KRONOLOGI MISTERI KEHILANGAN 7 MURID ORANG ASLI DI GUA MUSANG

9.10.15 Suria Lekatlekit 9 Comments

KRONOLOGI MISTERI KEHILANGAN 7 MURID ORANG ASLI DI GUA MUSANG. Selepas 46 hari misteri kehilangan 7 murid orang asli selepas lari dari asrama selepas mandi sungai, hari ni 2 daripada kanak2 tersebut selamat di temui dalam keadaan lemah & kurus. Satu mayat kanak kanak jugak di temui berhampiran mereka tapi belum di kenalpasti. Semalam 1 mayat reput di temui di sungai & telah di kenalpasti. Rangka rusuk kanak kanak jugak di temui dalam hutan tapi belum di kenalpasti. 4 lagi status kanak kanak tersebut masih hilang.

Pada 23 Ogos lalu mereka di laporkan hilang dari sekolah kebangsaan Pos Tohoi di percayai takut dikenakan hukuman selepas mandi sungai berhampiran tanpa kebenaran.

Pada 25 Ogos selepas laporan polis di buat mengenai kehilangan 7 pelajar tersebut, gerakkan mencari mula di jalankan oleh penduduk kampung & jabatan hal ehwal orang asli.

29 Ogos operasi mencari di perluaskan & pihak polis percaya mereka tersesat dalam hutan

Pada 1 september sepasang stokin di temui & menjadi petunjuk kepada siasatan untuk kes misteri kehilangan 7 orang murid orang asli tu.

Pada 17 september kawasan pencarian di perluaskan & melibatkan bandar bandar kecil berhampiran Gua Musang

Pada 7 Oktober mayat seorang kanak kanak orang asli yang hilang di temui dalam keadan mereput oleh penduduk kampung di sungai perias. Mayat di bawa ke Hospital untuk bedah siasat.

8 oktober waris kepada 7 murid orang asli tu berkumpul di hospital Gua Musang untuk proses pengecaman mayat. Dalam hari yang sama polis menemui satu tengkorak & rangka kanak kanak pada pukul 3.50 petang. Identiti pemilik tengkorak tersebut masih belum di kenalpasti

Pada 9 oktober 2 dari 7 kanak kanak tersebut yang hilang sejak ogos lalu selamat di temui dalam keadaan kurus & lemah berhampiran Sungai perias. Turut di temui satu mayat yang belum di kenalpasti identitinya.


Sumber Astro Awani

hanya kesalahan kecil mandi sungai buat budak2 tu takut sampai melarikan diri dari asrama & sesat dalam hutan sampai lebih kurang 2 bulan. Gamaknya warden asrama garang sangat kot. Tapi tak tau la.. cuma budak2 tu je tau kenapa depa takut sangat. Kalau setakat kena marah mungkin tak sampai lari ke hutan. Mungkin pernah kena tindakkan tegas kot sebelum ni.

yang pelik kawasan depa di temui memang tak jauh sangat pun dari kawasan Pos Tohoi tu. Tapi boleh hilang sampai 47 hari. Yang ni betul2 mistik & misteri bagi aku. Sebab dalam hutan ni banyak makhluk yang nampak & tak nampak ada. Mungkin ada alasan lain macam mana mereka tak dapat di kesan walaupun depa lari tak jauh mana pun.

Apapun.. dalam kes ni nak salahkan mana2 pihak pun tak tahu. Tapi aku nak jugak tau kenapa budak2 tu ambil keputusan larikan diri. Alasan sebab takut kena marah sebab mandi sungai bagi aku tak berapa jelas & lengkap. hope siasatan dapat di jalankan lebih terperinci.

** Bagi Mereka Yang Sentiasa Ada Masalah Untuk Dapat Angle cantik untuk berselfie meh tengok sini apa yang boleh membantu anda >> Cari Sudut Untuk kelihatan Cantik Ketika Berselfie Mungkin Ini Membantu Anda << 

9 comments:

  1. Kesian tengok budak2 ni.
    Kalau nak menghukum, biarlah berpada. Tapi, tak tau lah apa masalah sebenarnya.

    ReplyDelete
  2. Tu yg kami duk bahas berkali2 sejak dua tiga mgu lepas. Hilang sbb takut kena hukum mandi sungai? Sampai lari? Apa hukuman yg nk diberi? Garang sgt ke warden?

    ReplyDelete
  3. Tak boleh nak salahkan sesiapa dalam hal ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak salahkan sesiapa cuma minta siasatan di lakukan jer

      Delete
  4. Memang agak misteri nusantara juga kes ni. Pada anak yg masih hidup ni pasti akan jadi trauma sepanjang hayat. Mungkin trauma tengok sekolah,sungai dan hutan. Wallahualam. Kisah yg sedih dan tragik.

    ReplyDelete
  5. Siannye tak dapat nak.di bayangkan bebudak kecik camni hidup dalam hutan...

    ReplyDelete
  6. Syukur Alhamdulillah mereka ditemui..kesian tgok btul2 tgl rangka..mnyedihkan..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!