AWAS ASTRO! INI PESAING ANDA TAK LAMA LAGI

11/24/2015 01:57:00 PM suria lekatlekit 8 Comments

AWAS ASTRO! INI PESAING ANDA TAK LAMA LAGI. Astro sebenarnya Alien.. Dia tak sesuai berada di bumi sebab dia takut hujan. Asal hujan je mesti tak ada siaran. Tu salah satu bukti Astro sebenarnya datang dari angkasa lepas. Bukti lain tengok piring astro kan macam UFO.. Jadi kesimpulan dia astro memang datang dari angkasa lepas & harus di hantar pulang ke planet dia.hahahaha. Kalau dia masih ada kat bumi Malaysia menyusahkan orang lain terutama aku ni yang tak langgan astro. Nak tengok tv pun susah.. Jenuh betulkan area tak jugak dapat siaran. Baru2 ni dapat balik siaran tv2.. Tu pun polkadot. Mungkin sebab musim hujan kot.. Astro manjang tergendela so memberi laluan pada pengguna TV area sesungut untuk menikmati siaran percuma tanpa gangguan.


Aku memang tak pernah ada niat nak pasang astro sampai saat aku tulis entri ni. Akan datang aku tak berani cakap besar.. Lagipun kalau banyak sangat rancangan kat TV tak tau dah nak tengok apa. Nak2 lagi bil astro manjang asyik naik. Adik aku kat kampung dari ambil pakej tak sampai seratus sekarang bil dah seratus lebih. Aku balik kampung pun rasa tak menaikkan nafsu serakah dengan rancangan astro ni. Aku lebih suka kumpul dvd seram katanya. Beli sekali nampak selamanya ada depan mata. hahahaha

Tapi tak berapa bulan lagi astro bakal ada pesaing yang lagi hebat dari dia. Yang ni Insya Allah tak takut hujan kot. Benda ni kat US dah berkurun guna.. Kita kan Malaysia baru dapat nak merasa. Lepas ni Malaysia akan merasa tengok Digital TV. Tak lama lagi melambak la kita boleh nampak antena tv kembali di pasang atas bumbung bukan lagi piring UFO astro. Yang best tak payah langgan siaran TV berbayar macam astro tu sebab ia percuma. Untuk tahu lebih lanjut pasal Digital yang ada 30 channel ni korang boleh baca kat sini >> Akan Datang Di Malaysia Tak Lama Lagi. Tiba Masanya bye bye astro <<

Moral of the story.. Dengan persaingan mungkin astro akan meningkatkan kembali kualiti siaran dia. Paling penting kita atasi masalah bila hujan astro pun tidur... Kalau tak solve masalah tu mungkin astro bakal gulung tikar lepas muncul digital TV ni.

8 comments:

  1. Bagus la kalau ada pesaing utk Astro, kita ada alternatif kalau astro buat hal (mmg pun dah slalu buat hal).

    ReplyDelete
  2. wak sukak tenok movie je kat astro., hehe2

    ReplyDelete
  3. Walaupun saya jarang tengok tv, tapi seronok pulak rasa kalau astro ada pesaing..

    ReplyDelete
  4. dah lama kita nantikan pesaing Astro..lekas-lekaslah muncul

    ReplyDelete
  5. Betol la dik kadang2 memang muak gile tengok astrok ni sebab cerita asyik la dok ulang2... bagos ada pesaing camni baru hang tau langit tu tinggi...gituuuuu...hahaha

    ReplyDelete
  6. Guna skybox je.. 1 dunia punye channel bole dpt.. bayar sekali je dan internet kena kuat

    ReplyDelete
  7. Muaklah dengan Astro ni tapi nak unsubscribe, takda pulak hiburan lain di rumah. Moga dengan kehadiran DTTV ni dapatlah akak beralih arah tak lama lagi. Dengan riangnya mesti akak nak lucutkan jawatan Astro sebagai penyiar rancangan utama di rumah kami!

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com