INI SEBAB ORANG JUJUR BUKAN KAWAN YANG BAIK

11/19/2015 12:26:00 PM suria lekatlekit 8 Comments

INI SEBAB ORANG JUJUR BUKAN KAWAN YANG BAIK. Nak cari kawan carilah kawan yang tak jujur sangat. Boleh menipu sunat, menipu besar & kalau boleh cari yang paling Win menipu lagi bagus. Kalau yang jujur ni kebanyakkan menyakitkan hati. Tak reti bermulut manis langsung. Apa dia rasa dia cakap jer.. Tak reti langsung nak bodek atau kipas supaya kita rasa kembang semangkuk. Memang menyakitkan hati kawan yang terlampau jujur ni, kan?

Biasa la kawan baik je boleh gelakkan kawan sendiri kan.. Kalau kawan tak baik gelak mau jadi gaduh

Kalau yang pandai menipu.. Tak kira la kau makeup macam mak lampir sekalipun tetap dia puji kau sampai langit ke tujuh. Dia sanggup biarkan orang gelakkan muka kau yang macam hantu kak limah dari bagitau perkara yang sebenar. Apatah lagi kalau kau buat perkara yang tak betul.. Insya Allah akan betul semua pada mulut dia. Tapi pada akal & hati dia belum tentu dia setuju dengan hangpa. Silap2 belakang bukan takam tikam, cincang lumat terus. Dia kutuk kaw kaw punya. Tanpa belas kasihan terus. Tapi di sebabkan dia sentiasa gud gud depan hangpa.. Hangpa pun rasa dialah kawan paling memahami maka susah sikit la hangpa nak detect kecurangan seorang kawan di belakang hangpa. Depan apa hangpa buat semua takde salah.. Belakang 1 novel dia karang buruk hangpa.

Tapi hakikatnya.. Orang lebih selesa berkawan dengan orang yang sentiasa sependapat, sentiasa puji, sentiasa sokong dia jer.. Sekali kau tak sependapat dengan dia, selamanya dia isytihar musuh. Padahal.. dalam banyak2 perkara cuma 1 je dia bercanggah pendapat dengan hangpa. Terus label dia bukan kawan baik.

Kesimpulannya spesis yang tak boleh terima perbezaan pendapat ni kena kawan dengan orang2 yang suka menipu & tak jujur je. Kalau jujur sangat dia mudah sentap. Dia cuma nak dengar yang puji2 & sokong2 je dari kawan2 dia. Yang tak sependapat tu tak layak geng dengan dia walau kau dah berkawan dengan dia sejak kecil sejak dari zaman ni lagi >> 17 Perkara Yang Kanak Kanak Zaman 80an & 90an Pernah Buat << tetap dia boleh reject kau hanya sekali kau tak sependapat dengan dia.

Moral of the story.. Aku kawan dengan sesiapa pun kat alam maya ni kalau nak bagi komen & pendapat jarang sangat la komen yang jenis menjaga hati ni. Komen aku tak kira sokong ke tak sokong, aku komen berdasarkan pendapat aku sendiri. Atau kalau aku rasa orang tu macam jenis otak jenis terkongkong sikit, aku malas nak komen atau tengok langsung dah post dia. Sebab kalau aku nampak, takut terkomen yang tak sependapat tacing sampai ke tulang rusuk pulak.

8 comments:

  1. hehehehehe.. entri kebaboom. Cari kawan jgn cari yg suka membodek jer.

    ReplyDelete
  2. truths hurts..huhu..

    tacing sampai ke tulang rusuk tak tahan tuuu :p

    ReplyDelete
  3. hehe...kerap juga kita berbeza pendapat kan
    tapi pada saya itu normal
    sebab kita memandang sesuatu pada perspektif berbeza
    betul, betulah...salah, salahlah

    tapi cam suria cakaplah
    orang lebih suka mendengar apa yang diorang nak dengar
    kalau berbeza pendapat, mau tujuh keturunan tak bertegur

    ReplyDelete
  4. Sekali kau tak sependapat dengan dia, selamanya dia isytihar musuh
    ayat atas tu sokong sgt! sbb baru lpas kena dgn kwn ni..

    ReplyDelete
  5. Haha..tacing sampai tulang rusuk..
    Bila fikiran dah matang, patut boleh terima pendapat dengan hati terbuka. Orang pernah bagi tau, katakan benar walau pun pahit

    ReplyDelete
  6. Eh! Eh! kita samalah...
    Kalau komen jujur dan ikhlas dari hati.
    Maaflah kalau terasa hati ya..

    ReplyDelete
  7. Sebenarnya aku lagi suka orang komen jujur ni & bercanggah pendapat adalah perkara normal... ntah... aku tak suka orang mengampu... rasa macam dapat baca je apa yang tersirat.... haaaa gittewww....

    ReplyDelete
  8. ha ha ha bab komen jujur & sentap tu :)
    tu org yg x boleh terima kenyataan.
    kalau x jujur, lebih baik diam.
    jgn komen :) ha ha ha...

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com