BUDAK PAKAI BAJU SEKOLAH JADI ICON ROKOK SELUDUP

26.10.15 Suria Lekatlekit 2 Comments

BUDAK PAKAI BAJU SEKOLAH JADI ICON ROKOK SELUDUP. Ingatkan dah habis isu rokok seludup rupanya masih ada lagi kempen #taknakSeludup ni. Ingatkan lepas rokok seludup kempen hapuskan vape. yelah.. Vape pun membahayakan kesihatan jugak. Yang bahaya kat Malaysia ni rokok yang masuk secara sah & di kenakan cukai oleh kerajaan je. Rokok tu boleh hisap macam makan jajan je katanya. hahahaha


Sebab dok kecoh balik cerita pasal rokok seludup ni.. Aku pun baca la artikel apa pulak depa nak tulis pasal rokok seludup. Tertarik isu rasuah yang di kaitkan dengan rokok seludup ni.. Yup rokok seludup nak masuk salah satunya dengan cara merasuah pihak berkuasa. Tanpa rasuah memang rokok seludup atau apa2 barang seludup mustahil dapat di pasarkan secara berleluasa di Negara ni. Perkara ni aku tak salahkan pengguna kalau masih menyokong produk yang masuk secara seludup ni sebab sebagai pengguna depa pilih yang murah. Nak2 lagi kat malaysia ni semua dah mahal.. Jadi perokok beralih kepada rokok seludup untuk berjimat. Siapa salah.. semua ada bahagian salah masing2. Dari pihak kerajaan sampailah kepada pengguna. Sapa suruh naik harga melampau2. Konon nak mengurangkan jumlah perokok padahal nampak macam nak mengepow duit orang awam je.

Yang tu tak best lagi.. dalam artikel aku baca pasal rokok seludup ni ada satu gambar budak sekolah tengok macam budak sekolah rendah je uniform dia sedap je dok hisap rokok. Gambar dia pulak di jadikan contoh. Anak sapa gamaknya ni, kan? Sewenangnya gambar dia jadi icon rokok seludup. Bila rokok murah ni budak sekolah pun mampu beli. Tu antara keburukkan dia la. Korang nak tengok gambar budak tu boleh tengok kat sini >> [TERBONGKAR] 6 Perkara Yang Korang Tak Tahu Sedang Perlahan-lahan Melumpuhkan Tanah Air Kita << Manalah tau tetiba muka anak sendiri ke?

Moral of the story.. Rokok apapun takde yang baik untuk kesihatan. Membenteras rokok seludup je tak menjadikan rakyat Malaysia rakyat yang sihat. So, renung renungkan. Selamat merokok. hahahaha

2 comments:

  1. Seeloknya jangan bermula pun...semua tak sihat pun

    ReplyDelete
  2. aku tak suka dengan perokok yg merokok kat tempat awam ... bongok betui ....
    mmg tak suka lah !!

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Ada bayaran di kenakan. Harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com