CERITA YANG MENYETIMKAN LELAKI

25.11.15 Suria Lekatlekit 7 Comments

CERITA YANG MENYETIMKAN LELAKI. Tu dia cerita apa ni.. Hang biaq betoi dok tulis cerita yang menyetimkan pulak. Dah teruk sangat ka traffic blog hang sampai terpaksa tulis benda benda tak senonoh macam ni.. Insaflah.. Insaflah... Kembalilah kepangkal Jalan sebelum anda di kembalikan ke jalan bawah tanah katanya...


Amboi hangpa... tergamak tuduh cheq lagu tu noh. Takkan la lekatlekit yang sopan santun nak tulis cerita tak senonoh lagu tu. Malu aih... Tapi cerita yang menyetimkan ni tak semestinya cerita SX kan? Macam2 cerita boleh 'menyetimkan' tak kira la lelaki atau perempuan. Kalau perempuan ni tak semestinya cerita ranjang je buat dia rasa 'tersetim' kadang2 cerita pasal barang kemas, skincare, fesyen, makeup, shopping pun terus nafsu dia melonjak ke high level. Lelaki tak tau la.. dia 'menyetim' faktor apa. Tengok perempuan ke, baca cerita lucah ker.. Almaklum la cheq pompuan kurang arif pulak bab lelaki.

Tapi yang peliknya.. Macam mana boleh masuk jerat keywords macam ni kat blog den?? Pelik sungguh... macam macam benda orang google. Ni tak tau dari pihak mana yang google. Perempuan ke lelaki. Boleh jadi perempuan sebab mungkin dia tengah membuat kajian tentang lelaki. tapi keywords dia google tu macam kelakar pun ada. Dari mana dia dapat perkataan 'menyetim' pun tak tau. Menangis cikgu bahasa melayu dia baca. Silap haribulan cikgu sains pun turut sama menangisi. hahahaha


Zaman teknologi sekarang orang lebih 'Menyetim' dengan gadget2. takde orang nak 'menyetim' sangat baca cerita lucah ni. hahahaha... Silap kau dok 'menyetim' tak tentu pasal zaman media sosial ni jadi viral macam ni >> 20 individu yang melakukan perkara memalukan bertukar menjadi sesuatu paling epic << Menyesal tak sudah. Tu nasib baik depa ni pandai cover line dari memalukan jadi epic yang mempopularkan mereka secara tak sengaja.

Moral of the story.. Nak menyetim ke nak menyentap ke.. Pastikan salurkan pada tempat yang betul. tak salah nak menyetim tapi pilih la jalan yang benar jangan pilih jalan yang menyesatkan. Sekian ceramah setazah blog.. sampai kita berjumpa lagi di lain entri. Assalamualaikum. peace yo!

7 comments:

  1. nk tanye camne nk hilangkan robot kat ruang komen sy..tau x?

    ReplyDelete
  2. Hahahha tajuk entri tu yg buat akak terperanjat Suria...
    Rupanya ada juga orang cari keyword macam tu kat blog ko suria oiiiii..

    ReplyDelete
  3. Muaahhaaaaa....gelak evil Mrs. A baca tajuk entry nih!
    Mujur tak menyetim.
    Citer pasal search keywords nih, kat blog Mrs. A pun pernah singgah search keywords yang tak pernah terfikir akan singgah iaitu search keywords 'Ulat Sampah' gitu.
    Hurmm... tak pernah pong wat entry pasal ulat sampah tu

    ReplyDelete
  4. Saya sebagai lelaki pun rasa lain macam baca tajuk blog ni...tapi pengisian entri ok je...

    ReplyDelete
  5. tajuk blog pun lain macam tu yang banyak masuk keyword camtu

    ReplyDelete
  6. Tajuk pun macam nak meraih pengunjung. Hahaha.... Lelaju jerk nak baca tapi biasalah, takkanlah Dik Suria nak cerita tak senonohkan... Mesti ada udang di sebalik mi kari yang dimakan sebelum buat entri ni ^_^

    Akak pun mulanya pelik manalah budak ni dapat perkataan menyetim ni? Akak yang kaya dengan perkataan baru pun tak pernah guna perkataan ni. Eh, lupa.. akak is sopan lagi bersantun, tak mungkinlah keluar keyword macam ni dalam blogkan, kan, kan....

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!