BAKAL ADA VAPE HALAL & HARAM TIDAK LAMA LAGI

11/06/2015 10:56:00 AM suria lekatlekit 6 Comments

BAKAL ADA VAPE HALAL & HARAM TIDAK LAMA LAGI. Malaysia ni memang ramai pelawak di kalangan pakar2 & menteri menteri. Sebab tu hidup aku sentiasa cerita tersenyum & ketawa dengan statement2 kelakar nak mampus dari mereka. Sebelum ni isu GST... Sebelum GST kita tak tau yang Ahmad Maselan ni ada talent semulajadi berlawak. Selepas GST di laksanakan baru rakyat Malaysia tahu menteri kita yang sorang tu memang sangat2 suka melawak. Terbaru pasal Vape pulak. Aku bukan Vapor.. Suami aku pun tak hisap benda2 berasap ni. Jadi takde sebab aku nak sokong Vapor2 kat malaysia ni.


Cuma tu la aku rasa kelakar bila ikuti kes Vape ni. Mula2 katanya nak mengkaji & mencari rang undang2 untuk mengharamkan vape. Maybe sebab takde akta untuk mensabitkan vape sebagai pesalah kat Malaysia sekarang kerajaan tengah mengkaji pulak nak kenakan cukai kepada Vape. Dengar kata operasi merampas Flavor vape sedang di lakukan besar besaran, betul ke? Memang kelakar tahap babon benda ni bagi aku. Haritu beriya kau cakap bahaya nak mampus vape & kena haramkan.. tup tup tak boleh haramkan kau cukaikan dia pulak.

Rokok naik harga pun tak mampu kurangkan jumlah perokok kat Malaysia.. Kau cukaikan vape pun aku rasa tak mampu nak kurangkan vapor kat Malaysia jugak. Ye depa akan tetap hisap.. Jadi apa motif kenaikan harga & cukai tersebut? Kalau kita sendiri tahu cara tu tak berkesan untuk mengurangkan jumlah penggemarnya? Difatwakan haram pun orang tak peduli apatah lagi naik harga atau di cukaikan. Mereka akan sentiasa cari yang murah tak kira la secara sah atau seludup. tak ke nampak macam ambil kesempatan atas kesempitan rakyat? Kalau kau dah tahu rokok seludup tu bahaya tahap syaiton nirojim.. Dengan kenaikkan harga rokok bertambah la permintaan rokok seludup. Mustahil mampu benteras rokok seludup kalau harga rokok sah sentiasa naik. Apa usaha kerajaan untuk membantu perokok tegar yang memang mustahil untuk berhenti merokok agar mereka tidak menghisap rokok yang berisiko kononnya.. kalau asyik naik harga je?

Kalau Vape akan di cukaikan.. aku rasa tak lama lagi nasib sesetengah vape akan jadi macam barang2 ni jugak la. Walau ada yang tak bahaya mana pun tapi tetap di anggap bahaya >> Inilah Barang & produk di kategorikan Haram & bahaya kat Malaysia termasuk seluar jeans << Jadi memang tak mustahil la kalau vape di kenakan cukai confirm ada vape halal & haram. Yelah.. yang halal kena cukai.. yang tak kena cukai jadi haram.

Aku tak tahu apa Masalah Malaysia sekarang. Menteri2 semua dah jadi macam kongsi gelap yang asyik nak pow duit rakyat. Ada saja benda dorang nak naikkan. Betul la.. Takkan ada harga yang turun tapi setahun berapa juta kali harga barang & perkhidmatan kau nak naik. Kalau PRU akan datang pemerintah sekarang tak turun jugak aku syak ada jin yang mengundi dia sebab jin je rasanya tak terkesan dengan kenaikkan harga kat Malaysia ni.

6 comments:

  1. Yang benonye ko nak sedut duit rakyat kan....dasar sangat la dedulu cakap bahaya konon abis tu yg rokok tu lagi berjuta2 lemon bahayanye tak pulak ko heran...oh lupe sebab cukai rokok je dah berapa banyak kera jaan henjut...pastu meroyan pasal rokok seludup pulak...yg betolnye rakyat nak mampus ke nak tonggang tebalik ke pi jahanam yg penting duit cukai masyukkk....macam le diorang heran dgn kitekan...jom le gelak ramai2 suria taun depan suh pak2 menteri masuk maha raja lawak...kompom menang punye...

    ReplyDelete
  2. vaper dh jd trand skrg.. girl bertudung hisap dngn bangga sekali siap post kt laman sosial. buruk snggh bla perempuan menghisap.. ptt dharamkn jualn n ketatkn undang2..

    ReplyDelete
  3. memang pun..sebenarnya dia nak penuhkan tabung dia je.benda ni budak kecik pun tau..diaorang ni pandang rendah kat rakyat ke apa sampai nak pow duit kita pun guna taktik macam kita guna untuk umpan budak2..

    ReplyDelete
  4. Nasiblah laki mak tak hisap .....so mmg tak kisah pun pasal Vape ni...
    Lantaklah korang hihi....

    Kalau dah katanya bahaya tu, bawak bawaklah tak payah hisap . Kesannya ke atas diri sendiri jugak so fikirlah mana baik

    ReplyDelete
  5. ntah... depa nak penuhkan poket sendiri je.... kalau dah bahaya awat tak buat serbuan besar besaran termasuk rokok?? tu tu arak.. kelab malam bagai... awat tak rush sekali... pelik aku....

    aku bukan bengang pasal husband aku vapor tapi sebab depa ni kalut buat rampasan flavour bagai tapi rokok dok biar lagi kat situ... alasan vapor ni bahaya.... habis 4000 bahan kimia dalam rokok tu camne plak??

    Kerajaan kita ni kan badut sarkas kak... redha je laa... tak payah susah2 nak ada astro bagai untuk tengok maharaja lawak... kita dah ada maharaja lawak sendiri dah.... malu nak mengaku rakyat malaysia sebab dapat menteri mentadu macam ni... kah !

    ReplyDelete
  6. trik je tu, sebenarnya nak suruh cukaikan vape tu

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com