ADEGAN DALAM FILEM TAMIL YANG PALING TAK MASUK AKAL

11/13/2015 08:02:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

ADEGAN DALAM FILEM TAMIL YANG PALING TAK MASUK AKAL. Mengikut survey aku sekarang ni memang ramai perempuan melayu memang suka tengok filem tamil termasuk mak aku sendiri. Mak aku memang sejak azali suka tengok filem tamil. Aku dulu tengok la jugak sebab kalau mak aku tengok automatik la kena tengok jugak. Yelah.. zaman tu tv kat rumah sebiji je. Pernah nampak blogger terkenal Namee Roslan pun pernah up status kat FB mengaku dia adalah salah seorang peminat filem tamil. Macam tu jugak Akma Omar di ikuti ramai lagi pengakuan dari kaum2 wanita yang lain.


Depa ni tak layan drama2 adaptasi novel yang penuh dengan fantasi. Depa layan filem yang real.. Cerita tentang kehidupan sebenar. Dalam filem tamil di akui memang depa banyak highlight apa yang berlaku dalam kehidupan mereka. Rasuah di kalangan menteri, pemimpin besar negara, penindasan,kasta.. kesusahan sebenar rakyat. Kat Malaysia aku percaya bukan tak ada penggiat filem nak buat cuma peluang lepas untuk tayangan tu memang tipis. Berani sapa2 buat filem selit pasal 2.6B?? Mustahil la kan...

Walaupun filem tamil ni banyak mengisahkan realiti kehidupan sebenar di negara mereka tapi tetap ada babak yang tak realistik & tak logik jugak dalam filem depa ni. Memang fikir ikut hukum akal macam mana pun takkan jumpa logik babak babak macam ni. Memang semua filem ada adegan ni.. Walau nampak sangat menipunya tapi yang tu la buat orang tak kelip mata tengok. Nak tau adegan apa paling tak logik dalam filem tamil, meh tengok kat sini >> 6 Adegan ‘Tak Boleh Blah’ Drama Tamil Yang Confirm Buat Korang Pecah Perut Bila Tengok << Please ok jangan gelak kuat kuat. Marah peminat filem tamil nanti. Tak pepasal rajnikanth batal babak yang shooting kat Malaysia untuk filem baru dia. hehehehe

Nama pun cerita kan.. Walau katanya adaptasi dari kisah benar sekalipun tetap ada babak tak logik. Kalau nak logik sangat bukan nama cereka. Kadang2 yang tak logik tu la buat manusia jadi suka berangan. Tak caya korang follow drama adaptasi novel sekarang. hehehe

Moral of the story.. Tak kisah cerita tu logik ke tidak. Kalau nak logik sangat takde sapa nak tengok filem barat yang penuh fiksyen & filem seram yang penuh misteri. Cuma bila kita menonton tu ambil sebagai hiburan jangan feel sangat sampai tersesat dalam imaginasi sendiri. Kang tetiba jadi gila isim pulak hahaha

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com