TENUN GUNA RAMBUT UNTUK BANTU MANUSIA KE SYURGA

10/01/2015 02:28:00 PM suria lekatlekit 2 Comments

TENUN GUNA RAMBUT UNTUK BANTU MANUSIA KE SYURGA. Kreativiti manusia ni memang kadang2 tiada batasan. Rambut pun boleh jadi benang tenunan untuk menjadikan hasil dia unik, kreatif & rare. Tuan punya rambut rasanya dah lama mereput dalam tanah atau jadi abu kena bakar tapi rambut dia masih hitam menawan sampai sekarang. Sebab rambut dia gunakan untuk menenum satu gambar budha.

Hasil tenunan guna rambut yang berusia lebih dari 300 tahun Sumber Japanese Station

Terbaca satu artikel pasal satu hasil tenunan rakyat jepun menggunakan rambut manusia pada satu gambar bertemakan budha. Hasil tenunan yang di buat katanya bagi tujuan membantu mereka untuk ke syurga. Kalau kita orang Islam cuma di ajar pasal titian Siratul Mustaqim yang sekecil rambut di belah tujuh yang akan di lalui untuk ke syurga, tak sangka orang jepun percaya menenun guna rambut boleh bantu orang ke syurga. Tak boleh nak kutuk dah kepercayaan dia macam tu kan. Walau aku dok cari jugak macam relevannya rambut yang di tenun pada lukisan budha membantu mereka ke syurga. Maybe sebab budha tu objek yang mereka guna untuk ritual keagamaan la kot kan.

Karya seni tenunan rambut ini dibuat oleh seorang pendeta Budha pada tahun 1678. Pada masa perjalanannya mengelilingi Jepun, dia kumpulkan rambut dari orang-orang yang percaya bahawa dia mampu memberikan syurga kepada mereka & rambut itu di gunakan untuk dia menjahit pada karya seninya. Aku rasa kepercayaan tu saja di reka reka kot sebab dia nak orang bagi rambut kat dia. hahahaha

Macam2  sungguh kepercayaan pasal rambut yang ada dalam dunia ni pasal rambut termasuk la kepercayaan pasal rambut lurus ni. Konon senang di urus, jimat masa & sentiasa nampak cantik la. Tapi kadang2 aku tengok orang yang gigih nak nampak cantik dengan rambut lurus pergi rebonding alih2 muka jadi macam pau sebab rambut bila rebonding dia nampak nipis & melekat kat muka. Orang yang muka dia bulat & tembam memang tak sesuai sangat nak rebonding rambut sebab rebonding rambut Tak jadi lurus macam semulajadi. Tapi sebab artikel ni aku rasa lepas ni ramai mungkin nak luruskan rambut. Nak tau kenapa meh baca kat sini >> Kelebihan berambut lurus pada wanita bekerjaya <<

Apapun.. tak payah la kita nak simpan rambut orang dah mati ni. Biarlah rambut dia di kuburkan bersama jasadnya. Satgi ada pulak yang kreatif dok guna untuk aktiviti syirik & khurafat atau mula la muncul cerita2 seram pasal rambut tu nak2 lagi rambut yang berusia beratus tahun.

2 comments:

  1. Seram seh kang tetiba malam2 ada plak adegan...."pulangkan...pulangkan" ;p

    ReplyDelete
  2. gigih betul pergi tenun guna rambut. memang perlukan kesabaran yang tinggi. kalau iday memang tidak la nak buat benda2 camtu.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com