PANAS! PANDANGAN ORANG MELAYU TERHADAP FILEM TAMIL

27.10.15 Suria Lekatlekit 6 Comments

PANAS! PANDANGAN ORANG MELAYU TERHADAP FILEM TAMIL. Kalau tak tanya memang tak tahu tapi bila kita isukan perkara ni tengok jer respond nanti. ramai orang melayu yang kebanyakkannya adalah kaum wanita akan memberi pandangan & repond tentang filem tamil. Tentu korang sendiri takkan sangka. Yelah ramai yang fikir perempuan melayu lebih gilakan artis kacak, putih gebu, muka plastik macam kpop. Ni kalau David Teoh tahu confirm tahun depan dia keluar filem tamil pulak. Almaklum la David Teoh la katakan.. Janji Untung Ma.. Tak reti berlakon tak apa.. Cerita tak best pun tak apa.. Janji boleh jual. hehehe

Sumber Siakapkeli

Hari ni ramai yang mula cakap pasal kehadiran superstar filem tamil paling legend iatu
Rajinikanth. Rupanya ramai peminat Rajinikanth kat Malaysia ni terutama orang Melayu. rata2 memuji lakonan Rajinikanth & ramai yang teruja nak jumpa dia. Alang2 datang Malaysia.. Bukan selalu Superstar Tamil nak datang Malaysia, ye dak?? gamaknya kalau Shaheizy Sam pergi buat pengambaran kat India ada tak orang2 sana teruja nak jumpa dia? Maaf la.. Sehebat hebat Artis kita cuma hebat dalam Negara je. Masih tak mampu nak jadi international Artis. Kalau ada pun... hurmm rasanya macam tak berapa nampak menyerlah sangat la kecuali memang dia mulakan kerjaya seni di luar negara.


Bila aku up status berkenaan Mak aku yang suka sangat filem tamil ni.. Rupanya ramai lagi yang buat pengakuan mereka salah seorang peminat tegar Filem tamil. Aku ingat orang Melayu suka tengok drama slot akasia tv3 jer. Yelah.. sweet katanya. Tak layan la filem tamil yang suka berparang bagai menentang pemerintah zalim & kuat makan rasuah ni. kat Malaysia mana ada berani buat filem macam tu. Filem Dukun yang ada kaitan dengan seorang Ahli politik pihak kerajaan pun kena gam dari di tayangkan walau dah di promosikan.. Inikan nak buat filem macam filem tamil. hentam kaw kaw punya kerajaan. Mustahil sangat berlaku kat malaysia.. sebab tu penonton Malaysia jadi kuat berangan sebab di sogok dengan filem2 cinta meleleh sweet like kencing tak lawas katanya. Sebab tu la Penggiat Filem kat Malaysia susah nak berkarya. Sangat sangat terhad apa yang boleh di hasilkan. Tu yang bersepah filem david teoh je kat pawagam.. david teoh dia orang meniaga bukan reti pasal seni pun yang dia tau boleh jual & dapat untung jer. hahahaha


Aku rasa kalau Malaysia masih takut dengan bayang2 sendiri.. Sampai bila2 pun filem Malaysia hanya boleh jual kat panggung dalam Malaysia je la. rasanya kerajaan kena beri kelonggaran pada penggiat seni tempatan untuk berkarya. Bukan kata sampai boleh berbogel dalam filem cuma berfikiran terbuka sikit. Tapi mustahil la kan.. Kritik sikit pun dah kena akta hasutan ni kan nak buat filem yang menampakkan apa yang berlaku dalam pemerintahan kerajaan sekarang. Mimpi ngeri Pm kita kalau filem2 macam tu di luluskan untuk tayangan. hahaha..


Moral of the story.. Sebab terlampau banyak kongkongan nak hasilkan filem terbaik & boleh di jual di pasaran luar negara jadi nak tengok filem realiti kita tengok je rakaman seram melibatkan aktiviti paranormal ni je la. Tu pun bukan dari Malaysia >> Seram! Video tape 20 tahun lalu Berhantu. Awas Jangan tengok kalau penakut << Atau tengok je filem Syamsul Yusof & Davide teoh. Peace Yo!

6 comments:

  1. PC dan suami suka terita tamil..ahad pukul 2 je dah stand by bantal..baring depan tv..hehe..sama2 gelak..sama2 nangis laki bini..menjiwai gitu..moralnya filem tamil ni lebih telus..lebih direct..bukan topeng..huhu..

    ReplyDelete
  2. Saya tak kisah dengan orang yang nak tengok filem tamil, asalkan saya tak tengok sekali hahahaha...
    Pada saya la... ko nak tengok tamil ke, hindustan ke, hokkien ke, mandarin ke, kantonis ke, korea ke, jepun ke, tagalog ke ape ke lantaklah, janji jangan curik remote, suka ati je alih siaran yang orang tengah tengok, kalau sayangkan tv tu lagi la kan? hahahahaha

    ReplyDelete
  3. aku pun suka jg ...dulu aku tak klyn hindi sbb asik menari tukar bj je menyampah ..tp tamil kat tv2 hari ahad tu mmg layan

    ReplyDelete
  4. Keluarga saya minat Rajinikanth ni..

    ReplyDelete
  5. Filem Tamil tetap ada kelasnya yang tersendiri.. ;)

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!