KISAH ROH KANAK KANAK MANGSA CULIK & BUNUH MINTA PERTOLONGAN

31.10.15 Suria Lekatlekit 7 Comments

KISAH ROH KANAK KANAK MANGSA CULIK & BUNUH MINTA PERTOLONGAN. Dengar je perkataan culik & bunuh jadi trauma sekejab bila ia melibatkan kanak kanak. Aku ada anak, aku ada anak buah & aku melihat ramai kanak kanak di sekeliling aku. Kadang2 bila tengok mak bapak biar je anak dia main sambil depa sibuk dengan smartphone beronline & selfie sedangkan mata tak pandang tu anak kat tempat awam buat aktiviti sendiri, aku tolong rasa risau untuk depa. Aku pulak tolong tengok2 kan sambil pantau anak sendiri. Tertanya jugak aku.. setiap hari boleh dengar & baca pasal budak2 kena culik, bunuh bagai.. tak terkesan langsung ke depa sebagai mak bapak? Kena tunggu jadi kat anak sendiri baru nak take action.

Rasanya Ramai Yang masih ingat kes kanak kanak 2 tahun ni di bunuh dengan kejam oleh seorang kawan kepada ibunya. Jadikan iktibar.. Siapa2 juga boleh buat jahat dengan kita jadi sentiasa berwaspada

Macam satu kisah ni.. Kisah seorang roh kanak kanak yang menjadi mangsa culik & bunuh minta tolong seorang wanita tua yang tinggal sendirian di sebuah kampung. Alkisahnya sejak kehadiran satu kereta yang masuk melalui jalan rumah perempuan tua ni menuju ke satu ladang kelapa sawit & menanam satu bungkusan dalam plastik hitam di situ. Kehidupan perempuan ni sering di hantui perkara2 aneh & mistik. Walaupun dia tinggal sorang2 kat rumah.. selalu terdengar suara budak2 bermain & rumah dia pulak selalu di sepahkan. Dari isyarat yang di beri melalui lukisan yang di conteng pada dinding rumah.. makhluk ghaib tu seolah olah cuba memberitahu sesuatu. Gangguan ni membuatkan perempuan tua ni terdetik nak menyiasat apa yang menyebabkan dia di gangguan oleh gangguan suara kanak kanak tu. Suatu hari dengan pertolongan seorang lelaki pakistan yang selalu berkunjung kerumah dia menjual barang, mereka berdua pergi menyiasat dalam hutan kelapa sawit tu sebab nak tahu apa yang sekumpulan lelaki tu tanam kat situ. Bila di gali.. ada satu mayat kanak kanak kat situ. Maka terbongkarlah satu jenayah penculikkan & pembunuhan kanak kanak. Selepas mayat kanak kanak tersebut di temui.. Tiada lagi gangguan mistik di rumah perempuan tua tu.

Begitulah kisah dalam cerita Selfie suara kubur. Cerita ni agak slow.. tak banyak pelakon & tak banyak dialog. Yang banyak babak mak jah menyanyi lagu2 klasik jer. Cerita ni aku gigih jugak tengok sampai habis walaupun dvd dia dah lama aku beli. First time tengok aku tak tahan sangat mengantuk tengok cerita slow macam ni so aku cari la hari yang betul2 aku takde buat apa untuk tengok.

Misi Berjaya. Alhamdulillah akhirnya dapat jugak aku habiskan cerita ni walau dua kali aku try tengok

Ada orang rasa cerita dia best & maybe certain orang akan rasa cerita ni sangat boring tapi mesej yang di sampaikan dalam cerita ni sangat2 berguna kepada mak bapak zaman sekarang. Jangan sesekali biarkan anak anda bermain di taman permaian sendirian sebab ramai penculik yang kita tak tahu bila masa dia akan muncul memerhatikan anak anak kita. Mungkin dengan kelalaian seketika kita boleh rasa menyesal seumur hidup. Macam2 aktiviti kita boleh buat dengan anak.. bukan je anak enjoy malah ibu pun dapat manafaat macam aktiviti ni >> Pernah tak cuba buat aktiviti-aktiviti BEST ini dengan anak anda? Macam menarik je! << So keselamatan anak anak pun terjamin bila ibu & anak bermain bersama.

Actually kalau ikut taste cerita2 slow macam ni memang aku kurang minat tapi citarasa setiap orang tak sama. Maybe korang suka cerita2 macam ni boleh la pergi cari dvd dia. Kat astro pun dah tayang kot.

7 comments:

  1. Bila anak2 berada di kawasan umum, saya tak boleh kalau anak2 jauh sikit dari saya. Cuak dan risau melampau.. huhuhu..

    ReplyDelete
  2. Bila tidak terkesan di hati...itu yang sedih..

    ReplyDelete
  3. sentiasa waspada demi keselamatan anak2

    ReplyDelete
  4. Anak lelaki sy suka meloloskan diri kalau kt mall...risau kadang tu

    ReplyDelete
  5. akak setiap kali keluar mesti jadi seriau abis...maklum la akak ni kan pompuan paranoid

    ReplyDelete
  6. risau la kat anak2 ..mmg skrg ni tak leh ralit langsung mmg hp simpan dlm beg je klu kat luar tkt la.... tkt dok main hp anak org dh bw lari

    ReplyDelete
  7. Hmm,manusia skrg smakin hlg hati perut.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!