ORANG CELIK LEBIH SENSITIF BERBANDING CALIPH BUSKERS YANG BUTA

29.10.15 Suria Lekatlekit 2 Comments

ORANG CELIK LEBIH SENSITIF BERBANDING CALIPH BUSKERS YANG BUTA. Dua tiga hari ni aku dok baca jugak kisah Pelawak & pengacara Tv Hj Nabil yang di hentam bagai nak rak sebab terlepas cakap sesuatu yang bagi peminat seolah2 menghina kekurangan caliph Buskers dalam satu rancangan tengah bergegar kat astro sekarang ni. Aku ni insan tak berlanggan esteruk katanya.. Jadi cuma baca update kat media sosial je la. Dua tiga hari tengok wartawan & media dok panas kan isu ni terfikir jugak aku benda kecik je. Ni strategi untuk menaikkan rating rancangan tu ke hapa. Biasa la stesen tv ni kadang2 menjadikan isu kecil sebagai kontroversi untuk menaikkan rating rancangan tu.

Caliph Buskers

Katanya Caliph Buskers pun tak rasa terhina atas gurauan Hj Nabil tu. Bagi aku pun Nabil bukan niat nak menghina pun. Mungkin sebab dia bercakap secara spontan maka terlepas cakap benda macam tu tanpa ada niat tak baik selain bergurau. Tapi yang pelik orang yang sempurna pancaindera pulak terlebih touching dari orang buta ni, camna? Depa yang terlebih terasa berbanding orang yang terlibat. Ingat semua orang Istimewa ni sensitif sampai tak boleh bergurau ke. Depa tak teruk sangat kot nak emosi benda kecik2 macam ni.

Sumber Beautifulnara

Kadang2 kita ni over dari mangsa kejadian. Orang cuit sikit jer tapi yang tolong terasa tu dia punya sentap lebih dari orang yang di tujukan. Dah lebih sudu dari kuah katanya. Kadang2 bukan dia simpati sangat pun cuma nak tunjuk betapa dia warrior. Memperjuangkan orang yang di tindas padahal benda kecik je. Takde isu penghinaan atau penindasan pun. Tapi bila masa lagi nak tunjuk hero kan? time2 camni la katanya. Kalau dah rasa berjiwa pejuang sangat meh la berjuang kat sini. Buktikan anda memang hero alam maya >> Buktikan Anda Hero Keyboard Warrior Alam Maya disini  << kat situ memang mengalukan keyboard warrior katanya. Tengok sejauh mana kehandalan berjuang gunakan keyboard. Takat taip guna jari telunjuk je jangan berangan nak jadi keyboard warrior sangat la. hahaha.

Kalau aku berada kat tempat Caliph Buskers pun aku tak rasa benda ni isu yang patut aku sedih sampai nak sentap. Kadang2 golongan OKU ni pun tak suka di layan macam OKU sangat. Mereka pun nak rasa hidup macam orang normal. Depa pun nak bergurau, mengusik macam orang lain. Kadang2 sebab kita ni terlebih jaga perasaan golongan OKU ni mungkin buat mereka rasa diri mereka terlalu kekurangan sampai tak boleh di layan macam orang normal lain.

Moral of the story.. Hidup dalam dunia ni orang cepat sentap memang akan sentiasa makan hati last2 mati bunuh diri je. Jadi sila control sikit emosi anda. Ada perkara yang kita tak perlu sentap sangat.

2 comments:

  1. Memang camtu kot kadang2 orang yg kene tu lek2 je tapi orang lain plak panas lebih...

    ReplyDelete
  2. ye,.dia dengan band tu memang akhrab ..memang kamcing giler la..biasa la gurau2 macam tu dengan kawan-kawan.yang tolong terasa tu biasala..nak jadi hero..sekarang kan ramai yang nak jadi hero padahal kerja pun malas..ekekek..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!