RAMAI KENA TIPU DENGAN VIRAL BUDAK FASIH MELAYU DI THAILAND

10/02/2015 11:18:00 AM suria lekatlekit 2 Comments

RAMAI KENA TIPU DENGAN VIRAL BUDAK FASIH MELAYU DI THAILAND. Kadang - kadang aku rasa pengguna media sosial ni memang spesis yang boleh di perbodohkan setiap masa. Walau berkali kali kena tipu dengan viral kat media sosial tetapi tetap tak cerdik sampai sekarang. Ada ada viral je mesti share & percaya. Dah tak sabar2 nak jadi orang paling awal menyebar & dapat share & like kot.


Semalam kecoh viral pasal seorang kanak kanak peminta sedekah yang katanya di temui kat Thailand fasih berbahasa melayu. Semua syak budak tu mangsa culik warganegara Malaysia. Siap ada buat teori sendiri lagi. Hari ni keluar harian metro Pihak polis sahkan berita yang tersebar tu palsu. Tak ada sebarang laporan berkaitan viral tersebut.

Siap buat teaori sendiri tu

Hangpa yang gigih sangat dok share tu tak rasa bodoh ke? Tahu niat tu nak membantu tapi tak boleh tunggu ke pengesahan dari pihak berkuasa dulu. Dengan memviralkan berita palsu macam ni boleh mengundang panik. Gila kau tak panik.. Dah la sekarang macam2 jenis sindiket penculikkan kanak kanak ada kat Malaysia. Van putih la, kereta waja la.. Aku sampai kalau keluar kadang2 jadi overprotect pun ada. Risau terlepas pandang 5 minit menyesal seumur hidup tapi tak bermakna aku kena jadi kurang cerdik dok viral benda tak sahih. Aku pernah jugak tertipu dengan viral2 ni jadi belajar dari kesilapan.

Yang tak sahih gigih korang nak share..

Moral of the story.. Itulah perangai manusia lebih suka pada perkara yang tidak sahih tapi sensasi tapi tidak peduli perkara yang jelas nyata depan mata sebab takde publisiti.

2 comments:

  1. ada gak terbaca semalam...simpati pada keluarga mangsa mesti diorang berharap sangatkan alih2 rasa hampa bila ada manusia yg tanpa usul periksa buat cerita camni....tolong la jangan nak tunjuk pandai sangat

    ReplyDelete
  2. La ye ke Suria....tak baca Metro. Mati mati kita ingat betul weyh....
    Mmg dpt pun kat WA.....Tulah .....selalu dah terkena, tetapi manusia ni senang betul percaya ek hihi....

    Terima kasih pasal Puan Alia Haryani...moga ada insan yg sudi meringankan bebannya

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com