JANGAN PELIK TENGOK BENDA NI DI IKEA MENJELANG CHRISTMAS

11/28/2015 01:48:00 PM suria lekatlekit 2 Comments

JANGAN PELIK TENGOK BENDA NI DI IKEA MENJELANG CHRISTMAS. Kalau dah nak christmas ni yang mana lupa nak tengok kalender kita dah di penghujung tahun yer.. Time macam ni akan bersepah saka saka yang akan mengempiskan wallet, menambah hutang credit card atau membersihkan saki baki mereka2 yang menggunakan debit card. Aku ni pun rasa macam miang2 rebung dah ni duduk rumah. Tak sabar tunggu hari Ahad jer.. Rasa di selebungi misteri je kalau duduk rumah tak keluar keluar hujung tahun macam ni. Hahahaha


Yang mana suka membeli belah time2 sale sana sini.. Elok la ambil peluang sekarang. Tapi nama kata perempuan ni.. Sepanjang tahun dia membeli belah. Tak banyak pun kalau singgah IKea tu beli sudip pun jadi la.. Janji membeli katanya.

Tapi kalau dekat dekat nak Christmas ni kalau pergi Ikea jangan terkejut pulak tengok semua ni >> Yang Berlaku Di Ikea Menjelang Christmas << Buat macam biasa sudah. Jangan buat muka pelik.. Jangan buat2 kena heart attack ke hapa. Jangan buat seolah2 macam baru baru bangun dari koma sejak dari zaman jepun. Jalan lurus je menuju ke pangkal jalan. hahaha. Jangan tetiba korang pulak terlebih excited. Bagi je laluan yang mereka2 yang menyambutnya.

Tak salah kita menghormati perayaan orang lain walaupun kita tak di galakkan meraihkan nak2 lagi kalau ada ritual keagamaan yang bercanggah dengan ajaran agama kita. malaysia ni unik sebab ada pelbagai kaum & agama jadi tak kira raya kaum apa.. meriah tak hingat dengan sales2. Tu la kelebihan Negara Berbilang kaum & agama ni.

2 comments:

  1. apa-apa sale pun org kita mmg ambil peluang shopping

    ReplyDelete
  2. Masa Krismaslah shopping mall meriah untuk dikunjungi. Memang rugi sangat time hujung tahun macam ni duduk di rumah aje tau, Suria. Jangan sesekali decide nak memerap kat rumah di akhir tahun ni yerk. Tahun yang dah berlalu tak akan kembali. Sale yang dah lalu tak mungkin sama dengan sale yang akan datang. Oleh itu, terjahlah sale yang ada di mana-mana sempena Krismas ni selagi berpeluang ^_^

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com