AWAS! 12 TAHUN PERTAMA SAHAJA ANAK AKAN BERSAMA KITA

14.11.15 Suria Lekatlekit 2 Comments

AWAS! 12 TAHUN PERTAMA SAHAJA ANAK AKAN BERSAMA KITATadi terbaca satu blog yang tulis pasal keluar tanpa anak untuk refresh & dapatkan quality time dengan pasangan. Sesetengah orang berpendapat sekali sekala perlu jugak keluar berdating dengan suami & tinggalkan anak.. Bagi yang ada pilihan untuk tinggalkan anak pada orang yang boleh di percayai ok la.. kalau rasa nak tengok wayang ke hapa tak perlu risau sapa nak tolong jaga anak. Bagi yang memang tak ada pilihan macam aku.. Kami takkan ada alasan untuk tinggalkan anak. Apapun nak buat kena bawa anak. Sebab kami jaga anak sendiri 100% sendiri. Tak di manja macam mak bapak orang lain.. Tolong jaga cucu bagai. Family aku memang jauh kat kedah.. Tapi balik kampung pun tak pernah kami ambil kesempatan tinggalkan anak untuk keluar berdua sebab tak biasa. Suami aku memang jenis tak percaya kat sesapa pun untuk jaga anak dia. Mertua aku memang depa pun sibuk dengan urusan sendiri. Jadi memang kami dah decide selagi mampu kami akan usung je kemana mana anak sendiri.

Cepat la masa berlalu. Rambut depan budak ni pun dah lama sama panjang dengan rambut belakang. Hahaha

Bagi aku.. Takpe. Semua tu pengorbanan kecil je walau sejak ada anak aku dah tak boleh tengok teater lagi. Tak pernah lagi tengok wayang.. Semua tu aktiviti yang selalu aku buat masa tak ada anak. Aku rasa lebih penting selain anak sekarang ni. Sebab bagi aku.. pengalaman aku sendiri.. Kita akan berkepit sana sini dengan mak bapak paling lama pun 12 tahun pertama kita hidup ni je. Masuk 13 tahun.. aku memang dah banyak aktiviti sendiri dengan kawan2. Bukan la lepas 13 tahun tu dah tak ada masa dengan family tapi.. masa kita dah terbahagi untuk banyak perkara. Bila dah masuk alam remaja.. Biasa la. Kita perlukan masa sendiri. Akan rasa tertekan bila di paksa berkepit je kemana mana dengan keluarga. Kalau bawah 12 tahun memang kita rasa enjoy setiap kali keluar dengan mak ayah. Tapi bila dah masuk usia 13 tahun percayalah.. keinginan kita nak bersama kawan2 tu mesti ada. Nak keluar beli buku ke.. keluar jalan2..

Tu pun kalau 13 tahun tak masuk sekolah asrama penuh so dapat lagi tinggal dengan family. Ada orang start 13 tahun sampai la graduate.. masa dia banyak habis kat asrama untuk belajar. Bila dah habis belajar mungkin dia dah bekerja jauh.. kemudian berkahwin ikut pasangan. Dapat balik jenguk mak bapak pun sekali sekala je. So, 12 tahun pertama jer dia banyak masa dengan keluarga. Jadi tak salah.. 12 tahun pertama ni aku korbankan masa aku untuk anak. Waktu ni takkan ada kali kedua. Datang & pergi sekali sahaja. Sebab kami sama2 enjoy dengan anak. Kalau tak ada anak bersama mungkin aku tak enjoy, suami tak enjoy.. so masa berdua tu tak jadi sesuatu yang berkualiti.

Mungkin bagi orang lain 12 tahun tak dapat dating dengan suami macam sebelum ada anak lama sangat nak tunggu.. Bagi aku 12 tahun sekarang memang dah tak lama. Aku tak rasa terpaksa atau menyusahkan pun malah aku rasa lebih selamat anak aku ada depan mata aku. Kadang2 aku rasa anak aku cepat sangat besar.. Tahun depan dah nak sekolah sedangkan aku belum bersedia untuk lepaskan dia berpisah untuk beberapa jam. Serius.. aku rasa cepat sangat anak aku besar. Macam mana boleh aku rasa enjoy kalau anak aku tak ada. Nak lepaskan pergi sekolah pun aku dah mula risau.

Ini cuma pendapat peribadi aku tak mewakili sesiapa. Aku seorang surirumah yang 24jam mengadap anak aku. Tu pun aku tak pernah rasa puas dengan dia walau kadang2 aku naik angin jugak dengan dia. Bayangkan anda seorang ibu yang bekerjaya.. Berapa jam sehari anda bersama anak. Dulu mak & arwah ayah.. bila semua anak2 dah besar aku tengok depa sangat enjoy kembali berdating berdua. Tiap2 minggu ada je aktiviti. 2 3 bulan sekali mesti datang KL jenguk aku & adik aku. Itulah fasa kehidupan.. Kita pernah merasa berdua.. kemudian bertiga & seterusnya.. Insya Allah jika ada rezeki satu masa kita akan nikmati masa berdua tu tanpa risau pasal anak bila masing2 dah boleh berdikari & ada kehidupan sendiri.

Apapun setiap orang ada pendapat & cara sendiri untuk enjoy dengan kehidupan masing2. Mungkin cara aku ada orang rasa tak enjoy & mungkin cara orang lain yang aku rasa tak enjoy. Yang penting buat la apa yang ada rasa membahagiakan diri sendiri. cara apapun jadi salah atau tidak bergantung pada diri sendiri.

Moral of the story.. Kepada bakal2 ibu selain anda kena tahu apa benda nak bawak masa nak pergi bersalin. Kalau tak tahu meh tengok kat sini >> Inilah barang yang perlu anda bawa ketika hendak bersalin termasuk telefon. Wajib bawa telefon nak tau kenapa baca la <<  Tapi yang lebih penting Korang kena bersedia adalah dari segi mental & fizikal juga sebab selepas ada anak totally kehidupan memang berubah. Banyak perkara yang mungkin anda tak boleh buat macam sebelum ada anak.

2 comments:

  1. Dik comelnye anak dara ko...akak memang suka gile gegirl rambut depan camtu...izara jenis rambut tak lebat jadi lambat sikit nak tunggu panjang...akak pon pi mana2 hangkut je anak2...

    ReplyDelete
  2. Taknak komen pasal entri... nak komel... lala awat comot sangat muka ampa?? tapi tetap comeyyyy.... meh mokcik nak kiss sikit !! muahhh muahhh !!

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!