RESEPI NASI GORENG IKAN BERSEMPENA HARGA TOL NAIK

30.10.15 Suria Lekatlekit 2 Comments

RESEPI NASI GORENG IKAN BERSEMPENA HARGA TOL NAIK. Tu dia kau tetap jugak nak guna isu tol naik sebagai tajuk entri kan. Almaklum la bila harga tol naik memang mempengaruhi kos sara hidup kat Malaysia ni. Penghantaran barang2 keperluan harian pun guna tol. Bila tol naik, kos penghantaran naik. Bila kos penghantaran naik maka kos barang secara tak langsung pun maybe effect jugak la. Sebab semua benda saling berkait katanya. Jadi di zaman Pemerintahan Perdana Mentari kesayangan kita semua ni maka kita dah tak boleh membazir. So,kita kena jadi lebih kreatif dalam hidup untuk memastikan kita tak membazir walau sebutir nasi sekalipun. Bagus PM kita sekarang sebab dia ramai rakyat Malaysia mula mengamalkan hidup dengan berjimat cermat. hehehe


Sebab aku antara manusia terkesan dengan kos sara hidup sekarang maka seboleh2nya aku nak manafaat setiap makan tu menjadi sumber tenaga & lemak dalam badan katanya. Sayang dok sedekah kat tong sampah je. Akibat semalam ada nasi lebih, ikan goreng lebih, puyuh goreng pun ada lebih.. Maka mentol muncul atas kepala pagi ni untuk masak nasi goreng ikan. Stok sayur takde.. Jadi nasi goreng ikan yang kosong je la.

Bahan bahan dia
Nasi sejuk
Ikan goreng
Bawang Besar
Bawang Putih
Cili kering
Telur ayam
Minyak masak

Cara cara nak masak
Mula2.. Tumbuk kasar bawang merah, bawang putih & cilik kering. Cili kering tu sebelum membelasah dalam lesung batu sila rendam sekejab dalam air panas supaya lembut & masak sikit. Lepas dah belasah bawang & cili tu. Cedok letak dalam mangkuk hayun dulu. lepas tu masukkan isi ikan goreng tumbuk kasar jugak. Agak2 dia tak berketul2 sudah la. Lepas semua bahan2 belasahan tu dah kena belasah secukup rasa sila panas kan minyak masak. Tumis bawang & cili yang di tumbuk dulu. Agak2 masak sikit masukkan telur kacau kemudian masukkan isi ikan. Lepas tu masukkan nasi sejuk gaul hingga  semua bahan2 tu sebati dalam kuali. Kalau nak masukkan sayur ke serbuk perasa ke hapa tu ikut suka la. kan. Goreng sekejab lepas tu boleh tutup api & hidangkan.

Puyuh Goreng Tu kebetulan lebih semalam. So, panaskan makan je la dengan nasi goreng ikan

Resepi ni sangat mudah tapi Insya Allah sedap. Dari terbuang je baki2 makanan tu elok la kita transferkan kepada sesuatu yang boleh jadi menu sarapan. Sarapan tak perlu berat2 & ambil masa lama nak masak sebab almaklum la pagi. Banyak perkara nak kena siap dengan dengan cepat jadi nasi goreng ikan adalah salah satu menu ringkas & cepat untuk di jadikan sarapan pagi.

Kalau sorang2 Malas nak keluar sebab tak ada orang temankan tak payah teruk2 sangat nak buat 10 trick ni nak ajak orang temankan makan >> Awas! 10 taktik Orang Nak Ajak Temankan Makan << Boleh je try masak nasi goreng ikan ni. Jimat & tak payah keluar dah.

So, selamat mencuba. Moga takde yang tercekik tulang. peace Yo!

2 comments:

  1. Memang sedap. Kathy jamin sebab pernah buat.

    ReplyDelete
  2. Mesti best nasi tu. Makan lak time panas2..
    Lagi...jimat dan senang kira..hoho

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!