AWAS! JIKA ADA CIRI CIRI INI IA ADALAH SCAM & PENIPUAN

7.11.15 Suria Lekatlekit 4 Comments

AWAS! JIKA ADA CIRI CIRI INI IA ADALAH SCAM & PENIPUAN. Scam atau bahasa melayu Penipuan memang boleh berlaku kat mana mana saja. Nak2 lagi zaman hujung jari ni.. Lagi la ramai penipuan. Contoh email yang kategori scam ni.. Email konon menang loteri padahal kita tak pernah pun dok main. tetiba dapat email menang cabutan bertuah dari TNB padahal kita tak pernah ada account dengan TNB macam mana kita pulak menang cabutan bertuah atau tiba2 dapat email menang wang tunai dari Telekom. Macam senang sangat orang nak bagi duit. Tup tup.. dapat email suruh redeem hadiah jer.


Tu antara contoh scam yang tengah popular sekarang. Sebab dia guna nama2 besar masih ada yang terpedaya atau hampir2 terpedaya. Kalau aku.. secara logiknya kenapa pulak kau nak bagi duit kat aku tanpa sebab. Kalau betul pun TNB nak bagi hadiah confirm la dia buat apa2 contest ke.. cabutan bertuah bagai. Dia takkan pilih email secara rawak yang tak tau entah sapa2 nak bagi hadiah. Sebab tu kalau dapat email2 macam tu aku gelak je. memang tak logik sangat la dia nak bagi aku duit sesenang macam tu.

Tapi bagi mereka yang kurang pendedahan tentang scam ni.. Mungkin tak tahu macam mana nak kenalpasti scam atau tidak. Senang je nak detect scam ni. Nak tau scam ke tidak korang boleh rujuk tips ni >> 6 Cara Mengesan Scam << Kalau takde detail2 yang tertulis kat artikel tu bermakna memang scam la. Yang Sah dah tentu ada semua maklumat penting yang di perlukan. Kalau tetiba nak minta detail peribadi kita sedangkan contact detail depa pun meragukan jangan sesuka hati nak bagi. Silap2 dok berangan dapat ratus ribu.. habis licin yang ada dalam account tu pulak.

Moral of the story.. Tips paling simple untuk elak di tipu fikir satu perkara je.. Takde benda senang nak jadi senang. Orang takkan bagi duit kat kita tanpa sebab.

4 comments:

  1. betul...tiada perkara yang tanpa usaha datang begitu saja..

    ReplyDelete
  2. Agreed...seronok bila nampak banyak 0000 kat belakang. Kadang-kadang layan jugak, nak tengok sampai mana depa nak menipu. Lastnya dapat la maki percuma dari saya.

    ReplyDelete
  3. Tahniah, kad sim anda baru sahaja memenagi wang RM 20,000.000. Itu ayat sms yang tiap-tiap tahun aku dapat. Yang peliknya bila dicall, dijawab oleh Mat indon (Indonesia) dia suruh bagi no akaun.
    aku cakap, ko datang sini, (Malaysia) patut Bersyukur, bukan bukan kerja HARAM tipu orang. Alih-alih aku dimarah dan dia letak telefon.
    Sampai sekarang aku pun pelik dan hairan, masih ada juga yang tertipu dengan Mat indon haram jadah ni.

    ReplyDelete
  4. kalau kita online seller kena scam. dia bayar guna europe bank ape ntah. brg rm100 je dia deposit rm500 sbb minimum..pastu wassap suruh transfer baki dulu baru dpt harga brg...kita pun ignore je..after few moment dpt email warning dari interpol, depart of justice suruh deposit baki kalau tak akan di block akaun bank atau boleh penjara....itu semua scam kann..haha

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!