JANGAN JADI BLOGGER PEMALAS MENUMPANG TUAH

5.11.15 Suria Lekatlekit 7 Comments

JANGAN JADI BLOGGER PEMALAS MENUMPANG TUAH. Sekarang ni kita boleh tengok ramai blogger2 baru muncul. Perkara pertama kebanyakkan depa nak belajar adalah macam mana nak buat duit dengan blog. Bukannya depa nak belajar macam mana nak tulis artikel yang menarik minat orang membaca. Terus nak express dapat duit. Mungkin apa yang depa bayangkan.. hari ni buka blog.. Bulan depan confirm dapat income. aku memang salute la kalau orang yang 0 tentang blog tulis blog sebulan dah dapat income sebab aku bertahun jugak la belajar macam mana nak jana pendapatan melalui blog. Sebab aku kenal blog tanpa tahu apa2 tentang duit melalui blog. Aku kenal blog sebab aku minat menulis jer.


Nak berjaya tak kira dalam apa bidang pun kita pilih termasuk berblog ni bukan kata hanya dengan satu step jer. Kita lahir pun tak terus pandai berlari. Kita melalui banyak step sebelum kita mampu berjalan dengan sendiri. Macam tu jugak dengan hidup ni.. Nak capai impian yang kita inginkan tu bukan semudah buat ritual tarik duit bagai. Kau baca jampi serapah tetiba duit turun bagai hujan.. Tu semua trick syaiton nak menyesatkan manusia jer. Setan pun tak mampu bagi duit kat orang pemalas.

Jangan fikir jalan shortcut untuk berjaya sebab tak ada jalan mudah untuk senang. Orang senang yang ada dalam dunia ni pun jenuh berpeluh ketiak jugak la nak merasa gelaran orang kaya. So, jangan berangan sangat korang mampu jadi macam ni kalau pemalas >> Kalau Takde Benda Ni Jangan Mimpi Untuk Berjaya << Jadi blogger yang nak berjaya dalam berblog penting untuk korang follow tips yang diberi. Jangan harap orang nak puji je selalu sampai kita tak tahu apa kelemahan kita. Bila kelemahan tak di perbaiki, itulah punca kita gagal.

Pada blogger2 yang nak jadikan blog sebagai sumber pendapatan.. Paling penting adalah belajar. Bukan tunggu orang suap jer. Jangan jadi blogger pemalas yang harap nak tumpang orang je. Menyendeng dengan blogger popular pun belum tentu anda succes dalam berblog. Buat eksperimen sendiri sebab kekuatan setiap blog tu tak sama. Kadang2 kita tiru cara blogger lain tak menjadi sebab cara tu bukan kekuatan blog kita. Meniru memang takkan nampak originaliti & takkan hasilkan apa2 pun. Cuma kita boleh ambil tips kemudian buat dengan cara sendiri. Aku pun banyak bereksperimen.. Banyak kali try & error dalam berblog ni sebelum jumpa kekuatan blog aku. Kekuatannya.. Tulis apa yang betul2 kita suka & minat bukan tulis sebab kita tengok orang lain buat dapat feedback baik. Belum tentu kita dapat feedback yang sama.

Moral of the story.. Kejayaan yang sebenar adalah bila kita enjoy pada apapun perkara yang kita buat bukan dari apa yang kita dapat sebenarnya. Kepuasan tu kadang2 tiada bayaran tapi  ia menghasilkan pulangan yang di luar jangkaan.

7 comments:

  1. setuju 200% dengan entry ni
    saya dah tahun ketiga, tak merasa lagi income secara monthly dalam dunia blogging ni
    ada juga merasa, tapi bukan secara monthly...tapi alhamdulillah
    daripada tak ada langsung dak? =)

    saya pun menulis sebab suka juga...kalau dak, lama dah terkubur...hehe

    ReplyDelete
  2. menulis sebab suka menulis will stay longer. saya pun blogger baru. baru 5 tahun. bab income no2, yang penting apa yang saya dpt bantu org lain walaupun x banyak. huhu.

    ReplyDelete
  3. Akak dulu lama jadi silent reader.. baca cerita2 kawan kat blog..
    tak terfikir pun nak jana pendapatan bila akak buat blog..
    Saje akak suka menulis.. pastu boleh dapat ramai kawan..
    Kalau ada idea kita kongsi bersama..

    ReplyDelete
  4. betul..PC alhamdulillah dah 4 tahun berblog..dan akhir tahun ini baru berani daftar nuffnang..usaha.doa.rezeki Allah tentukan.sikit alhamdulillah.banyak besar tanggungjawabnya.perlu dikongsi.betul.bukan mudah bermula dri 0..bila nampak peningkatan..bila satu persatu ada yang mula support..itu dah buat PC sangat bersyukur dan terharu..tiada jalan singkat untuk capai sesuatu.

    ReplyDelete
  5. Hmm..berlambak...semua copy paste dr facebook orang...pastu taruk tajuk gempak tak hengat..iklan penuh 1 muka...
    I like to feel the barakah ...

    ReplyDelete
  6. Kena usaha dari 0 barulah nampak hasil dan berkatnya

    ReplyDelete
  7. Saya pun new blogger. Baru dalam sebulan. Ada juga niat nak cari duit dengan blog. Tapi sedar diri lah ilmu tak ada mcm mana nak cari duit dari blog

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

Kongsi Kisah Seram Anda Disini

Name

Email *

Message *