INI SEBAB TAK PERNAH MENANG PERTANDINGAN MEWARNA

30.11.15 Suria Lekatlekit 2 Comments

INI SEBAB TAK PERNAH MENANG PERTANDINGAN MEWARNA. Masa sekolah rendah dulu kalau ada pertandingan mewarna confirm la la bebudak excited nak join. Aku pun dulu macam tu jugak walau tengah mewarna tetiba orang datang tengok, confirm muka terus jadi berblusher tahan malu. Macam tu jugak time exam pendidikan seni.. Kalau pengawal dewan tu tengok sedaya upaya sorok lukisan tu. malu kot.. nak kata abstract tak berapa abstarct.. Sikit lagi nak sama level budak tadika je walau time tu dah PMR katanya. hahaha

Adult coloring book yang tengah trend sekarang

Sekarang trend pulak adult coloring book.. Ramai juga nampak kengkawan aku dok upload hasil mewarna depa kat FB. Cecantik belaka.. Konon aku pun tak nak ketinggalan dengan trend katanya pinjam coloring book anak aku sebab aku memang tak pernah nak membeli adult coloring book ni. Aku pun bukan minat sangat nak menconteng arang ke buku mewarna ni. Kesian pulak rasanya lukisan yang cantik di aib kan dengan hasil kerja tangan aku yang macam ni.

Dah dah.. jangan nak hina lebih2 hasil kerja tangan aku mewarna ni. Kira cantik la banding anak aku yang mewarna hahahahaa

Baru habis sekor ikan aku warna.. Dah rasa bosan. Nak2 lagi tengok hasilnya. Jadi tak pelik la aku tak pernah menang pertandingan mewarna masa sekolah dulu. Memang takde talent langsung mewarna. Melukis jangan cakap la.. Memang azab la sapa2 tengok aku melukis. Boleh di selubungi misteri sepanjang hayat. hahahaha

Takpe la aku rasa better aku cari isu2 yang best untuk update blog je. Mungkin talent aku lebih kepada membebel dalam blog je dari mewarna. Almaklum la jari2 dah keras. Nak tenyeh pensil color pun dah tak ada seninya. Lagipun seni ni banyak cabangnya.. Penulisan jugak salah satu cabang seni. Malah.. Main lego pun jugak salah satu seni jugak, sebab tu peminat lego tak kira budak atau dewasa sanggup berebut nak dapatkan koleksi lego ni >> Inilah Lego Paling Menjadi rebutan Rakyat Malaysia << Sebab seni tu berkaitan dengan kreativiti. Apa saja bidang berbentuk kreatif itu adalah seni.

Moral of the story.. Setiap orang di lahirkan dengan bakat yang berbeza jadi tak perlu nak jadi macam orang lain kalau kita memang tak ada minat atau bakat dalam sesuatu perkara tu. Nak buat sebab kita nampak orang success dalam sesuatu kita pun nak tiru sedangkan kemampuan kita tak ada. Hasilnya memang 'sedih'. Jadi dari buang masa buat sesuatu yang kita tak ada skill baik fokus apa yang kita minat & ada bakat.

2 comments:

  1. Jadi diri sendiri je kan.. Kadang kita ni nak juga terikut sebab tak nak mengaku kalah.. Tambah zaman menunjuk-nunjuk nih kan..

    ReplyDelete
  2. Cantiklah, Suria. Tak macam budak tadika pun! Tinggi sikitlah levelnya macam budak Tahun 1 ^_^

    Jangan ketap bibir nak marah ek, akak gurau jerk. Apa guna hidup kalau tak boleh bergurau kasar? Eh! Silap statement pulak!

    Akak pun memang sejak kecil dah kena sakit sendi kejung tangan. Bab-bab mewarna ni akak memang failedlah senang cerita. Si Bubbly Abang masa mula-mula masuk sekolah dulu rajin melukis, mewarna dan merekacipta guna playdough tapi la ni akak tengok bakat tu dah terbenam dek kerusi empuk dok depan komputer!

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!