GAMBAR ANAK ERIN MALIK

5.10.15 Suria Lekatlekit 0 Comments

GAMBAR ANAK ERIN MALIK. tahniah & takziah buat pelakon comel Erin Malik yang selamat melahirkan anak 2 hari lepas kalau tak silap. Anak yang di sahkan kembar semasa kandungan tapi salah seorang daripadanya tidak berjaya melihat dunia setelah meninggal dunia dalam kandungan semasa berusia 16 minggu, Hanya seorang saja berjaya membesar & di lahirkan sebagai bayi lelaki yang comel lagi suci murni yang bernama Mohamed Faliq.


Sebab ternampak gambar anak dia kat satu blog gosip retis... Alahai anakanda kau sangat la comel. Muka ala2 bapak dia jer. Bagus retis2 sekarang memang depa kahwin takde nak planning setahun dua nak ada anak. Semua jenis kahwin jer tak kisah kalau dapat rezeki anak awal walau dalam usia yang muda macam erin malik ni baru 21 tahun kalau tak silap. Dulu tengok dia berlakon filem tentang bulan alahai.. kanak kanak rebina lagi tup.. tup.. dah beranak. Macam sekejab je rasa masa tu berlalu. Tanpa sedar aku pun dah semakin tua. hahahaha

Tanpa membebel bebal panjang panjang moh ler tengok macam mana rupa anak retis sorang ni. Semua bayi adalah comel ok so jangan nak buat perbandingan anak orang tu dengan anak orang ni. Tak semestinya lilit emas berkepuk kepuk macam anak che ta je boleh nampak comel hokay. hahahaa


Comel kan? yelah.. mak bapak sama cantik sama comel maka terhasilah zuriat comel dari perkongsian hidup mereka. Tengok orang beranak pinak aku ni rasa macam dah lupa macam mana nak dukung baby. Memang terus terang takde niat nak menambah lagi. Anak nan sorang ni masih perlu perhatian yang banyak lagi.  Takpe.. rezeki tu kalau Allah nak bagi walau kita plan nak jarak pun dia bagi jugak kan?

Mesti Erin Malik lepas ni jadi ibu yang cool & trendy kan? Almaklum la retis & muda pulak tu. Mesti la walau dah jadi mak akan still buat aktiviti2 macam ni >> 5 Ciri2 Bukti Anda Seorang Ibu Yang Trendy & Cool di Dunia << Korang pun boleh je nak jadi ibu trendy & cool tak perlu bergelar retis pun. Just buat aktiviti2 yang cool & trendy macam tu je.

Moral of the story... Yang masih belum di kurnikan rezeki Anak tak payah sesedih sangat la. Terus usaha & bersangka baik dengan Allah. Tak semestinya tak ada anak cacat rumahtangga kita. Sebab Allah lebih tahu apa yang baik & terbaik untuk kita. Abaikan pandangan manusia beri perhatian dengan pandangan Allah.

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!