FIZO OMAR MARAH ORANG SEBUT RETIS BUKAN ARTIS

30.11.15 Suria Lekatlekit 3 Comments

FIZO OMAR MARAH ORANG SEBUT RETIS BUKAN ARTIS. Macam nak gelak bila perkataan 'retis' di gunakan untuk panggil seorang artis tu jadi isu pada seorang retis.. erkk.. artis bernama Fizo Omar. katanya dia tak suka orang sebut retis.. Rasa macam menyindir. Menyindir ke? Menyindir atau tak bergantung pada ayat & isu la kan.. Tak boleh nak judge bila orang gunakan perkataan retis tu semua nak menganjing golongan artis je.


Tapi rasanya isu ni sangat la remeh untuk kau up kat rancangan hot tv tu. Rancangan yang bersiaran di TV9 semalam. Aku rasa macam kalau dah tahap sentap macam tu baik ko pencen je jadi retis.. ops artis fokus je jual burger dengan jual tudung bini kau tu. Nak jadi retis... ops maafkan saya. Nak jadi artis tak boleh benda2 kecik pun nak sentap encik fizo omar Ooi..

Perkataan 'Retis' yang di gunakan yang aku paham mulanya hanya dengat orang tua2 suka sebut. almaklum la bila dah semakin tua orang kata jadi semakin budak. Macam budak2 baru belajar cakap.. Dia ada pelat sikit. Tapi sebab perkataan tu nampak macam catchy jer so di gunakan oleh rakyat alam maya tidak bermaksud untuk menganjing golongan retis. Bergantung pada isu la.. Kalau isu macam ni memang kategori 'menghentam' jadi penggunaan perkataan mungkin nak menganjing sedikit la. Sapa suruh kau buat isu benda yang orang rasa tak patut jadi isu.

Dulu aku pernah tengok rancangan muzik muzik tak silap tahun lepas kot. Masa faizal hotfm mengacara.. Ada sorang penyanyi hiphop ni tak puas hati jugak bila sebut hiphop jer mesti sebut Ya aauw..  tu. Dia rasa macam penghinaan. Padahal dia patut bangga lagu dia tu jadi simbol hiphop kat Malaysia ni. Bila sebut hiphop auto orang nyanyi lagu dia.. Ya Aaauw tu. Tapi dia pulak rasa tak puas hati. Sampai terdiam pengacara masa tu macam rasa bersalah sebab waktu nak jemput dia tu pengacara tu pun buat benda yang sama.

Alahai.. Pelik sungguh aku dengan orang yang nak touching benda2 remeh macam ni. Hidup depa tak ada masalah lagi besar ke? Tapi yelah.. hati manusia tak sama. Mungkin benda macam ni menggangu emosi depa, apa yang kita boleh buat jangan buat je kat depan depa2 yang rasa perkara tu mampu menaikkan kemarahan. Orang2 sensitif macam kena tatang bagai minyak yang penuh. hehehehe

Orang2 cepat tersentuh ni jiwa dia penuh romantis. Nak yang sweet2 je sepanjang masa. Elok la orang2 macam tu buat benda benda macam ni je >> Hanya Untuk Yang Jiwang Karat << Memang rasa di belai belai selalu. Tapi tu la kalau terlampau sensitif memang susah la nak hadapi hidup yang serba ganas & mencabar ni. Sebab hidup kita takkan dapat lari dari hadap sesuatu yang menyakitkan hati cuma kita boleh ignore atau hadapi dengan berani.

Moral of the story.. Kalau 2 isu ni yang pernah artis rasa sentap memang bagi aku isu remeh yang tak patut depa nak tacing. Rilex la bro!

3 comments:

  1. Betullah tu kot retis ni oppsss artis ni hidup depa dah takde benda yang lagi susah nak sentap agaknya. Hal remeh macam itupun nak dijadikan isu besar.
    Hurmm... yaa aaauw

    ReplyDelete
  2. semua ini hanyalah persepsi sebenarnya.. heheh

    ReplyDelete
  3. Eh, macam pernah baca bab artis touching sangat pasal perkataan retis ni. Apalah, perkataan aje pun. Sekarang ni bila zaman dah maju, memanglah kena banyak bersabar. Bukan setakat tingkatkan prestasi aje, kesabaran pun harus ditingkatkan sama. Kalau tidak, memang touching memanjang bila terkena isu-isu hangit lagi remeh macam ni.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!