NAMPAK BODOH & PELIK BILA MAKAN SENDIRIAN

8.10.15 Suria Lekatlekit 6 Comments

NAMPAK BODOH & PELIK BILA MAKAN SENDIRIAN. Sapa yang suka sendirian tu memang sentap kan dengan tajuk entri ni. Yelah.. Statement nampak bodoh tu mesti takde siapa yang suka. Aku pun tak suka orang cakap aku bodoh walau kadang2 kita memang suka buat benda bodoh. Hahahahaha... Dalam hidup jangan hipokrit sebab kita cuma manusia. Kadang2 benda yang kita tak rasa bodoh pada pandangan mata kita nampak bodoh pada pandangan mata orang lain.


Aku dulu memang confident level tu memang tahap2 yang memang tak boleh maju. Aku sentiasa rasa diri aku kekurangan & sentiasa perlukan orang lain sentiasa ada & temankan aku. Jangankan nak makan & jalan pun rasa macam tak boleh melangkah kalau tak ada kawan atau orang lain temankan. Nak2 lagi kalau nak pergi tempat yang ramai orang. Kalau sorang2 tu mesti rasa macam semua orang perhatikan aku. Macam la aku retis orang nak pandang padahal cuma perasaan kita je orang pandang sebab kita rasa janggal bila sendirian di tempat ramai orang.

Apatah lagi kalau nak makan... Rasa nak suap ke mulut tu semua orang dok fokus je kat aku macam aku ni pelik sangat. Pendek kata rasa macam orang bodoh kalau sorang2 ni. Sedaya upaya jugak cari kawan temankan bila nak makan kat luar ni. Memang kalau sorang2 rasa tak tertelan sampai kenyang kot. Bila nak ajak orang teman ni confirm la tak bagitau alasan yang sebenarnya kita ni segan nak pergi makan sorang2.. Mula cipta macam2 alasan macam ni >> 10 Alasan Untuk Ajak Orang Lain Temankan Keluar Makan << Aku confirm ramai pernah guna alasan macam ni nak ajak kawan atau sesiapa saja temankan dia makan. Tak caya korang baca mesti ada salah satu atau lebih alasan ni korang guna.

Tapi bila dah membawa diri merantau tempat orang ni.. Semua perlu berdikari perlahan2 aku mampu bina keyakinan diri sampai aku dah tak rasa apa2 kalau jalan, makan ataupun shopping sorang2. Orang nak perati sampai terkeluar biji mata dari paksi pun aku rilex jer. Mungkin faktor usia & faktor takde pilihan lain kot buat benda ni terdidik sendiri. hahahaha

Moral of the story.. Keyakinan diri memang penting untuk kita melangkah tanpa ragu ragu. kalau takde confident memang apapun kita tak boleh buat walau hanya nak isi perut tengah lapar.

6 comments:

  1. I is terasa you..hahaha.. Ok je mkn dan keluar jenjalan sengsorg, to xnafikan ade jgk perasaan perasan sendiri kononnya ade org dok tengok kita...hahaha

    ReplyDelete
  2. Akak dulu time zaman anak dara suka je jalan2 dan makan sorang....best ape rilek je...dah ada anak ni je susah nak buat camtu lagi :p

    ReplyDelete
  3. hmmm dulu memula aku rasa cam tu lama2 ...aku ok je .... makan sambil layan hp hahahahah

    ReplyDelete
  4. Kadang sy suka makan sendirian sbb nak cepat.. Kalau makan ramai nanti jadi lambat sebab sambil makan sambil sembang.

    ReplyDelete
  5. Dulu masa single kan..MV lagi suka makan sesorang...privasi gitu...hihi

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!