AMARAN! LEGO MACAM NI MUNGKIN ORANG DEWASA PUN TERPENGARUH

11/09/2015 12:53:00 PM suria lekatlekit 1 Comments

AMARAN! LEGO MACAM NI MUNGKIN ORANG DEWASA PUN TERPENGARUH. Ramai budak2 sekarang sukakan lego. Lego sekarang bukan macam lego zaman kita dulu. Lego bentuk brick @ batu bata je. Kemudian kita pun bentukkan la ikut tutorial yang di berikan dalam set lego tu. Paling2 pun kita mampu buat rumah.. kereta macam tu je. Tapi Lego sekarang cukup advance. Sebab Lego mampu mencipta macam2 benda maka terciptalah legoland katanya. Hehehehe...


Lego ni bagus jugak untuk meningkatkan kreativiti kanak kanak. Dalam membesar kanak2 perlu ada imaginasi baru sel sel otak dia cepat berhubung katanya. Tapi bukan semua budak2 sukakan lego. Anak aku ni kurang minat permainan berbentuk imaginasi ni. Tapi aku pernah belikan jugak la lego murah yang brick tu. Tu bagi dia belajar melekatkan lego tu antara satu sama lain. Masa dia kecik la. Sekarang dah 4 tahun dia ada aktiviti sendiri. Dia lebih suka dengar lagu & menyanyi. Aku tak tau la ikut jejak sapa la anak aku ni kan.. Mungkin mak dia kot memang suka menyanyi masa kecik dulu sampai berangan nak jadi Raja Ema katanya.

Tapi tetap sebagai mak aku dedahkan dia dengan permainan yang berilmiah & merangsang perkembangan otak dia. Nak2 lagi anak aku ni banyak perkara dia delay. tak kisah la kan.. Setiap manusia tu lahir bersama kekurangan & kelebihan. Anak aku cuma manusia biasa jugak. Orang nak cakap apapun.. lantak la. Salah satu permainan yang boleh buat kanak kanak berfikir adalah lego. Dia akan fikir macam mana nak hasilkan bentuk yang dia nak dengan cara memasang lego2 tu. Jadi, bagi aku lego pun salah satu mainan yang anak aku perlu ada untuk meningkatkan kreativiti dia.

Tapi.. Kalau lego ni.. Awas yer mak bapak. Bukan apa takut kesannya bukan je kat anak anak.. mak bapak pun terkesan jugak dengan lego macam ni >> Amaran! Set Lego Ini Mungkin Buat Anda terpengaruh << Tak sangka permainan Lego masakini bukan je mampu mempengaruhi kanak kanak malah orang dewasa jugak. Parah macam ni!

Yelah.. zaman dah berubah. Permainan kanak kanak kadang2 memang menakjubkan. Tapi bila teknologi dalam permainan kanak kanak ni semakin canggih & mencabar tak mustahil ada yang memberi kesan buruk tanpa kita sedar.

Moral of the story.. lego ke hapa ke.. Aku beli mainan anak aku kat kedai borong je. Dengar macam low class je kan padahal korang dok beli mainan secara online yang orang dok jual tu dengan harga mahal sebenarnya kat kedai borong aku dapat harga 2 kali ganda murah. hahaha. Tapi bila dengar beli online dengan beli kedai borong.. status dia jadi berbeza padahal barang yang sama. Hehehehe

1 comment:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com