat kita menyesal kemudian hari. Manusia ni bila marah habis semua dia cerita buruk keluarga dia yang dia tak suka.. Tak mustahil satu hari hubungan renggang tu jadi rapat kita akan rasa menyesal mengaibkan mereka.

Moral of the story.. Serius benda paling buang masa kat laman sosial ni adalah terlalu kerap dok cerita kat orang pasal perasaan & emosi kita. Cuba tanya pada diri apa yang korang dapat?? Ketenangan? Berapa lama?? Berbaloi ke? Kalau dah cerita pasal emosi tak pernah habis cuba fikir adakah cara tu berkesan? Serius perbuatan yang sangat sia sia kalau perkara tu tak mampu menyelesaikan masalah emosi & perasaan anda untuk jangka masa panjang.

8 comments:

  1. Hihihi...terkadangggg...terrrr luahhh jugakkkk

    ReplyDelete
  2. kite pun ada masanya terluah jugak.. sbb geram.. tp mmg tak bermakna pun.. sbb kadang2 bile ada yg komen2 tu buat kite lagi sakit hati pulak.. hehehe...

    ReplyDelete
  3. Memang betul apa sis cakap.. Rasanya kat media sosial bukan tempat yg sesuai nak luahkan emosi. Sebab takut di salah tafsir dan di sebar luaskan. Bahaya.

    ReplyDelete
  4. iday setakat ni kalau gaduh rumah tangga , gaduh antara family, emo emo belum lagi, tapi kalau yang kelakar2 tu memang rasa nak cerita. hehehehehe

    ReplyDelete
  5. Pernah juga buat.. Dah sedar delete semula sebelum orang lain baca.. Hehe

    ReplyDelete
  6. ermmmm...tepuk dada tanya hati..tanya akal....muhasabah diri selalu..

    thumbs up entri ni

    ReplyDelete
  7. Memang annoying dengan sesetengah orang yang sesikit hapdate status FB semua orang tak betul dia saja betul, pastu delete. Takde kredibiliti langsung.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com