SEMUA PEREMPUAN ADA PAYUDARA TAPI BUKAN SEMUA ADA SUSU

27.10.15 Suria Lekatlekit 2 Comments

SEMUA PEREMPUAN ADA PAYUDARA TAPI BUKAN SEMUA ADA SUSU. Kecoh la bila satu keratan akhbar tersebar kes seorang ibu yang baru bersalin.. Katanya tertekan sebab tak mampu susukan anak terus terjun dari tingkat 26 rumah dia. Maka jadilah pendebatan hangat antara ibu yang obses dengan breastfeeding & ibu yang tak ada rezeki susukan anak dengan susu badan. Kes wanita tersebut mungkin bukan sebab tak mampu menyusukan anak jer.. Mungkin banyak sebab lain tapi tak mustahil itu jugak jadi salah satu faktor yang menyebabkan dia jadi tekanan.


Kalau buat status kat FB ramai yang akan salah faham dengan statement aku. Terus terang aku seorang ibu yang di berikan rezeki menyusu badan anak aku. Masa anak aku lahir susu aku melimpah ruah tanpa milk booster pun. Sampai kena pump keluar jugak sebab jadi bengkak susu. Tapi boleh cari mana2 post aku.. Insya Allah tak ada aku post gambar hasil memerah aku tu. Sebab aku rasa tak perlu kot aku nak tunjuk hasil perahan dengan alasan nak berkongsi ilmu & info tentang kebaikkan susu ibu. Tu cara aku.. Aku dulu nak breastfeeding anak aku pun kalau kat luar aku sedaya upaya cari tempat paling privacy kalau takde pilihan baru la aku menyusu anak aku tempat awam. Bukan cara aku nak rasa bangga tak tentu pasal sebab aku mampu bagi anak aku susu badan. Patut aku lebih rasa bangga dalam tubuh kenit, kecik yang orang selalu fikir tak mampu beranak bagai.. mampu menyusukan anak dengan susu Anugerah Allah yang bukan semua orang dapat. Tapi itu bukan cara aku nak berlagak tak tentu pasal. Aku tetap rasa segan walau di beri kelebihan ini.

Semua wanita ada payudara tapi bukan semua perempuan mampu memiliki susu setelah melahirkan anak. Jadi susu ibu bukan pilihan tapi ia berkaitan dengan rezeki jugak. Ada orang memang tak ada rezeki susu ibu & ada orang tak ada rezeki nak menyusu anak dia sebab masalah kesihatan & sebagainya. Aku bukan anti ibu2 yang breastfeeding malah aku sokong mereka yang berusaha menyampaikan info tentang kelebihan & kebaikkan susu ibu tapi ingat cara kita tu jangan sampai jadi riak & bongkak. Merendah rendahkan orang yang tak mampu. Jangan over show off yang kalau boleh tetek kau yang bengkak susu pun kau nak tunjuk. Setakat ni tak jumpa lagi la macam tu tapi kalau tak di beri peringatan awal tak mustahil akan datang ibu2 breastfeeding ni jadi terbuka sampai semua dia buka. Yelah.. alasan dia nak mengalakkan penyusuan ibu katanya. Apa yang tak perlu.. tak payah share kat media sosial. Kecuali la perkara tu perlu untuk memudahkan orang lain faham ilmu yang nak kita kongsikan. Contoh macam blogger2 popular ni.. cik epal, namee roslan & ramai lagi blogger Yang share pengalaman breastfeeding mereka kat sini >> Pengakuan Blogger Popular Tentang Breastfeeding <<

Moral of the story.. Ada orang rasa macam urban sangat bila dapat menyusu anak dia kat tempat awam atau tempat terbuka sebab tu dia paling excited kalau ada aktiviti2 menyusu anak beramai ramai kat tempat awam. Baru trendy katanya.. Sorry belum cukup trendy & stylo ok. Kalau betul korang urban sangat meh check ada tak buat benda ni. Kalau takde sila malu >> 5 Perkara Yang Seorang Ibu Paling Cool & Trendy buat <<

2 comments:

  1. terkesan sangat apa yang berlaku kepada ibu itu... seolahnya tiada siapa peduli akan nasib perempuan yang tiada keupayaan menyusukan bayinya... hina sangatkah jika tidak boleh menyusukan bayi sendiri...

    ReplyDelete
  2. tak taulah nak cakap camna..tapi Nad rasa perempuan ni ada masalah lain jugak laaa..mustahil puncanya 100% sebab tak boleh bf baby..dia tertekan tu..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!