SIBUK INTAI SELUAR DALAM JIRAN

22.10.15 Suria Lekatlekit 6 Comments

SIBUK INTAI SELUAR DALAM JIRAN. Tu dia tajuk entri hot & spicy. Kontroversi katanya. Ada aku kesah orang nak judge aku dari tajuk entri. Hanya orang yang bijak menilai orang lain dengan menyiasat terlebih dahulu. Setakat judge cerita dari tajuk tu namanya spy malas. hahahaha. Kalau rajin jemput baca kisah jiran paling penyibuk dalam dunia.

Gambar sekadar hiasan tiada kena mengena dengan cerita

Aku ada jiran yang dulu kalau boleh aku nak elak dari terserempak dengan dia walau dia tinggal sebelah je rumah aku. Kalau aku balik kerja tu nampak dia ada kat laluan yang aku nak guna balik rumah, kalau ada jalan lain confirm aku guna jalan lain asalkan dia tak nampak aku & aku tak perlu hadap dia. Bukan apa.. Dia ni jenis suka cerita. Kalau cerita tu best takpe gak tapi banyak cerita dia berunsur gosip penduduk setempat & jiran2 lain. Kadang2 orang yang dia mengumpat tu aku sendiri tak kenal & aku malas nak dengar sangat. Jadi sedaya upaya aku akan cuba mengelak dari terserempak dengan dia. Kadang2 sampai fobia nak buka pintu kalau tahu dia yang ketuk. Pendek kata dialah jiran paling menyusahkan hidup aku & annoying sangat. Tapi sekarang lega sikit sebab dia dah tak baik dengan aku so dia tak payah ganggu hidup aku.

Pernah terbaca kawan aku up pasal jiran dia yang sangat annoying. Suka bertandang kat rumah dia tak kira masa. Lepas tu bawa cerita mengumpat macam2. Dari cerita pasal laki dia, laki orang, family dia, family orang.. semua dia nak cerita. Pernah kawan aku cerita kat wall sampai spender laki kawan aku pun dia prihatin. Katanya laki kawan aku tu kecik jer.. sebab tengok spender laki kawan aku tu kecik. Dia tengok kat penyidai katanya. Amboi sampai apa orang jemur kat ampaian pun dia prihatin. Bayangkan la korang dapat jiran macam ni. Confirm hidup di selubungi ketakutan setiap masa. Nak2 jenis pantang nampak pintu rumah orang terbuka terus masuk tak bagi salam. Dah tu apa jer harta benda orang dalam rumah dia nak pinjam dia main ambil je.

Bila kita ada kenal manusia macam ni serius boleh fobia jadinya. Jangan kata orang lain.. aku pun pernah fobia dengan jiran yang annoying tahap boleh jadi tekanan kita nak hadap dia. Bukan aku je yang pernah lalui pengalaman dengan orang2 yang kita rasa annoying giler malah ramai lagi yang ada masalah macam ni. Kadang2 bila terpaksa berdepan dengan orang macam ni depa jadi mati akal sekejab. Tak tau nak buat macam mana supaya boleh elak dari mengadap manusia macam ni lama lama. Jadi pada korang yang nak buat persediaan awal.. nak tahu cara nak buat korang boleh cabut awal dari mengadap orang yang korang tak suka lama lama, meh tengok ni >> 5 Cara Untuk Cabut Dari Orang Yang Korang Tak suka Jumpa <<

Moral of the story.. Sebagai jiran bukan kata sampai tak peduli orang lain tapi jangan sampai terlampau menyibuk sampai menyusahkan orang lain

6 comments:

  1. pernah kena. jiran tu tiap tiap hari datang rumah bawak anak dia yang berderet deret. siap tido and tumpang makan tiap tiap hari. then bila kita tengah buat homework or main gadjet anak anak dia menempel sekeliling kita. erghhh stress sangat. barang pulak banyak hilang sebab anak anak dia main. mak dia relak jer duduk and baring baring dalam rumah. then jerit jerit kat si kakak suruh jaga adik dia tapi si mak masih berbaring and mengarah jer. vavun. (T_T) trauma sangat sampai kadang kadang kitaorang buat macam takde orang kat rumah. and lastly dia pindah. alhamdulillah.

    ReplyDelete
  2. Memang bermasalah dapat jiran macam tu LL..
    Akak pun kalau boleh dielak.. memang elakan sangatlah..
    Malas nak dgr gosip yg tak tentu hala ni..
    Senang dah hati ko ye LL ,
    Tak de siapa nak ganggu hidup seharian tu :D

    ReplyDelete
  3. betui ... aku pun jenis suka dok senyap dlm rumah ... hahahaha kadang tu aku dtg mengong aku nampak org pun aku buat tak kenal ...hahahhah gile ke tak ,...aku rasa aku ni psiko hahaha

    ReplyDelete
  4. Nasib baik la jiran2 yg duk dekat2 rumah akak takdak perangai loklak camni...tajam beno mata sampai spenda suami jiran pon dia nak scan ye....hehehe

    ReplyDelete
  5. Nasib tak der jiran yg BB macam tu. Sebab suma jiran jenis dok umah. Dok apartment katakan. Jenis tak bergaul sangat...huhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la kita cuma tu la bila dapat jiran busy body tahap minta kaki ni kena banyak sabar je la. orang lain memang byk buat hal sendiri kat rumah masing2 dia jer hari2 bertawaf merata

      Delete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!