SEJARAH VAPE YANG MUNGKIN ANDA TIDAK TAHU

29.10.15 Suria Lekatlekit 1 Comments

SEJARAH VAPE YANG MUNGKIN ANDA TIDAK TAHU. Almaklum la masih kecoh pasal isu vape yang katanya bakal di haramkan di Malaysia cuma sekarang masih tak jumpa rang undang2 untuk mengharam penggunaan & penjualannya. Dah jumpa nanti.. apalah nasib vapers sekalian. Adakah mereka kembali ke pangkal rokok atau beralih menghisap ekzos kenderaan pulak bagi menghilangkan ketagihan terhadap vape. hahahaha.. Ok.. Ok.. jangan merepek meh kita buka buku sejarah vape ni. Yang hisap vape tu bukan semua tahu asal usul vape ni.

Sumber Google

Ramai orang jual vape & hisap vape tapi berapa kerat sangat tahu bila Vape mula di cipta. Jangan terkejut kalau aku cakap vape mula di perkenalkan pada tahun 1963 oleh Herbet A. Gilbert tapi tidak di komersialkan & kemudian lenyap pada tahun1967. Rokok Elektronik @ Vape yang di gunakan sekarang di cipta oleh seorang ahli farmasi china yang bernama Hon Lik pada tahun 2003 dengan menukar nikotin dalam bentuk wap yang di larutkan dalam cecair propylene glycol. Wap nikotin inilah yang di sedut masuk ke dalam paru2 seterusnya ke aliran darah. Tujuannya untuk memberikan dos nikotin kepada perokok supaya tidak perlu menyedut asap rokok yang lebih banyak bahan kimia bahaya. Dia cipta vape @ rokok elektronik ni selepas bapak dia mati akibat kanser paru2 sebab kuat merokok. So, vape di cipta untuk membantu golongan perokok berhenti merokok.

Rokok elektronik terdiri daripada beberapa bahagian utama iaitu bateri, atomizer dan penyedut. Secara ringkas, bateri membekalkan tenaga elektrik kepada atomizer yang akan memanaskan cecair e-liquid menjadi wap. Pengguna akan menyedut wap ini melalui penyedut.
Terdapat pelbagai model yang boleh didapati pada pasaran hari ini dan biasanya terbahagi kepada dua jenis iaitu elektronik dan mekanikal. Model elektronik mengandungi cip elektronik yang dapat mengawal kuasa elektrik yang dibekalkan kepada atomizer. Manakala model mekanikal pula tidak mengandungi sebarang kawalan namun ianya lebih digemari dan mudah dikendalikan kerana sifatnya yang sukar rosak. -sumber Rokok elektronik (Vape) -

Gitu kisahnya pasal Vape ni. Menurut artikel aku baca ada kajian di buat membuktikan dengan penggunaan Vape mampu membuatkan perokok berhenti merokok. Bagus la kalau mampu buat perokok berhenti merokok tapi jadi ketagih & obses dengan vape ni pun susah jugak macam laki si Diana Rafar, Zamarul hisham tu. Bukan je suka hisap vape malah ketagih nak membeli koleksi vape. Kan dah jadi satu pembaziran tu.

Apapun vape ke rokok ke dua2 bukan gaya hidup sihat. Dua2 pun ada kesan sampingan pada kesihatan tapi kenapa benda je di kaitkan dengan perkara2 yang menakutkan & menyeramkan berlaku kat Malaysia? >>  6 benda menyeramkan ni berlaku Di Malaysia Di sebabkan Oleh Benda Berasap  << Sekarang ni kerajaan tengah nak mencipta momokkan terbaru berkenaan Vape pulak. Tapi kenapa tidak pada rokok yang masih secara bercukai... erkk.. ada di momokkan jugak kat kotak rokok tu tapi cuma takde sangat kempen momokkan secara besar besaran je. hehehehe

Moral of the story.. Satu benda je boleh hisap yang tak perlu keluarkan belanja atau memudaratkan kesihatan.. hisap jari. Meh kita kempen hisap jari untuk mengurangkan ketagihan rokok & vape ni. hahahaha

1 comment:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!