AWAS! SESIAPA SAHAJA BOLEH JADI MANGSA DI MALUKAN MACAM NI

19.11.15 Suria Lekatlekit 9 Comments

AWAS! SESIAPA SAHAJA BOLEH JADI MANGSA DI MALUKAN MACAM NI. Zaman media sosial sekarang kat memana pun rasa macam di perhatikan je. Bukan apa ramai paparazi & mamaraziah. Yelah zaman gadget canggih, camera atas tapak tangan sapa2 saja boleh merakam aksi kita tanpa kita sedar. Tu yang kadang2 nak korek hidung dalam kereta sendiri pun rasa macam tak selamat. Tahan je la sampai jumpa toilet katanya... hahaha


Kadang2 orang yang viralkan sesuatu tentang orang lain tu dia rasa benda tu kelakar. Untuk di jadikan hiburan tapi bagi tuan punya badan yang di rakam tu mungkin pendapat dia berbeza. Mungkin dia rasa di aibkan dengan perkara yang tak sengaja berlaku atau di lakukan. Tapi sebab orang lain dapat record benda tu.. Seolah2 dia hilang hak terhadap diri sendiri bila orang yang merakam tu suka2 hati sebarkan. Sebab tu bahaya sangat sekarang ni nak buat apa2 pun kat tempat awam. Kadang2 apa yang berlaku tu bukan kita rancang.. Macam jatuh terlentang ke.. Seluar terkoyak celah bontot ker.. Ternyanyi kuat dalam LRT sebab pakai earphone. Dok rasa macam berbisik je.. alih2 satu train dapat dengar. Macam2 benda orang boleh record & viralkan tak kira la kita sengaja atau tak melakukannya termasuklah perbualan kita di media sosial. Benda tu pun tak mustahil boleh jadi viral. Tapi kadang2 benda tu jadi viral sebab kebodohan sendiri jugak.

Sebab tu la kita kena sentiasa berhati hati nak2 lagi kat tempat awam ni. Bukan je penjenayah banyak kat luar sana.. Tapi camera pun banyak. Tak tunggu hangpa drive melebihi had laju ja dia nak snap.. Tunggu hangpa tersilap cara atau perbuatan je mungkin anda akan jadi mangsa di malukan. Tapi kalau kes macam ni, ok la sebab dia pandai coverline bila dia terbuat sesuatu yang memalukan diri sendiri. Boleh tengok kat sini bagaimana 20 individu yang buat perkara yang memalukan diri kemudian cuba coverline  >> 20 Perkara Paling Memalukan Tapi Bertukar Menjadi Sesuatu yang Paling epic <<  At least orang viralkan pun nampak jugak macam sekadar lakonan walaupun benda tu berlaku memang tanpa di rancang. Tapi benda macam tu hanya orang yang tak panik & mampu mengambil tindakkan drastik je boleh buat.

Moral of the story.. Tak tunggu retis sekarang ni sesiapa sahaja boleh jadi mangsa candid orang2 yang tak bertanggungjawab.

9 comments:

  1. popular cara yang salah kan? macam-macam hal sekarang

    ReplyDelete
  2. Memang bahaya LL..
    Sekarang kamera hanya di hanphone ajer..
    Senang gambar2 tu di viralkan..
    Hendaknya yg boleh memalukan kita..

    ReplyDelete
  3. Hehhe, terkadang selalu terbuat nyanyi kuat tnpa di sedari bila pki earphone. Kes dolu2 masa zaman walkman. Hehehehe.

    ReplyDelete
  4. Jauhkanlah kita semua dari hal2 yang boleh memalukan kita..

    ReplyDelete
  5. betullah kan..zaman sekarang cctv 24 jam hala kat kita
    mengerikan sebab melibatkan maruah kan

    ReplyDelete
  6. Moga org tak guna media sosial utk tujuan yg bukan2

    ReplyDelete
  7. Sia2 je jadi mangsa keadaan....lagi haru kalau perkara tu yg jenis memalukan...huhuhu...mintak simpang bebanyak...

    ReplyDelete
  8. Fuhhh.... pernah gak terjadi viral dikalangan budak2 YM dulu...lepas tu terus insaf nak buat benda bodoh... zaman sekarang ni nak kentut pun kena hati2.. haha....

    ReplyDelete
  9. kena hati-bati.
    kita sentiasa di perhatikan oleh lensa kamera di mana-mana.
    yes betul la. tak payah tunggu jadik artis.
    buat something pelik, recorded and viral...
    glamer lebih dari artis.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Ada bayaran di kenakan. Harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com