AKIBAT MENYERU HANTU DALAM RUMAH TINGGAL

5.11.15 Suria Lekatlekit 4 Comments

AKIBAT MENYERU HANTU DALAM RUMAH TINGGAL. Sekarang banyak group paranormal di tubuhkan.. Bukan je kat luar negara malah kat Malaysia ni pun dah makin banyak. Masing2 nak mengkaji makhluk ghaib sampai aku rasa kadang2 jin pun menyampah nak layan depa ni. Pada yang obses dengan aktiviti paranormal ni kadang2 sampai sanggup lakukan ritual yang bertentangan dengan ajaran Islam dah akhirnya membawa malapetaka pada diri sendiri.


Kisah yang aku nak cerita ni berkaitan dengan group paranormal jugak. 5 sekawan ni tekad nak menyiasat kewujudan entiti @ makhluk halus di sebuah rumah tinggal. Sebelum mereka ke rumah tersebut salah seorang dari 5 orang ni selalu dapat mimpi ngeri berkenaan rumah tersebut membuatkan ketua kumpulan group paranormal ni semakin nak mamat tu join mereka kerumah tersebut sebab lelaki tersebut sebenarnya ada kaitan dengan kejadian ngeri pernah berlaku di rumah tersebut. Ibu kepada lelaki tersebut sebenarnya pernah terlibat dalam kejadian misteri di rumah tersebut. Selain memburu hantu tujuan mereka kesitu adalah untuk menghentikan gangguan mistik yang berlaku terhadap kawan mereka. Semasa mereka menyiasat dalam rumah tersebut satu patung ballet pada kotak music yang mereka temui dalam sebuah bilik boleh bernari sendiri bila di sentuh. Salah seorang lelaki dalam kumpulan tersebut merasakan ia adalah petunjuk bila patung tu akan berhenti ke arah carpet. Mereka cuba mencari sesuatu yang berada di bawah semua carpet yang ada dalam rumah tu. Akhirnya mereka temui satu lukisan berbentuk bulat iatu simbol untuk mengadakan upacara menyeru syaitan. Berpandukan sebuah buku rujukan.. mereka mula berpegangan tangan mengelilingi bulatan simbol tersebut sambil salah seorang membaca mentera menyeru roh. Tiba2 salah seorang ahli kumpulan tersebut yang sedang mengandung 10 minggu merasa sakit yang teramat di bahagian perut memaksa teman lelakinya terpaksa melepaskan tangan seterusnya telah melanggar syarat upacara tersebut. Bila tangan di lepaskan maka membolehkan roh2 yang di seru bertindak ganas. Maka berlakulah kejadian bunuh membunuh yang akhirnya menyebabkan kesemua mereka mati dalam rumah tersebut kecuali seorang perempuan yang sedang mengandung kerana dia jadikan pewaris untuk roh2 jahat tersebut. Itu adalah syarat untuk membolehkan roh2 jahat tersebut bebas. Mereka perlu mengorbankan nyawa manusia.

Done!

Tak tahu selepas tu apa jadi kepada salah seorang ahli group paranormal tersebut yang tengah mengandung sebab ending cerita tu sumpahan roh2 jahat tu tak berjaya di hapuskan pun malah dia berjaya mendapat pewaris lagi lepas cerita tu pun habis. Begitulah kisah yang mampu aku cerita secara ringkas untuk filem Demonic. Walaupun ia di arahkan oleh pengarah yang sama untuk filem The Conjuring tapi rasanya The Conjuring lebih best berbanding Demonic. Cuma bagi aku demonic ni boleh jugak la aku tengok tanpa ada rasa nak menyumpah seranah. Kadang2 sebab sound effect dia terkejut jugak la. Cuma filem ni mula2 tu memang banyak sembang. Aku kalau filem banyak sembang ni memang cemuih sikit tapi masuk pertengahan cerita dah banyak babak2 suspend.

Kesimpulannya.. Filem ni kategori not bad tapi bukan yang terbaik sangat. Boleh la tonton sambil2 makan sandwich cili padi macam ni >> Hanya Yang berani Sahaja Boleh Makan Sandwich Cili Padi Macam Ni << Confirm, korang akan rasa sandwich ni lebih seram dari filem demonic. Sebab filem ni bagi aku seram seram manja jer. Bukan level seram yang menepati piawai ketakutan aku. Tapi kalau sandwich tu memang lebih seram dari filem seram. hahaha

Moral of the story.. Pada group2 paranormal yang ada sekarang. Please kalau ilmu tu sejengkal jangan rumah berpuaka korang nak try. Tak payah nak tunjuk terrer sangat dengan hantu kalau Al Quran pun korang tak khatam. Ayat Qursi pun tak hafal.. Ingat yer adik2 paranormal. Peace Yo!

4 comments:

  1. semalam tengok Paranormal yg terbaru pun cerita mcm tak ada kesudahan.. lalast demon yg menang.. awat depa suka buat ending mcm ni..hehehehe

    ReplyDelete
  2. demonic ni pernah dengar tapi tak penah tengok
    the conjuring tu penah tengok...rasa sesak juga napas nengoknya
    tapi saya rasa kalau cite omputih yang seram ni, sampai sekarang dok teringat, cite the blair witch project.

    ReplyDelete
  3. Dulu rajin jugak layan filem seram.. tak kisah dari negara mana.. tapi sekarang penyakit takut dah menyerang diri memang takde dah nak layan.. kalau layan pun hujung mata je tengok.. kihkihkih..

    ReplyDelete
  4. Filem ni boleh la tahan tapi yang tak bestnya lastla . hehehe

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!