AWAS! DRAMA SLOT AKASIA TV3 BAHAYA PADA MANUSIA & KUCING

6.11.15 Suria Lekatlekit 5 Comments

AWAS! DRAMA SLOT AKASIA TV3 BAHAYA PADA MANUSIA & KUCING. Sapa2 yang ada bela kucing tu sila ambil langkah berjaga jaga. Pastikan setiap hari isnin sampai khamis pukul 7 malam anda kurung kucing2 dalam rumah. Sebab time tu la drama di slot akasia akan di siarkan di tv3. Bukan apa takut nanti habis je drama tu kucing korang pun hilang atau mati. Nak tahu sebab apa.. meh baca entri ni.


Setiap hari start pukul 7 hingga 8 malam.. Isnin hingga khamis kat blog aku entri akan mendapat views banyak masa tu adalah entri pasal drama Hello Mr Perfect. Bila dah dapat views tinggi untuk entri tu keywords pun banyak la berunsur kritikkan terhadap drama tu. rata2 yang google akan menulis keywords yang mengambarkan drama tu cukup hampeh, teruk, tak best,bosan & mengecewakan. Ingat aku je rasa drama tu kategori sampah rupanya ramai lagi. Aku tengok episod mula2 jer.. sekarang memang takde nafsu nak follow. Kadang2 baca jugak update dari Boni Kacak yang cuba memperbaiki jalan cerita setiap episod yang dia tengok dengan idea dia. Aku rasa drama ni patut bagi Boni Kacak je arah.. sebab jalan cerita dia buat nampak lagi best dari jalan cerita yang di dramakan. hahahaha

Akibat menonton drama Hello Mr perfect ni aku dapat satu komen kat entri tu menyatakan betapa dia tertekan sangat setiap kali tengok drama tu. Aku tak paham kenapa dia tengok jugak walau setiap kali tengok mesti stress. Gigih sungguh kekdahnya. Maybe dia takde esteruk macam aku so tak pilihan sangat rancangan tv time2 tu. Takpe aku suggestkan kat dia lepas ni on TV alhijrah baru tenang jiwa sikit. Tapi tak sangka rupanya bahaya tengok drama di slot akasia lebih2 lagi drama Hello Mr Perfect ni..  Sampai katanya hampir2 nak bunuh kucing jiran lepas tengok drama Hello Mr Perfect ni. Tv3 sila ambil perhatian yer! Please.. selective sikit drama2 yang nak di siarkan di slot akasia tu. Setakat yang pecahkan tv sendiri tu ok lagi.. Jangan Bangunan TV3 kena pecah sebab slot akasia je tak berbaloi katanya. Hahahaha. Bukan dia je rasa stress laki aku pun kalau tertengok cerita ni cepat2 dia suruh tukar channel. Dia sendiri akui tension tengok drama tu. Kang ada yang bendul sangat tak faham apa yang nak di sampaikan ni macam2 pulak pertikaian muncul. Secara mudahnya dia nak bagitau inilah drama paling tak layak di tayangkan kat tv. Ada paham?? hehehe

Komen ni membuktikan betapa drama tu memberi tekanan yang amat besar kepada penonton hahaha

Tak boleh nak kata apa.. Semakin hari drama & filem melayu semakin banyak yang layak flush dalam jamban dari di tayangkan di pawagam atau kaca tv. Yang betul2 berkualiti & best ni boleh kira dengan jari je. Jadi jangan salahkan penonton jika lebih memilih filem luar. Orang nak tengok sesuatu yang best..

Moral of the story.. Pilihan yang kita ada kalau rasa tak best cerita tu tukar je channel lain atau tengok je dvd macam aku. Zaman sekarang nak tengok tv atas tapak tangan pun boleh tak macam dulu orang nak tengok tv pun susah sebab tu rasanya drama2 & filem dulu lebih berkualiti dari zaman sekarang walau orang dulu struggle giler macam ni semata mata nak tengok tv >> Jom Tengok Adakah Anda Sempat Tak Lalui Zaman Kesusahan Nak Tengok TV Macam Ni << Sebab sekarang semua mudah, maka pembikin drama & filem pun ambil jalan mudah je nak siapkan karya mereka dengan tagline asal boleh jual. Tu yang bersepah karya sampah kat Malaysia.

5 comments:

  1. tak sempat nak layan sebab sibok kat dapor dengan periuk kualinyer ;)

    ReplyDelete
  2. ahahahahahaha! komen dia memang win. saya pun stress..tapi xtgk. kalau tgk serius rasa nak bergaduh je dengan tv.

    ReplyDelete
  3. cite tu..haha nyampah.. org sama watak berbeza.. xkan lah xperasaan kan. kalau kembar tu lain cite..

    ReplyDelete
  4. Mak mmg tak layan Hello Mr Perfect tu sebabnya pelakon heroin dia mcm tak berapa nak femes tu yg tak menarik minat nak tengok hihi....

    Kena kritik je? Baru tau

    ReplyDelete
  5. Fuhhh!!! Nasib la akak tak penah tergerak hati pon nak tengok drama2 akasia akasio ni sume...kalau dah camtu punye stress kes berat ni...hahaha

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!