INI YANG KITA TIDAK TAHU DI SEBALIK PAKAIAN SEKOLAH JENAMA CANGGIH

11/05/2015 08:25:00 PM suria lekatlekit 6 Comments

INI YANG KITA TIDAK TAHU DI SEBALIK PAKAIAN SEKOLAH JENAMA CANGGIH. Aku dulu masuk sekolah menengah memang pergi beli sendiri la baju sekolah, kasut sekolah, beg sekolah & buku sekolah bagai. Baju sekolah tu terpulang la nak beli readymade punya atau nak beli kain & pergi tempah. Tapi masuk tingkatan 5 aku decide nak pakai baju readymade jenama canggih je. Best pakai baju sekolah jenama canggih ni. Kain dia tebal.. tak panas & tak mudah berkedut. Warna putih dia pun bagi aku tak cepat kusam walau setahun pakai.


Jenama canggih aku tak sure sekarang popular lagi ke tidak tapi zaman aku sekolah tak berapa trend sangat jenama canggih ni. Trend masa tu pakai kain licin katanya. Jadi kain cotton masa tu tak berapa jadi pilihan sangat la. Biasa la baju sekolah pun ada trend ikut peredaran zaman jugak. Zaman pakai kain sapu lantai ada.. zaman pakai kain musim banjir ada.. trend tudung singkat. Trend tudung bulat.trend tudung bucu tajam.. tak larat pulak aku nak menghafal fesyen2 baju sekolah ni. Pendek kata setiap era tu ada trend dia tersendiri lah.

Tapi rasanya walau trend berganti trend jenama canggih masih lagi ada sampai sekarang. Masih jadi pilihan mak bapak untuk anak anak dorang. Harga aku tak sure mahal ke murah. Walaupun masih bertahan sampai sekarang tapi ramai yang tak tahu rahsia disebalik jenama ni boleh bertahan. Ada berlaku satu kejadian yang mungkin menyebabkan jenama canggih ni tiada lagi untuk generasi sekarang. Nak tahu cerita di sebalik jenama canggih ni korang boleh tengok kat sini video bawah ni

Sumber : Sesuatu Yang Kita Perlu Tahu Tentang Pakaian Sekolah Jenama Canggih

Apa yang penting jenama canggih ni adalah jenama buatan Malaysia yang di usahakan oleh usahawan melayu. Jadi tak salah kalau kita terus support perniagaan orang Islam bagi mengukukuhkan ekonomi umat Islam.

6 comments:

  1. Betul..setuju..sokong apa yang sepatutnya..

    ReplyDelete
  2. Mengimbau kenangan sangat ni. :)

    Itu baru baju belum lagi beg sekolah dan kasut.

    Rindunya zaman sekolah. :)

    ReplyDelete
  3. masa zaman akak sekolah dulu,,, lum ada jenama canggih ni... seingat akak baju sekolah dari darjah 1 sampai abis sekolah menengah mak akak tempah jahit....

    ReplyDelete
  4. kalau dulu, budak pakai baju Canggih nie memang boleh kenal lar, sebab kain dia putih semacam dan nampak keras terletak.

    ReplyDelete
  5. zaman ku canggih mmg terkenal.. kain mmg sdp d pki n senang d gosok..

    ReplyDelete
  6. Skrg tak lg lembut mcm dulu. Kain agak panas. Belu 2 thn lps. Ank2 tk nk pkai. Sbb panas.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com