VIRAL WANITA DI SAMAN SUAMI KERANA LAHIRKAN ANAK HODOH HANYA FITNAH

12.10.15 Suria Lekatlekit 4 Comments

VIRAL WANITA DI SAMAN SUAMI KERANA LAHIRKAN ANAK HODOH HANYA FITNAH. Rasanya ramai kot masih ingat kes yang pernah jadi viral tak lama dulu pasal seorang wanita yang kononnya di saman suami sebab lahirkan anak hodoh. Cerita yang pernah jadi viral kononnya wanita tu cantik sebab pembedahan plastik bukan original. Suami dia yang konon rasa tertipu dengan kecantikkan plastik dia selama ni menfailkan saman terhadap dia.


Kesian kan... Bila dah jadi viral di laman sosial nak2 model dari luar negara ni. Kita bukan kenal sangat terus la percaya. Walhal cerita sebenarnya perempuan just buat photoshoot untuk sebuah klinik kosmetik. tapi perjanjian buat untuk iklan cetak bukan iklan media sosial tapi pihak klinik kosmetik tu langgar penjanjian & mengiklankan dia media sosial menyebabkan gambar itu menjadi viral & fitnah keatas diri dia.

Iklan tu pulak dengan caption " Satu-satunya benda yang kamu akan risau adalah bagaimana untuk memberitahu anak-anak" memang mengundang salah faham orang ramai la. Padahal perempuan sekadar jadi model gambar tu. Bukan cerita dia seperti apa yang di viralkan.

Katanya lepas gambar tu jadi viral dengan fitnah konon suaminya nak saman sebab lahirkan anak hodoh tersebar, keluar pulak dalam tabloit. Bertambah la orang mengeji & mengutuk dia sebagai perempuan plastik. Menyebabkan dia susah nak dapat pekerjaan. Dia sekarang katanya dalam proses menyaman klinik kosmetik & agensi pengiklanan yang terlibat sebab langgar perjanjian & menyebabkan dia di fitnah.

Yang aku confuse sekarang dalam artikel aku baca gambar tu memang gambar keluarga dia jadi betul la dalam gambar tu gambar anak2 & suami dia. Dalam artikel aku baca jugak tak ada menafikan dia buat pembedahan plastik cuma menafikan kes suami dia nak saman dia akibat lahirkan anak anak hodoh.

Tetap moral of the story.. Jangan ubah ciptaan Allah hanya untuk tuntutan nafsu yang akhirnya membawa kemudaratan pada diri. nak cantik dalam gambar tak payah nak habiskan duit buat pembedahan plastik. Meh sini tengok apa yang boleh bantu anda mencari angle yang cantik bila berselfie kat sini  >> Cari Sudut Untuk kelihatan Cantik Ketika Berselfie Mungkin Ini Membantu Anda <<

4 comments:

  1. Bila cerita ditokok tambah camtu la jadinya..

    ReplyDelete
  2. Issskkkk...macam2 ada kat dunia ni

    ReplyDelete
  3. kalau betol la dia di fitnah memang sian la ek...tak pasal2 kene kutuk kaw2 punye...

    ReplyDelete
  4. alahaii kesian dia.. btw dia buat pembedahan plastik tak?

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!