LINTAH DALAM KANGKUNG GORENG BELACAN

10/09/2015 03:33:00 PM suria lekatlekit 7 Comments

LINTAH DALAM KANGKUNG GORENG BELACAN. Kangkung.. dulu aku suka makan tanpa was was. Sedap kalau goreng. Nak2 lagi goreng belacan. Tapi kangkung ni masa potong nampak banyak lepas masak abis mengecut jadi sikit je. Jadi nak masak kangkung yang menyampah nak potong la. Alahai.. bosan sungguh. Sebab daun dia kecik2. Nak asingkan dengan batang dia lagi. Nak belah & potong batang dia. Ada orang tak belah dah batang kangkung cuma potong pendek2 ada orang belah dulu baru potong. Nak tau sebab apa meh sini nak story.

Gambar Sekadar Hiasan. Carian google

Kisahnya... Dulu sebelum aku dengar cerita ni aku memang suka makan batang kangkung tak kira la dia belah ke tidak masa siang tu. Yelah.. batang kangkung ni macam rangup sikit kan sedap la kalau kunyah2. Pada suatu hari tu.. (ni kisah zaman anak dara) sambil lepak2 minum dengan seorang abang yang aku kenal dari aku sekolah menengah lagi. Zaman dok gila dengar & call radio RFM dulu. Dia pun terbuka la cerita pengalaman dia makan kat sebuah restoran ni. Dia order masakan panas la. Salah satu menu tu kangkung goreng belacan. Nasib baik la tak sempat makan dia sempat perasan dalam batang kangkung tu ada lintah. Lintah walau dah masak tetap tak mati tu. Mak Aii... bahaya giler kalau masuk dalam perut. Bayangkan dia beranak pinak dalam perut kita. Ngeri & geli sungguh kisah tu pada aku sehingga memberi kesan trauma sampai hari ni.

Sebab tu sampai sekarang kalau makan kangkung aku makan batang yang halus yang connect ke daun je. Batang besar yang ada lubang udara kat tengah aku potong cara belah dulu takut ada makhluk dalam tu tak perasan nanti tapi tetap aku tak makan batang kangkung. Kalau order nasi goreng kampung normally memang depa guna sayur kangkung jangan harap aku nak makan. walau yang ada cuma sayur batang kangkung tetap aku takkan makan. Aku tak boleh nak telan sebab aku mesti teringat pasal lintah tu. Hahahaha..

Walau aku tak ada pengalaman termakan kangkung lintah tetap aku trauma sampai hari ni. Memang perangai aku kot suka trauma dengan pengalaman orang lain. Sebab imaginasi aku ni sangat liar suka membayang sehingga benda tu mempengaruhi emosi aku. hahaha

Yang spesis kaki makan macam ni >> Perangai Seorang Kaki Makan << hope jangan main telan jer. Jangan nanti nikmat makan terus hilang sebab sakit. Kalau sedih selera makan mungkin kurang sikit je tapi kalau sakit boleh hilang terus selera makan. Jadi pastikan makanan yang anda nak makan tu terjamin tahap kebersihannya.

Moral of the story.. pada pemakan kangkung kecuali kambing satu jer pesan aku.. Nak makan kangkung make sure takde makhluk asing menjadi rencah sayur kangkung korang. Bukan apa takut mengandung anak luar nikah lintah pulak. hahaha teringat drama dulu2 cerita pasal lintah yang masuk melalui kemaluan dia kemudian beranak pinak dalam perut. Semua orang tuduh dia mengandung sebab sistom2 orang mengandung tu memang berlaku walau mengandung anak lintah. Jadi kesimpulannya lindah memang bahaya kalau masuk ke dalam badan kita sebab dia tak mati & boleh hidup siap beranak pinak lagi.

7 comments:

  1. aahh aku penah tgk cerita tu ...ngeri ..... huiuhuhuhu tkt la nk mkn kangkung takut

    ReplyDelete
  2. Jadi takut pulak kita kan...
    Kena hati2 memakan kangkung..

    ReplyDelete
  3. Dulu ai peminat tegar kangkung.. tapi lepas baca satu kisah pasal makan kangkung yang ada lintah ni terus stop.. takmo dah makan..

    ReplyDelete
  4. Ramai yang geli dengan lintah ni. Kalau dah termakan dan masuk dalam perut memang merbahaya. Nanti habis urat peruk dihisapnya.

    ReplyDelete
  5. alamakk..takut lah pulak nak makan kangkung lepas ni...

    ReplyDelete
  6. Hehehehhee... Plg layan kangkung goreng taucu sis.. Sedap.. Tapi mmg trauma kalau ada makhluk sebegini dalam makanan. Geli mak aii... Lintah tu..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com